ESP





ESP produk yang paling hot di pasaran, sila dapatkan daripada saya, pengedar anda.

Kenapa ESP atau Energizing Soy Protein ni produk yang hot dan siapa yang perlukan ESP?

1. Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu dalam badan

2. Energy Booster

3. Membaik pulih dan sel-sel dan tisu-tisu yang rosak

4. Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan

5. Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

6. ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan      selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh.

SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus for weight management)

Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Dan yg paling istimewa utk Wanita ialah: Keanjalan kulit.. Awet muda ..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Jika ingin kulit wajah lebih sihat, gebu, cantik dan flawless mestilah dari penjagaan dalaman kita dulu. Jika kulit wajah kita jerawat yang teruk, jeragat , berminyak, kering dan nampak kusam rawat dahulu dengan supplement kecantikkan barula cantik dalaman dan luaran :)

Bagi yang berminat sila email/PM arnisyazila@gmail.com

Set Berpantang

Terdapat pelbagai jenis set berpantang yang terdapat dipasaran, bagi ibu-ibu yang akan bersalin/baru bersalin pasti akan keliru set mana yang perlu dibeli. Terdapat beberapa kriteria yang harus anda fikirkan semasa membeli set berpantang.

Antaranya ialah

Pastikan set yang anda beli itu mestilah selamat dan tidak memberi sebarang kesan mudarat kepada ibu dan bayi. Terdapat set berpantang yang boleh menyebabkab bayi anda cirit atau mengganggu pengeluaran air susu ibu dan seterusnya mengganggu bayi menyusu.

Set berpantang tersebut boleh dimakan walaupun bayi anda kena kuning, adakah anda sanggup menunggu hingga 2-3 minggu untuk makan makanan kesihatan dalam masa yang sama badan anda sudah keletihan, masuk angin dan tidak bertenaga. Anda perlu sihat dengan cepat kerana bayi anda memerlukan anda.

Badan anda harus rasa sihat, bertenaga dan tidak mudah letih kerana semasa berpantang bayi sering berjaga diwaktu malam, jika ada anak-anak yang lain mereka juga perlukan perhatian dari anda.

Set berpantang yang anda pilih juga boleh menyebabkan luka cepat sembuh.

Sembelit merupakan igauan ngeri bagi setiap ibu yang bersalin samada secara normal atau ceaserian. Jika set berpantang anda mampu mengelakkan sembelit dan mudah lawas itu adalah yang terbaik untuk anda.

BONUS jika set berpantang itu mampu membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat dan banyak, itu merupakan satu kejayaan untuk anda.

 Pilihan di tangan anda..


Saya mencadangkan set bersalin Shaklee yang terbaik untuk anda dan bayi anda

Vitalea (multivitamin)
Vitamin C
B Complex
Zinc

ESP untuk membantu penyusuan ibu

Ostematrix untuk mengelakkan sembelit dan untuk kesihatan tulang.











Testimoni ESP Shaklee

Testimoni ESP Shaklee.

salam semua..
selalunye bace testimoni org je,skrg sy nk share ckit.sy da amalkan esp 2bln.alhamdulillah,dlam mase 2bln berat sya da trun 6kg dari 63kg.saye rase xlapar,xpnat.mmg terkjut sgt..
bukan tu je,,esp membantu sy susu jd pekat,anak pun da xbgun mlm mcm sblm ni.mmg sgt membantu..selain tu,,ramai yg tegur kulit muka kelihatan berseri2..

ESP mmg best!!!,,thanks shaklee..

Credit to Ibu Elmyasna

Kebaikan GLA



Adakah anda inginkan kulit wajah yang bersih berseri atau glow, ingin awet muda atau sering mengalami PMS yang menyakitkan setiap bulan sampai perlukan pil penahan sakit? Atau kitaran haid yang tidak teratur? Maka jawapannya ialah anda perlukan GLA Shaklee.

Apa itu GLA? Nama saintifik GLA ialah Asid Linolek Gama. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Sumber asli GLA terdiri daripada borage seed, blackcurrent dan EPO.


 Harga : RM91.25, EM: RM95.00














Antara khasiat dan kelebihan GLA Shaklee



  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    • Membantu meningkatkan kesuburan



  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
Credit to mamafaiz

Untuk mereka yang sering mengalami PMS, saya ada tips untuk anda.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi saya arnisyazila@gmail.com, anda akan diberi konsultasi percuma jika membuat pembelian dengan saya.

Vitalea

Harga : RM88.75, EM: RM93.75


Hari ini saya akan bercerita tentang kebaikan vitamin Vitalea Shaklee yang mempunyai pelbagai khasiat bahkan vitalea merupakan multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana di sarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan denga kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut dengan "Explo-tab".  Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Khasiat Vitalea Shaklee

Penambahan tenaga segera  - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian)  dan anemia.

