Menu Keperluan Pemakanan Anak-anak

Semasa membesar anak-anak memerlukan vitamin yang cukup untuk menampung keperluan mereka, anak-anak yang berumur 1- 6 tahun sangat aktif, cerewet dalam memilih makanan dan ada juga yang terlebih makan (boleh menjadi obes).

Berikut adalah antara menu cadangan untuk anak-anak

1. Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikan sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan c. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu produk bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan kanak-kanak.

2. Tambah saiz hidangan

Kuantiti makanan yang diperlukan kanak-kanak ialah di antara 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.

3. Pentingnya Vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya.

4. Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia makanan yang rendah kalori. Misalnya susu. Berila anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak, sebaik-baiknya untuk anak yang berumur 2 tahun ke bawah ialah susu ibu. Secara umumnya kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimana pun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

5 Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia, sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu, Akibatnya mereka akan hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas

Sumber: Pa & Ma

Pada ibubapa yang perihatin dengan pemakanan anak-anak, boleh rujuk di sini

Labels: