Sembang Santai

Sebagai seorang ibu  tak kira la anda bekerja di rumah atau di pejabat yang saya pasti anda semua sibuk 24 jam rasa macam 24 jam tu tak cukup utk melakukan semua kerja2 rumah dan menguruskan anak2. Saya juga seperti anda sibuk 24 jam :) Dan dengan alasan itu jugak kita rasa kita tidak sempat bersenam tapi jangan risau kerja2 rumah yang kita lakukan setiap hari juga seperti senaman ringan. Senaman penting untuk menguatkan jantung kita, bila kita sebagai ibu/isteri sihat keluarga bahagia. Antara aktiviti kecergasan yang sangat mudah kita lakukan di rumah ialah seperti

Bil
Lokasi
Senaman/Aktiviti
Masa
1
Di atas/tepi katil
Bangun shj dari tidur terus mengeliat
5 saat
2
Di tepi/depan katil
Sebelum ke bilik mandi berjogiing/angkat lutut ke paras pinggang berulang kali
3 minit
3
Dalam bilik mandi
Sambil gosok gigi lakukan calf raises (angkat tumit turun naik tanpa mencecahkan tumit ke lantai
30 saat
4
Di tangga utama
Lakukan turun naik tangga sebanyak sepuluh kali
1 minit
5
Luar rumah
Jog/brisk walk
1 minit
6
Di ruang tamu
Sambil menonton tv lakukan modified push up (10x)
30 saat

Senang bukan, selain itu ptg2 blh bawa anak2 ke taman permainan, antara aktiviti yg paling saya gemari sbb boleh mengeluarkan peluh sambil kita mengejar anak2.


Labels: