8 surah amalan ibu hamil

Saya pasti sebagai seorang ibu atau bakal ibu pasti mengimpikan anak2 yg soleh, sihat akal dan tubuh badannya dan anak2 yg membahagiakan kedua ibubapanya. Terdapat 8 surah yang boleh diamalkan oleh ibu2 yang hamil disamping solat 5 waktu yang wajib.

Surah Al-Fatihah 

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat

Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

Surah An-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu2 untuk sama2 berdoa keselamatan dan kesejahteraan anak yang dikandung, tetapi jangan lupa selepas anak dilahirkan selagi kita masih bernyawa, sebagai ibu kita sentiasa berdoa untuk anak2 kita supaya mereka sentiasa di dalam lindungan Allah.


Labels: