Exam dan anak2

Minggu depan peperiksaan UPSR akan berlangsung dari 11-13/9/2012, saya turut merasakan debarannya sebab anak yang sulung akan menduduki peperiksaan tersebut. Rasanya saya yang lagi berdebar dari anak bujang :) Selepas UPSR, PMR muncul dan kemudiannya SPM dan STPM.

Walaupun hakikatnya straight A's sering menjadi target kita untuk anak-anak, andaikata anak2 kita tak dapat janganlah kita menyalahkan mereka sebaiknya kita bagi sokongan kepada mereka agar mereka tidak mengalah untuk berjuang dalam kehidupan yang masih panjang untuk mereka terokai. Kehidupan ini penuh warna warni kadang-kadang kita berjaya, kadang-kadang kita kecundang, sebagai ibubapa kita sentiasalah berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita agar cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah.

Sebagai persiapan untuk anak-anak yang menghadapi peperiksaan selain kita menjaga makanan mereka dengan pemakanan yang berkhasiat, amalan rohani juga perlu agar anak-anak tenang semasa menghadapi peperiksaan, berikut adalah kata-kata yang saya petik dari status Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Moga Allah rahmati kita semua. Antara petua nak bantu anak hadapi pepriksaan: 
1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya! 
2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study, 
3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve, 
4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 
5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian mcm hari pep
eriksaan agar tak terperanjat bila exam nanti, 


6. Pesan anak hadap Qiblat & baca S Al Insyirah sebelum study, 


7. Maafkan & Doakan guru & kwn2, 


8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa, 


9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result anak asalkan dia dah mencuba yg terbaik, 


10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa,


 11. Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga berjaya, wassalam.




Untuk memastikan anak saya sentiasa fokus, tenang dan sihat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya telah memberi beliau vitamin Shaklee, antara vitamin Shaklee yang saya bagi ialah

Khasiat B Complex ialah untuk saraf yang sihat dan learning capacity, utk stamina dan kekuatan otak, oksigen otak, ketahanan stress serta keletihan/kelesuan, tukar glycogen kepada tenaga, pengeluaran sel darah merah, tingkatkan konsentrasi dan ingatan, kesihatan mental dan emosi, kurangkan sedih/muram (depression). Secara keseluruhannya peranan B Comples ialah menukarkan makan kepada tenaga untuk proses minda, tingkatkan kapasiti belajar, konsentrasi + ingatan.


Khasiat Vitamin C ialah meningkatkan sistem imun, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan simtom flu dan selsema.

 Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Manfaat utama Omega Guard untuk pelajar ialah membantu perkembangan memori. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Pastikan anak-anak mengambil air masak/suam yang banyak setiap hari, galakkan mereka bersenam atau bersukan dan tidur yang mencukupi (tidur awal) agar mereka sihat dan cergas. Akhir kata " Good Luck" kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan semoga kejayaan mengiringi kalian. Doa seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.

Labels: