Tips Menyusu Hingga Berjaya

Saya pasti setiap bakal ibu atau ibu yang  tidak dapat memberi anak susu ibu akan berusaha untuk menyusukan bayi mereka atau bayi yang seterusnya. Saya juga mempunyai pengalaman dengan anak pertama dan kedua, saya hanya dapat menyusukan mereka selama setahun sahaja, itupun telah dicampur dengan susu tepung., disebabkan kurangnya ilmu pada masa itu. Semasa mengandung anak yang ketiga saya berazam untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya  dengan susu ibu. Alhamdullilah sehingga sekarang saya masih menyusukan dia dengan susu ibu dan sekarang umur dia 1 tahun 4 bulan.







Antara tip-tip yang boleh diamalkan ialah

1. Anda boleh timba ilmu melalui internet, bagi mereka yang celik IT tiada lagi alasan untuk tidak mencari ilmu tentang pemberian susu ibu pada bayi anda. Anda juga boleh belajar dari portal penyusuan susu ibu.

2. Bagi mereka yang bekerja, anda akan mengepam setiap 2-3 jam di opis, semasa mengepam anda di cadangkan untuk ingat wajah anak anda yang menanti susu dia, disamping itu amalan zikir juga boleh membantu untuk melancarkan penghasilan susu ibu.

3. Tanam nekad untuk menyusukan bayi anda semasa anda hamil.

4. Sokongan keluarga juga penting terutamanya dari suami, perlu diterangkan kebaikan susu ibu kepada orang di sekeliling anda.

5. Belajar dari kesilapan

Bagi ibu-ibu yang sering keletihan semasa menyusukan bayi anda, anda boleh rujuk di sini

Labels: