Kebelakangan ini rata2 ramai ibu telah berusaha dan berjaya menyusukan anak2 mereka dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tahniah kepada anda semua dan diri saya tidak terkecuali :). Entri kali ini saya akan syer tentang kebaikan susu ibu kepada ibu sendiri, bayi, keluarga dan masyarakat, wow banyaknya kebaikan susu ibu.
Kebaikan untuk ibu
Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
Menjarakkan kehamilan secara semulajadi (kalu rezeki hamil lagi dlm masa terdekat Alhamdullilah)
Mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan uterine
Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Kebaikan Untuk Bayi
Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi
Mengurangkan masalah allergi
Mengurangkan masalah sistem penghadaman
Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
Kebaikan Untuk Keluarga
Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Kebaikan Untuk Masyarakat
Mesra alam sekitar - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin utk menyusukan bayi boleh
Email saya arnisyazila@gmail.com
Labels: 4 Set Penyusuan Yang Popular