Ransangan Untuk Si manja

Setiap ibu bapa mempunyai impian mendapat anak yang cergas, cerdik dan ceria. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai impian murni itu termasuk melakukan ransangan sewaktu hamil. Berikut antara teknik-teknik ransangan.

Pertuturan

Bercakaplah dengan  bayi anda 5 - 10 minit setiap hari, seperti memberi Salam , memuji mereka, Cara ini dapat menjalin hubungan yang lebih erat. Dipercayai jika kerap dilakukan ia akan membuatkan bayi cenderung memiliki IQ yang tinggi berbanding yang tidak menerima ransangan.

Sentuhan

Semasa melakukan komunikasi lakukan sentuhan dengan membelai dan mengusap bahagian perut . Cara ini secara tidak langsung sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim dan menimbulkan keselesaan dan kesenangan kepada bayi. Juga pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang.

Bunyi

Bayi yang terdedah kepada bacaan Al-Quran serta zikir, irama muzik klasik secara berulang-ulang semasa dalam kandungan mampu meransang serta mengoptimakan fungsi-fungsi otak anak. Sehingga anak menjadi sihat, membesar secara optimal dan cerdas sehingga mengalami perkembangan dengan baik.

Pemakanan yang sihat

Pengambilan minyak ikan Omega 3 merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk pengembangan yang sihat. Minyak ikan juga penting untuk ibu, Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakkan simpanan DHA kepada janin yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi. Begitu juga dengan pengambilan susu semasa hamil. Ibu hamil yang secara rutin mengambil susu akan melahirkan bayi yang memiliki kemampuan memori yang sangat baik.

Sumber Dr Norleen, Pakar O & G 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin untuk ibu mengandung boleh rujuk di sini

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Labels: