Kepentingan Iodin



Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin.

Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan hingga kanak-kanak tersebut berusia dua hingga 3 tahun.

Wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon ini lah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap normal. Selain itu hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.

Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan 

Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
Keguguran
Kematian bayi dalam kandungan
Mati semasa dilahirkan
Kelahiran anak yang juga kurang iodin

Lazimnya iodin tidak disimpan di dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari. makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Wanita hamil dan wanita yang menyusukan memerlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa.

Labels: