Kepentingan Iodin



Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin.

Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan hingga kanak-kanak tersebut berusia dua hingga 3 tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon ini lah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap normal. Selain itu hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.

Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan 

Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
Keguguran
Kematian bayi dalam kandungan
Mati semasa dilahirkan
Kelahiran anak yang juga kurang iodin

Lazimnya iodin tidak disimpan di dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari. makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Wanita hamil dan wanita yang menyusukan memerlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa.

Berpuasa

Alhamdullilah hari ni sudah 28 Syaaban 1433H, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Bagaimana dengan persiapan mental dan fizikal kita menjelangnya Ramadhan kali ini...oppss bukan persiapan untuk Hari Raya ya :). Itu kita cerita kemudian.

Saya pasti sebagai isteri dan ibu pelbagai tanggunjawab kita perlu lakukan untuk memastkan ahli keluarga kita dalam keadaan sihat dan gembira untuk menyambut Ramadhan, kita juga menggalas tugas sebagai chef di rumah , pastikan makanan yang berkhasiat dan bersih dihidangkan untuk keluarga kita.Semoga kita sekeluarga sihat untuk menjalani ibadah puasa kali ini. Kepada mereka yang mempunyai anak2 yang baru bertatih untuk berpuasa pada tahun ini, berikut antara tips yang boleh saya kongsikan

1. Beberapa hari sebelum puasa kita boleh bercerita dgn anak2 tentang kelebihan berpuasa, terangkan apa yg boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan semasa berpuasa. Anak2 saya sudah mula berpuasa pada umur 6 thn walaupun setengah hari tapi kita telah melatih perut mereka, menjelang umur mereka 7 tahun mereka sudah mula berpuasa penuh. Terpulang pada ibubapa waktu bila yang sesuai untuk anak2 berlatih berpuasa.

2.Ketika bersahur

   Pastikan makanan yang diberi kepada anak seimbang seperti yang disarankan dalam piramid makanan.
   Pastikan anak bersahur lewat agar tidak cepat rasa lapar dan letih

3. Ketika berbuka puasa

    Pastikan anak anda berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air
    Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka
    Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, banyak rempah dan pedas

Pengambilan vitamin juga membantu semasa kita berpuasa, supaya kita lebih bertenaga dan cergas sesuai utk dewasa dan kanak-kanak.  Minuman yang menjadi kegemaran ramai semasa berpuasa ialah ESP dan performance drink.


Antara khasiat Performance Drink ialah

Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
Sesuai diambil oleh semua golongan termasuk ibu menyusu
Sesuai diambil ketika panas, berpuasa,  aktif seharian dan bersukan
Sesuai untuk anak-anak ke sekolah untuk mengelakkan hidrasi
Harga yang berbaloi dan sesuai untuk seisi keluarga



  Di akhir kata saya sekeluarga memohon maaf jika ada salah dan silap semasa menulis blog ini.  Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Retail Price RM82.50 (Semenajung Malaysia) | RM87.50 (Sabah Sarawak)

Berminat?Sila hubungi saya di  arnisyazila@gmail.com utk sebarang pertanyaan |pesanan.Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Kebaikan Susu Ibu

Kebelakangan ini rata2 ramai ibu telah berusaha dan berjaya menyusukan anak2 mereka dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tahniah kepada anda semua dan diri saya tidak terkecuali :). Entri kali ini saya akan syer tentang kebaikan susu ibu kepada ibu sendiri, bayi, keluarga dan masyarakat, wow banyaknya kebaikan susu ibu.

Kebaikan untuk ibu

Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan

Menjarakkan kehamilan secara semulajadi (kalu rezeki hamil lagi dlm masa terdekat Alhamdullilah)

Mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan uterine

Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis

Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi

Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Kebaikan Untuk Bayi

Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi

Mengurangkan masalah allergi

Mengurangkan masalah sistem penghadaman 

Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum

Kebaikan Untuk Keluarga

Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula

Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit

Merapatkan hubungan kekeluargaan

Kebaikan Untuk Masyarakat

Mesra alam sekitar - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran

Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin utk menyusukan bayi boleh 

Email saya arnisyazila@gmail.com

 
 


 

Simpton Pre Monopaus

Antara simpton yang dialami oleh wanita pre monopaus ialah

1. Sentiasa berasa panas dan berpeluh pada waktu malam

2. Haid yang tidak menentu, banyak sedikit, sekejap mahupun dalam jangka yang lama

3. Sukar untuk tidur pada waktu malam

4. Emosi yang kurang stabil, kebimbangan, tekanan dan mudah marah

5. Kulit kering dan rambut mudah gugur

6. Penurunan nafsu seks

7. Kekeringan vagina

Namun begitu pre monopaus boleh dikesan oleh doktor. Anda boleh melakukan pemeriksaan tiroid dan juga pemeriksaan darah untuk menentukan tahap hormon dan ia juga boleh membantu mengesan proses pra monopaus.

Kehilangan estrogen menyebabkan perubahan ketara hubungan seksual wanita. Mereka tidak lagi tertarik kepada seks dan kurang berasa sensitif terhadap sentuhan. Kekurangan estrogen juga menyebabkan peningkatan jumlah darah yang mengalir ke dalam vagina. Peningkatan aliran ini memberi impak kepada cairan vagina dan menyebabkan ia kering dan tidak selesa ketika melakukan hubungan seks. Namun begitu tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Aktiviti riadah, waktu tidur yang terancang, diet yang seimbang, pengambilan makanan tambahan dan menjauhkan diri dari rokok dan alkohol dipercayai dapat membantu mengurangkan simpton2 pra monopaus.

Antara vitamin yang diperlukan oleh setiap badan  wanita ialah


Menyokong sistem imun, memulihkan dan pertumbuhan tisu2, mengekalkan kesihatan gusi, membantu penyerapan zink, Ia juga popular untuk kecantikkan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikkan kulit melalui penghasilan kolagen.



Kelebihan Vitamin B Shaklee ialah mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga, menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.


Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai antioksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif", Ia mengandungi bahan anti penuaan yang menbantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.



Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid, membnatu meningkatkan kesuburan, melegakan PMS (sindrom pra haid), membantu dalam menangani monopaus, menguatkan kuku dan rambut, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri, membantu menangani ekzema, melegakan simpton akibat artritis reumatoid, mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri, menguatkan imuniti tubuh, memperlahankan proses penuaan, mengurangkan blood clot yang boleh menyebabkan serangan jantung, mengawal kencing manis dan darah tinggi, mengawal kolesterol dan untuk fungsi saraf

Cara Penjagaan Wajah

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakkan kulit terjadi kerana anda kerap menegangkannya tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

Minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit (sebaik2nya 3 liter sehari jika anda makan vitamin atau jamu)

Sebelum tidur basuh muka anda dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang

Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya cuci muka dengan gunakan pencuci muka, lepas cuci muka gunakan penyegar (toner) dan disusuli  dengan pelembap.

Pastikan anda melindungi kulit dari sinaran matahri sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.



Jika anda menghadapi masalah kulit seperti kulit berjerawat, nak maintain kulit muka licin, awet muda, berseri atau berjerawat batu, bernanah serta  meninggalkan parut yg dalam. Atau kulit muka yang berjeragat anda boleh hubungi saya untuk mengetahui set mana yang sesuai dengan anda. Sila nyatakan masalah kulit anda supaya saya dapat cadangkan set yang mana sesuai dengan anda.

Pastikan Ibu Hamil Cukup Zat Besi

Pernahkah anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang biasa semasa hamil.

Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap 3 wanita mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi. Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka masa panjang. Zat besi adalah kompenan utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen keseluruh badan untuk memastikan kelansungan hidup. Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi , penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menampung keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi. Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 30 peratus lebih banyak zat besi  semasa hamil. Malangnya ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya.

Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak seringa dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pra-matang, berat lahir rendah dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia. Wanita dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan.

Saya menyediakan pakej lengkap untuk ibu hamil dan pakej ini juga sesuai utk ibu yang menyusukan bayi. Pilihan di tangan anda untuk memberikan yang terbaik untuk diri anda dan bayi anda.


Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.



 Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.

Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.


Anda boleh mendapatkan produk ini dari saya dengan harga yang berpatutan. Saya akan memberi konsultasi hanya kepada mereka yang mendapatkan produk ini dari saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sembang Santai

Sebagai seorang ibu  tak kira la anda bekerja di rumah atau di pejabat yang saya pasti anda semua sibuk 24 jam rasa macam 24 jam tu tak cukup utk melakukan semua kerja2 rumah dan menguruskan anak2. Saya juga seperti anda sibuk 24 jam :) Dan dengan alasan itu jugak kita rasa kita tidak sempat bersenam tapi jangan risau kerja2 rumah yang kita lakukan setiap hari juga seperti senaman ringan. Senaman penting untuk menguatkan jantung kita, bila kita sebagai ibu/isteri sihat keluarga bahagia. Antara aktiviti kecergasan yang sangat mudah kita lakukan di rumah ialah seperti

Bil
Lokasi
Senaman/Aktiviti
Masa
1
Di atas/tepi katil
Bangun shj dari tidur terus mengeliat
5 saat
2
Di tepi/depan katil
Sebelum ke bilik mandi berjogiing/angkat lutut ke paras pinggang berulang kali
3 minit
3
Dalam bilik mandi
Sambil gosok gigi lakukan calf raises (angkat tumit turun naik tanpa mencecahkan tumit ke lantai
30 saat
4
Di tangga utama
Lakukan turun naik tangga sebanyak sepuluh kali
1 minit
5
Luar rumah
Jog/brisk walk
1 minit
6
Di ruang tamu
Sambil menonton tv lakukan modified push up (10x)
30 saat

Senang bukan, selain itu ptg2 blh bawa anak2 ke taman permainan, antara aktiviti yg paling saya gemari sbb boleh mengeluarkan peluh sambil kita mengejar anak2.


Vitamin C

Adakah anda sering stress, kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar, luka yang lambat baik, mudah bersin/selsema, wajah nampak tua berbanding umur (alamak takutnya), mudah dapat ulcer, mudah demam? Ini menunjukkan anda mengalami kekurangan Vitamin C, Vitamin C merupakan vitamin yang mudah  rapuh pada suhu yang tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C yang sedia ada akan musnah.

Antara khasiat Vitamin C
______________________________
Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.






Vitamin C pilihan saya adalah Shaklee. Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?
 Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
kredit to Cery


Untuk mendapat hasil yang optimum anda juga digalakkan untuk mengambil Vitamin C dengan vitamin yang lain seperti B Complex, vitalea serta ESP, ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan juga telah ramai yang mendapat khasiat daripada pengambilan Vitamin-vitamin Shaklee. Bagi mereka yang mementingkan kecantikkan kulit wajah dan badan dengan mengambil Vitamin C ia meransang kesihatan dan kecantikkan kulit melalui penghasilan kolagen.


Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee, anda boleh email kepada saya arnisyazila@gmail.com