Keupayaan sistem Produktif - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran , pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid

Melindungi organ  - Melindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati.


Vitalea sesuai diambil ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusukan bayi, pelajar 12 thn ke atas, mereka yang mementingkan kecantikkan kulit dan juga mereka yang mementingkan kesihatan. Vitalea tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Testimoni Set 3M & ESP


Testimoni set 3M & ESP




syukur dn alhamdulillah...rezeki spjg berpantang dgn set 3m+esp...

Credit to Jaja Joe

Anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana set 3M dan ESP blh membantu dlm penyusuan bayi anda sila email arnisyazila@gmail.com

Vitamin E - with Grape Seed Extract





Kebaikan grape seed extract

Extract biji anggur mengandungi pelbagai khasiat penting bahan-bahan kesihatan seperti protein, liquid, karbohidrat, polifenol (yg dtg terutamanya dalam bentuk flavonoid, juga dikenali sebagai bioflavonoids). Flavonoid istilah yang digunakan untuk kelas bahan kimia tumbuhan yang dikenali untuk aktiviti mereka sebagai anti oksida yang sangat kuat dan dengan itu keupayaan mereka dalam melindungi tubuh daripada kerosakkan oksidatif dan radikal bebas.

Vitamin E juga fungsinya ialah melindungi jantung, mempertingkatkan kemampuan reproduktif (vitamin cinta), anti penuaan (kurangkan kedut,garis halus, parut), memperbaiki arthritis dan memperbaiki parut.

Jika berminat sila email ke arnisyazila@gmail.com

Buasir

Kena buasir? Ada orang akan membuat lawak sekiranya terdengar rakan atau saudara yang terkena buasir, hakikatnya bagi mereka yang pernah terkena buasir atau sedang mengalaminya sahaja yang faham betapa sakitnya kalu kena buasir ni. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur atau jantina.

Antara faktor penyebab buasir ialah cirit birit kronik, kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan, duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama, sembelit disebabkan najis yang besar dan kering memerlukan pesakit meneran dengan kuat, berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran darah, hamil adalah penyebab utama buasir kerana tekanan meningkat akibat rahim yang membesar.

Simptom buasir ialah rasa sakit berdenyut-denyut dan rasa gatal pada lubang dubur, pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau mencangkung, darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur, dalam tempoh pendarahan pesakit boleh mengalami kurang darah.

Pesakit buasir perlu mengubah gaya hidup untuk sentiasa sihat, pemakanan perlu dijaga dengan kurangkan makan diluar, lebihkan fiber, banyak minum air suam dan sentiasa bersenam.

Antara supplemen Shaklee yang boleh membantu pesakit buasir ialah ostematrix, omega guard dan zinc.

 Ostematrix - Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur

 Omega Guard - Baik untuk sendi/otot..pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut




Zinc Complex - Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi sila email ke arnisyazila@gmail.com

Sihat Dengan B Complex

Apa khabar semua hari ini? Cuti 3 hari tidak terasa kerana penuh dengan jemputan "open house" Alhamdullilah, bulan Syawal pun sudah berakhir :)

Hari ini saya akan berceloteh tentang akibat kekurangan Vitamin B di dalam badan kita. Tahukah anda jika anda mendapati ada rekahan dan rasa pedih pada tepi bibir anda, bermakna anda kekurangan Vitamin B. jangan pandang ringan dengan berfikir yang ia sekadar masalah kulit kering. Langkah pantas harus diambil...CEPAT..CEPAT..dapatkan segera sumber Vitamin B bagi mengatasi masalah ini daripada berlanjutan. Pilihan terbaik adalah mendapatkan Vitamin B, kalsium dan omega.

Tanda-tanda kekurangan B Complex

Keletihan/tidak bermaya

Tidak dapat duduk diam (resah gelisah)

Panik (Mengelabah/buntu)

Sedih tanpa punca (stress)

Sembelit

Lidah merah dan bengkak

Khasiat Vitamin B Complex Shaklee

Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman menukar lemak, karbohidrat, protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Mencegah anemia - membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibodi,

Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS)

Kenapa saya memilih Vitamin B Shaklee? Vitamin B Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan kebekersanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air , sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil Vitamin B pada setiap hari.

Vitamin ini sesuai diambil oleh ibu yang mengandung, berpantang, menyusukan bayi, pelajar berusia 12 thn ke atas. Bagi yang berminat boleh email kepada arnisyazila@gmail.com

Harga B Complex Shaklee RM53.75, EM RM56.25

Menyusukan Bayi Selepas Ceaserian

Salam untuk pembaca blog saya yang budiman, tajuk blog saya mengingatkan saya tentang pengalaman saya sendiri yang menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan anak saya secara ceaserian, saya mempunyai 3 pengalaman secara ceaserian di 3 hospital yang berlainan. Kenangan yang paling manis ialah semasa bersalinkan anak saya yang ke 3 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tahun 2010 di mana kempen penyusuan bayi giat dijalankan. Sebaik sahaja puteri saya keluar dari perut saya, nurse telah mengajar bayi saya untuk menyusu semasa rahim saya sedang dijahit. Dengan kuasa Allah, Alhamdulliah bayi saya pandai untuk menyusu , momen yang paling berharga untuk saya sebagai seorang ibu. Sebaik sahaja saya di dalam wad saya sudah boleh menyusukan bayi secara berbaring dan mengiring sedikit di sini bantuan diperlukan disebabkan kaki saya masih tidak boleh bergerak kerana ubat bius masih berbaki. Jururawat banyak membantu saya untuk menjayakan penyusuan kepada bayi saya.

Berikut panduan yang boleh saya kongsikan untuk kebaikan kita bersama menjayakan penyusuan susu ibu selepas ceaserian.

1. Sebelum bersalin anda disarankan untuk mencari ilmu penyusuan susu ibu, ianya kelihatan mudah namun hakikatnya banyak cabaran yang perlu digalas untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Anda perlu belajar asas dan teknik penyusuan yang betul. Terdapat banyak kelas persediaan penyusuan susu ibu, jika anda menjalani pemeriksaan di PPUM, mereka ada menyediakan kelas untuk bakal ibu.

2. Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana ketika ini payudara masih dalam keadaan lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit. Minta jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda, pastikan anda dan bayi diselimuti kerana suhu di dalam bilik pembedahan sangat sejuk.

3. Pastikan bayi sentiasa bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluan bayi. Biasanya bayi menyusu lebih kurang 8 - 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan atau separuh biasanya bayi akan lebih mengantuk. Bantu dia untuk bangun menyusu terus daripada payudara dan ransang payudara dengan menggunakan tangan atau pam.

4. Posisi yang paling sesuai adalah posisi sambil berbaring dan anda dalam keadaan mengiring dengan bantal diletakkan dibelakang badan anda. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan badan supaya bayi boleh mendapat kedua-dua belah payudara tanpa perlu menukar arah. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami atau jururawat.

5. Selepas pembedahan anda biasanya akan terbaring di katil kerana masih berasa sakit di bahagian luka pembedahan. Anda perlu untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital gunakan penghadang disisi katil sebagai sokongan, jika di PPUM mereka sediakan tali untuk anda bangun, saya masih lagi terasa ngilu bila menaip entri ini hehehe tapi jangan risau kesakitan itu tidak lama.

6. Anda boleh memakai bengkung khusus untuk ibu yang  ceaserian bagi menyokong perut anda

7. Inilah waktunya untuk anda berkenalan dengan bayi anda, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda.Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu.


Jangan putus asa untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda walaupun anda ceaserian, ianya bukan penghalang untuk anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi anda.



Testimoni


Testimoni Shaklee..

akums kawan2 semua..sy ingin berkongsi..sy dh ambk produk shaklee ni dh nk masuk 6 bulan..mmg sgt2 ketara perubahan dr segi kulit n kesihatan..sy ambil set B + ESP + vita E + ostematrix...dulu selalu sy penat n cepat nk demam tp skrg rasa antibodi makin kuat n x cepat letih lebih2 lagi sy seorg guru yg terpaksa pegi sekolah seawal 630 pg & pulang rumah jam 4 ptg...mlm2 lg perlu jaga baby seorg diri kerana suami cuma semggu sekali balik umah..semua kerja rumah perlu dilakukan sendirian..Alhamdulillah stamina sy kuat hgga kan suami seringkali memuji & kwan2 sekolah menyedari perubahan sy...& plg best berat bdn kembali slim seperti anak dara..iaitu tetap menten 48kg...& disebabkan itu, ramai kwn2 yg nk cuba juga produk shaklee ni mcm sy.

Credit to MummyaRiesya FaiSal

Sesiapa yang berminat sila emal ke arnisyazila@gmail.com.

Exam dan anak2

Minggu depan peperiksaan UPSR akan berlangsung dari 11-13/9/2012, saya turut merasakan debarannya sebab anak yang sulung akan menduduki peperiksaan tersebut. Rasanya saya yang lagi berdebar dari anak bujang :) Selepas UPSR, PMR muncul dan kemudiannya SPM dan STPM.

Walaupun hakikatnya straight A's sering menjadi target kita untuk anak-anak, andaikata anak2 kita tak dapat janganlah kita menyalahkan mereka sebaiknya kita bagi sokongan kepada mereka agar mereka tidak mengalah untuk berjuang dalam kehidupan yang masih panjang untuk mereka terokai. Kehidupan ini penuh warna warni kadang-kadang kita berjaya, kadang-kadang kita kecundang, sebagai ibubapa kita sentiasalah berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita agar cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah.

Sebagai persiapan untuk anak-anak yang menghadapi peperiksaan selain kita menjaga makanan mereka dengan pemakanan yang berkhasiat, amalan rohani juga perlu agar anak-anak tenang semasa menghadapi peperiksaan, berikut adalah kata-kata yang saya petik dari status Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Moga Allah rahmati kita semua. Antara petua nak bantu anak hadapi pepriksaan: 
1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya! 
2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study, 
3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve, 
4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 
5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian mcm hari pep
eriksaan agar tak terperanjat bila exam nanti, 


6. Pesan anak hadap Qiblat & baca S Al Insyirah sebelum study, 


7. Maafkan & Doakan guru & kwn2, 


8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa, 


9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result anak asalkan dia dah mencuba yg terbaik, 


10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa,


 11. Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga berjaya, wassalam.




Untuk memastikan anak saya sentiasa fokus, tenang dan sihat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya telah memberi beliau vitamin Shaklee, antara vitamin Shaklee yang saya bagi ialah

Khasiat B Complex ialah untuk saraf yang sihat dan learning capacity, utk stamina dan kekuatan otak, oksigen otak, ketahanan stress serta keletihan/kelesuan, tukar glycogen kepada tenaga, pengeluaran sel darah merah, tingkatkan konsentrasi dan ingatan, kesihatan mental dan emosi, kurangkan sedih/muram (depression). Secara keseluruhannya peranan B Comples ialah menukarkan makan kepada tenaga untuk proses minda, tingkatkan kapasiti belajar, konsentrasi + ingatan.


Khasiat Vitamin C ialah meningkatkan sistem imun, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan simtom flu dan selsema.

 Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Manfaat utama Omega Guard untuk pelajar ialah membantu perkembangan memori. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Pastikan anak-anak mengambil air masak/suam yang banyak setiap hari, galakkan mereka bersenam atau bersukan dan tidur yang mencukupi (tidur awal) agar mereka sihat dan cergas. Akhir kata " Good Luck" kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan semoga kejayaan mengiringi kalian. Doa seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.

Testimoni


Testimoni mereka yang berjaya mengandung

Untuk perkongsian semua:

Saya sangat berterima kasih kepada produk Shaklee kerana dengan kuasa-Nya serta berkat doa ibu saya di Tanah suci tempoh hari,serta pengambilan produk Shaklee,saya kini hamil 3bulan 3minggu.Saya disarankan untuk mencuba produk Shaklee iaitu set asas yang mengandungi bekalan vitamin c,vitamin e dan b-complex lantaran masih tidak berjaya untuk hamil setelah lebih satu tahun berkahwin.Alhamdulillah,setelah 1-2bulan pengambilan Shaklee,saya mendapat berita gembira di mana saya disahkan hamil 4minggu.Lantaran itu,saya terpanggil untuk menulis testimoni ini untuk berkongsi pengalaman manis ini.

Credit to Farah Diyana

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh email ke arnisyazila@gmail.com.

Vitamin C

Walau di mana sahaja ada kedai farmasi atau makanan kesihatan kita akan jumpa pelbagai jenama Vitamin C berderet-deret, pilih dan baca label untuk mengetahui kandungannya , Vitamin C penting untuk tubuh badan kita dan ianya mempunyai pelbagai khasiat.

Apa yang istimewanya Vitamin C Shaklee ni? Dengan namanya yang unik Sustained Release Vitamin C (Pembebasan berterusan secara semulajadi). Mari kita lihat kandungan Vitamin C Shaklee ni. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitmya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diesktrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh badan kita melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



Harga runcit RM92.50 (180 tablet)
Harga runcit Sabah & Sarawak RM97.50

Khasiat utama Vitamin C ialah

1. Paling top ialah membentuk kolagen - Meransang pembentukkan kolagen . Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik

2. Memperbaiki simpton pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan  waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

5. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

6. Mengekalkan kolesterol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman dan hidung berdarah.


Vitamin C Shaklee sesuai untuk semua golongan termasuk ibu mengandung,  ibu berpantang, ibu yang menyusukan bayi dan mereka yang ingin cantikkan kulit.


Kepada yang berminat boleh email kepada saya arnisyazila@gmail.com



Surah Utk Ibu2 yang Mengandung

Surah utk ibu2 yg mengandung, semoga perkongsian ini memberi manfaat, insyaAllah




Testimoni Ibu Yang Menyusukan


Testimoni Ibu Yang Menyusukan

Arini 1st time consume vitalea+b complex+esp ..sukenya hasil perahan 9oz...klo amik esp je 7oz max..alhamdulillah




Credit to Nurul Aziyana

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi sila email ke
arnisyazila@gmail.com