Senarai Keperluan Ibu Sewaktu Berpantang

Sebagai ibu baru kita pasti teruja untuk menimang cahaya mata yang kita kandung selama 9 bulan 10 hari secara umumnya (ada juga yang tak cukup bulan atau terlebih hari) samada anak pertama, kedua hatta anak yg ke enam dan seterusnya, selain dari persiapan untuk kelengkapan bayi yang dilahirkan kita juga perlu menyediakan kelengkapan untuk ibu semasa dalam pantang, yang juga penting untuk memastikan  ibu sihat dari segi mental dan fizikal dan seterusnya menjayakan penyusuan susu ibu.

Berikut adalah keperluan-keperluan yang para ibu perlu sebagai persediaan dalam pantang

1. Makanan kesihatan/Tambahan

Corak pemakanan semasa berpantang agak terhad kepada ibu-ibu yang baru melahirkan ianya terhad kepada makanan-makanan yang tertentu sahaja, Ini dikhuatiri akan menyebabkan ibu kekurangan zat semasa dalam berpantang. Kekurangan bekalan vitamin dan mineral mungkin boleh mengganggu peyusuan susu ibu. Dengan mengamalkan supplemen dapat memberi anda tenaga tambahan.

Pn Emma anatara testimoni yang mendapat hasil positif  pemakanan supplemen semasa dalam pantang selepas melahirkan anak yang k 5

Ok sangat2, especially yang Vitamin B Complex, memang takde stress dan nak menyusukan anak pun senang . Kalu tak susah nak bangun malam nak susukan baby.


Sila refer di sini

2. Pakaian

Baju Menyusu

Selain dari tshirt yang selalu dipakai, apa kata tukar kepada baju menyusu kerana ia sangat praktikal dan mempunyai ruang khas untuk menyusu. Terdapat pelbagai design baju menyusu di pasaran. Baju menyusu juga boleh dipakai semasa anda bersiar-siar di luar selepas habis pantang ya kecuali ke hospital. Pastikan fabrik yang digunakan adalah dari kain kapas yang boleh menyerap peluh.

Selain itu kain batik juga diperlukan di awal-awal minggu tempoh berpantang nak cover perut yang masih belum susut, tuala wanita juga perlu disediakan yang saiznya lebih besar dan lembut kerana darah nifas biasanya lebih banyak dari darah haid. Stokin juga perlu dipakai semasa dalam tmpoh berpantang dengan tujuan untuk menghangatkan tubuh sebelum memakai stokin disarankan menyapu minyak panas di tapak kaki.
Pemakaian bengkung juga digalakkan bagi yang bersalin secara ceaserian, bengkung khas ada dijual, bengkung ini tidak terasa sakit semasa memakainya. Tujuan bengkung ialah membantu menguatkan otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin.

3. Penyusuan susu ibu

Antara keperluannya ialah coli menyusu, bantal menyusu, pad payu dara dan pam payu dara. Saya faham ada ibu-ibu yang kurang berkemampuan  untuk membeli pam payu dara yang harganya agak mahal di pasaran, akan tetapi terdapat juga ibu-ibu yang menjual pam mereka secara terpakai di atas talian. Bagi yang tidak bekerja atau bekerja di rumah ibu-ibu boleh memberi  susu ibu secara direct feed. Kita akan membincangkan kebaikan susu ibu di entry yang lain.


4. Lain-lain

Bidan atau tukang urut

Dalam tempoh 3 hari pertama selepas di benarkan pulang ke rumah, anda perlu mengurut keseluruhan badan kecuali mereka yang bersalin secara ceaserian at least  selepas 2 minggu baru badan boleh diurut kecuali bahagian perut. Tujuan berurut ialah untuk memulihkan kesegaran badan. melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran lain. Bagi mereka yang berkemampuan anda boleh mengupah confinement lady untuk jangkamasa yang tetentu.

Batu Tungku

Amalan bertungku penting kerana ia dapat menghangatkan tubuh , membuang angin , mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin disampig memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas berupaya untuk mengalir dengan lebih lancar selepas anda bertungku.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Labels: