Penjagaan Wajah

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakan kulit terjadi kerana anda kerap menegangkannya tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

1. Minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari, memandangkan cuaca panas sekarang ni pengambilan air perlu lebih untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Sebelum tidur basuh muka anda dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa cuci muka anda selepas beriadah atau bersenam

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka gunakan penyegar(toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit dari sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpala dengan pakar kulit atau dermatologist. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, walau sesibuk mana anda sekalipun jangan lupa untuk membersihkan wajah anda agar sentiasa kelihatan awet muda.

Labels: