Testimonial Alfalfa Shaklee


Testimoni : Saya memang mempunyai masalah keputihan semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Akibat daripada tak alert tentang kebersihan bahagian tu. Zaman sekolah belum pandai nak pakai pantyliner ke hape. Bila meningkat dewasa, saya perhatikan keputihan saya makin teruk tapi tak berani nak pegi klinik. Segan. Dengar2 doktor akan masukkan ubat dalam kita punya tu. Lagilah takut. Terbiarlah sampailah saya berkahwin dan hamil anak sulung. Semasa hamil, keputihan saya agak teruk jugak. Berbau dan berketul2. Malu dengan suami. Mujur suami jenis yang memahami. Suami suruh saya pegi check. Doktor bagi saya ubat yang masuk kat dalam kita punya tu. Malangnya tak lama lepas tu keputihan saya datang balik. Sedih. Giveup. Lepas tu langsung saya tak makan/pakai apa-apa produk pun sampailah saya mencuba set B yang ada mengandungi alfalfa. Saya dimaklumkan alfalfa boleh mengurangkan keputihan. Alhamdulillah setelah saya mencuba set trial yang untuk sebulan tu, keputihan saya dah x ade! Serius!!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan tu tapi kali ni daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih! Ya Allah rasa macam tak percaya. Saya tunjuk dengan suami, suami tersenyum je. Kalau dulu nak tidur pun saya terpaksa pakai pantyliner, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah... Tak sia-sia saya mencuba. Saya tak malu nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Dulu ader.. sekarang tidak lagi....Hehe.Terima kasih Shaklee.:-)

Credit to Fauzi Lizar

Alfalfa juga sesuai diambil oleh lelaki terutamanya mereka yang mengidap gout

Berminat sila email arnisyazila@gmail.co atau PM saya

Tip Elak Muka Dari Jerawat

Jerawat? Tahukah anda, ada empat jenis jerawat blackhead merupakan salah satu jerawat yang berlaku disebabkan pori-pori muka terbuka. Ia berwarna hitam dan bukan kotoran sebaliknya adalah panyumbat pori yang berubah warna kerana terdedah dengan udara.

Manakala whitehead pula disebabkan oleh pori-pori tersumbat. Ia kelihatan seperti tonjolan putih kecil di bawah kulit. Ia disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan kelenjar minyak yang berlebihan pada kulit.

Mesti u all suka picit dengan tangan kan...NO...NO kerana tangan/kuku kita mungkin mengandungi bakteria dan kemungkinan akan ada parut jerawat di muka kita.

Antara tip elak muka dari jerawat yang boleh saya syerkan di sini ialah

Pentingnya pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari, kalau boleh jangan culas sebab air masak ni penting lebih banyak kita minum air masak lebih banyak toksin yang akan keluar dari badan kita dan kulit akan lebih moist serta kita akan semakin sihat.

Kurangkan  makan makanan yang bergoreng dan berminyak, seperti yang kita sedia maklum makanan di Malaysia banyak yang jenis bergoreng, kalau boleh kurangkan, tak bagus untuk kesihatan kulit, kolesterol pun akan naik jugak.

Amalan harian seperti mencuci, melembab dan menyegarkan wajah juga penting supaya kulit kita sihat dan gebu. Jika anda seorang yang memakai make up sila cuci sebersih-bersihnya make up anda terutamanya sebelum anda tidur, jika tidak di cuci ia akan menutup liang pori-pori di muka anda dan menyebabkan kulit tidak sihat.

Yang paling penting ialah amalkan supplement untuk kulit secara istiqamah, selain untuk tenaga ia juga bagus untuk kesihatan kulit. Kulit wajah akan lebih cantik, sihat dan flawless.

Supplement kecantikkan yang boleh diamalkan ialah seperti B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Kolagen.


Jika anda ingin mendapatkan vitamin sila email arnisyazila@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Senyum

Senyum :)

Wajah kita mudah sekali menggambarkan keadaan emosi berdasarkan ekspresi yang ditonjolkan sepanjang waktu.

Tahukah anda jika anda sering berasa runsing, marah dan sensitif, kulit anda turut mudah berkerut terutamanya sekali disekitar mata, sudut bibir atau garis-garis lain pada wajah.

Oleh itu senyuman dapat membuahkan keajaiban bagi kulit anda sekaligus menjadi awet muda. Jadi hiasi hari anda dengan senyuman yang berpanjangan...

Nak lagi cantik dan ceria, makanlah vitamin c, b complex, vitamin E dan ESP






Vitamin Untuk Keputihan

Adakah anda mengalami masalah keputihan? Keputihan yang berbau dan boleh mengganggu hubungan suami isteri amat tidak selesa. Apa itu keputihan? Keputihan merupakan rembesan vaginal abnormal pada wanita. Keputihan yang disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal dalam vagina dan disekitar bahagian luar bibir kemaluan.

Keputihan sering disebabkan oleh bakteria, fungus dan parasit. Jangkitan ini boleh menjalar dan menimbulkan peradangan hingga ke saluran kencing sehingga menimbulkan rasa pedih semasa membuang air kecil. Jenis jangkitan juga boleh dikenalpasti melalui warna rembesan.

Sekiranya anda mengesyaki keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, segeralah bertemu doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks . Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak. Pastikan apabila anda ingin bertemu doktor, anda tidak membersihkan dengan sabun pencuci, ini untuk memudahkan doktor mengenal pasti keadaan sebenar keputihan.

Mencegah itu adalah lebih baik , vitamin Shaklee yang boleh membantu masalah keputihan ialah Alfalfa Shaklee


Khasiat Alfalfa

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid.
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat asma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (Sila minum air yg banyak utk mengelakkan sembelit)

AMARAN : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE!



Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil

Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah 

Penting ketika proses ovulasi

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil  meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang  kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi


Untuk Jantung 

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit  sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.


Bagaimana Ostematrix (kalsium) Shaklee boleh membantu ibu hamil


Harga : RM61.00, EM RM65.00 (120 biji)

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat utama

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangkan, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema dan gusi berdarah.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Meringankan stress

Memperbaiki masalah haid

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Sesuai untuk semua golongan terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan bayi, vitamin untuk ibu mengandung boleh rujuk di sini


Jika anda ingin mendapatkan vitamin sila email arnisyazila@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Setiap ibu yang mengandung pasti tertanya-tanya adakah cukup makanan yang diambil setiap hari untuk menampung keperluan zat untuk ibu dan bayi. Makan untuk 2 org? Elakkan makan untuk 2 orang, anda perlu ingat bahawa bayi hanya bersaiz sebiji beras ketika diawal kehamilan . Jadi anda hanya perlukan lebih kurang 300-500 kalori tambahan dalam sehari semasa hamil. Oleh itu ia dapat mengelakkan masalah pertambahan berat badan yang mendadak ataupun masalah kesihatan yang timbul selepas bersalin.



Panduan Nutrisi yang mencukupi tanpa makan berlebihan

Penuhi keperluan nutrisi makanan harian anda dengan protein, karbohidrat, lemak baik, vitamin dan mineral dengan mempelbagaikan makanan anda. Pastikan apa yang diambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan

Pelbagaikan makanan dalam kategori yang sama. Sebagai contoh makan sayur-sayuran yang berbeza warna , jenis dan tekstur. Hal ini kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza antara satu sama lain.

Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman berkarbonat, makanan bergoreng dan makanan yang tinggi kandungan gula. Sebaiknya pilih menu seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran

Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minimum pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti bijiran tinggi

Sasarkan untuk makan 5 hidangan buah dan sayur sehari. Ini termasuklah menu yang dijadikan snek, jus dan salad.

Bagi mengelakkan diri daripada mengambil makanan kanji berlebihan, ada baiknya bertukar kepada pilihan bijirin penuh.

Memandangkan anda perlu memenuhi keperluan makanan berprotein tinggi, banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Nutrien yang mencukupi adalah penting untuk untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan sel, tisu dan organ yang sihat. Pengambilan vitamin juga mustahak kerana ia sedikit sebanyak dapat menjamin keperluan nutrien anda yang kemungkinan bimbang tentang kekurangan nutrien disebabkan kehidupan yang sibuk.

Jika anda ingin mendapatkan vitamin untuk ibu mengandung sila email arnisyazila@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Testimonial

Testimoni ESP, alfalfa dan lecithin, sangat sesuai di makan selepas Hari Raya Haji :)

Saya ingin kongsi pengalaman saya mengambil set slimming shaklee for bf mommies, ESP+Alfafa+Lecithin. Saya mula ambil set ni sejak mac 2012. Alhamdulillah dlm tempoh 3bln berat badan saya turun sbyk 1.5kg. 1.5kg mungkin nampak sedikit tapi kepuasannya saya rasa badan saya lebih ringan, lebih sihat dan pakaian y
ang dulu ketat sy boleh pakai balik :). Bukan saja berat badan turun, ESP sebagai milkbooster menjadikan susu saya lebih pekat.

Sebelum ini juga saya mengalami masalah keputihan, alhamdulillah, pengambilan Alfafa mengatasi masalah keputihan saya. Kalau dulu saya menggunakan pantyliner kerana tidak selesa akibat masalah keputihan, sekarang alhamdulillah tanpa pantyliner saya selesa, tak perlu lagi memikirkan masalah keputihan.

Lecithin pula membantu saya melancarkan pembuangan air besar :) Saya tak konsisten mengambil set ini, maksudnya kdg2 saya terlupa utk makan set ini pada waktu malam, dan itu pun dah menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg. Bayangkan kalau setiap hari saya disiplinkan diri utk mengambil set ini seperti yang dinasihatkan, pasti penurunan berat badan lagi byk :)

Credit to NurFatin Raihanah Emelie Rosales

Merawat Bengkak Susu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan tertanya-tanya macam mana nanti kalu baby dah tumbuh gigi, alamak sakitnya kalu dia gigit silap-silap boleh melecet dan berdarah. Persoalan ini akan sentiasa bermain-main dalam fikiran ibu yang menyusu.Sehinggakan ada ibu yang menghentikan pemberian susu ibu gara-gara tidak tahan dengan gigitan bayi. Bagi mengelak situasi ini berlaku mungkin beberapa tips ini boleh membantu...

Teknik menghisap yang tepat

1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara

2. Jangan biarkan si manja menghisap pada bahagian hujung payudara.

3. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong bayi anda menghisap susu dengan lebih baik

4. Rangkul seluruh badan bayi anda ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi

Mengepam Susu Badan

Anda juga boleh mengepam susu badan sebelum memberi susu badan secara langsung kepada bayi anda, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu dengan lebih lancar. Dengan cara ini bayi anda boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara ibu.

Tuam

Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat antara kaedah yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Ada juga pendapat boleh menggunakan kobis akan tetapi kesannya berbeza pada setiap orang, ada kata melegakan ada juga yang berkata susu berkurangan.

Tips elak bengkak susu

Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan ibu berada dalam keadaan selesa semasa menyusukan bayi dan untuk menyokong payudara.

Susukan bayi anda dengan lebih kerap, jika anda berada di opis, pam mengikut rutin jadual anda.

Pastikan bayi menghisap susu dengan cara yang betul.

Semasa bayi sedang menyusu, ibu bolehlah mengurut payudaranya secara perlahan-lahan untuk melancarkan pengaliran susu.

Jika kesakitan berlarutan sila berjumpa dengan doktor anda.

Untuk mendapatkan vitamin untuk ibu menyusu sila rujuk di sini

Testimoni ESP


Lagi testimoni teruja dengan ESP


Seorang customer saya bercerita dgn saya dia telah ambil esp sejak dr zaman anak dara lagi…(zaman student) ….

“ saya kenal esp masa zaman student lagi..masa tu tgok kak ipar minum masa dlm pantang,saya tanya apa akak minum dan dia terus bg saya cuba….sedap juga rasanya..kak ipar saya bgtau susu badannye sikit so dia amik esp untuk tambahkan susu badan..tp xsangka pula bukan susu badannye sa
ja bertambah,berat badan pun menyusut,jerawat kat muka pun dah xde,strect marsk masa mengandung pun makin pudar dan yg penting katanya dah xletih sgat..kalu x mmg letih la nak urus rumahtangga dgn anak2 lagi masa dlm pantang ni……..saya tanya kakak kalo saya minum nanti susu keluar ke sbb saya xkawen lg..kakak terus gelak kat saya..hihi..katanya esp ni sesuai untuk semua…rupanya abg saya pun minum esp juga…eh lelaki pun boleh minum!....
masa nk blik UK,kakak ipar hadiahkan saya esp…terharu ler…..saya yg student ni mmg xmampu nak beli esp tu..so bila kak ipar bg sgat2 suka2…esp saya tahan 1bulan saja sbb kawan2 serumah pun minum sama …huhu…sejak saya ambil esp masa zaman student saya mmjg xletih langsung,so kalau study smpai lewat mlm pun ok lg….pastu saya xrasa lpar sgat…..dan paling saya siyokkkk sgt tu boyprenzz saya kata saya makin santekkkk sbb dia kata muka saya mcm ada lain sikit….saya pun bgtau saya minum esp dan khasiat esp ni…dia pun nak cuba…
skrg sy dah kawen...still saya minum esp…hasben juga minum..masa tgah peknen saya ambil esp…hasilnya anak omak kulitnya halus mulus putih gebus ha!!dan mmg xde masalah kulit langsung…dalam pantang pun still minum esp…anak saya susu badan..alhamdullilah susu badan pun bnyak..hrap saya dpat susukan dia sehingga 2tahun…apa yg saya tgok anak saya mmg bijak..khasiat susu ibu kan..dan dia jarang demam..last demam masa umonya 8bulan….lepas habis pantang pun saya masih ambik esp gak..esp ni dah ibarat sebati ngan kehidupan saya dan suami….bagus sgat kak kan esp ni…..mmg saya terasa perbezaanya….dan yang paling lucu sekali hasben kata…body saya mcm anak dara lg walaupun dah ada anak sorang sbb esp ni menganjalkan semula payudara dan punggung”

***panjangnyer citer customer saya ni….apapun tq ya sbb sudi kongsi testimony dr zaman bujang,dah kawen,dah mengandung,masa dlm pantang dan selepas pantang dgn menggunakan esp…

Credit to Intan Azlin

Berminat nk order ESP, email arnisyazila@gmail.com


Cara Kenali Waktu Subur

Ada di kalangan kita yang masih tidak mengetahui bila waktu kita subur, waktu subur penting bagi mereka yang ingin mendapatkan zuriat. Berikut adalah beberapa cara yang kita boleh ketahui waktu bila kita subur.

1. Perubahan mukus serviks

Apabila tiba waktu pengovulan, mukus serviks akan berubah samaada daripada segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Lazimnya dalam tempoh bukan pengovulan, rupa mukus serviks adalah melekit mahupun langsung tiada. Walaubagaimanapun apabila tempoh pengovulan. mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur serta mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih.

Kelebihan

Kaedah 100% percuma
Dipercayai sebagai salah satu petunjuk paling tepat untuk anda melakukan hubungan suami isteri agar memudahkan proses kehamilan
Membolehkan anda mengenali tubuh dengan lebih baik

Kelemahan

Segelintir wanita keliru ketika mengaplikasikan kaedah ini.
Bukan petunjuk jelas. Mukus serviks subur mungkin hadir tetapi anda tidak berupaya melalui proses pengovulan. Hal ini biasa berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS

2. Keinginan Seks Meningkat

Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim di dalam tempoh di mana mereka sangat subur.

3. Perubahan Suhu Tubuh Badan (BBT)

Mencatat BBT merupakan antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengesan ovulasi dikalangan wanita yang ingin hamil.BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas tempoh pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh kehadiran hormon progesteron, ia akan meningkat sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku. Tetapi jika corak tidur anda tidak menentu atau bekerja pada waktu malam, carta BBT tidak dapat membantu.

4. Perubahan Kedudukan Serviks

Sama seperti perubahan mukus serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur , serviks akan lebih tinggi, lembut dan terbuka.

5. Payudara Lembut

Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh di mana ia sedang melakukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.

6. Ujian Petunjuk Tempoh Subur

Satu lagi cara untuk mengesan hari subur ialah dengan menggunakan kit petunjuk tempoh subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali selama seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.

Tips di atas sebagai petunjuk sahaja untuk rawatan lanjut sila berjumpa dengan pakar yang berkenaan.


Sakit Sendi


Adakah anda sering mengalami sakit sendi pada bahagian lutut terutamanya ketika mahu duduk, berdiri dan berjalan untuk jangka masa yang agak lama?

Jika ini berlaku menandakan otot-otot sendi anda semakin lemah. Puncanya boleh disebabkan anda kurang bersenam dan kekurangan kalsium.

Sakit sendi dikatakan cukup menyeksakan kerana boleh menyebabkan anda semakin malas untuk berjalan dan rasa tidak selesa untuk duduk dan bangun. Sakit sendi juga berlaku disebabkan peningkatan usia kerana tulang menjadi lebih lembut dan cepat haus. kadang-kadang berat badan juga boleh mengakibatkan anda mengalami sakit sendi dibahagian kutut . Jika berat badan berlebihan , maka lutut/otot di bahagian otot sukar untuk menampung berat badan sehingga menyebabkan sakit lutut.

Anda boleh mencuba Shaklee Advanced Joint Health Tablet yang mengandungi ekstrak unit Boswellia aktif dgn paten tertunda , ekstral jagung dan nutrient penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dengan berikut

- Menyokong keselesaan sendi

- Membantu mengekalkan tulang rawan

- Memelihara tisu penyumbang yang sihat

Berminat sila email arnisyazila@gmail.com



Pentingnya Nutrisi Untuk Ibu Dan Bayi Yang Menyusu

Adakah anda seorang ibu yang menyusukan bayi? Pasti anda tertanya-tanya adakah makanan yang anda ambil setiap hari cukup berzat untuk disalurkan kepada bayi anda. Tahukah anda keperluan pemakanan ibu menyusu berbeza dengan mereka yang tidak menyusukan anak. Kaedah penyusuan susu ibu memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada ibu dan bayi. Ikatan yang terjalin antara ibu dan anak selalunya bermula dengan hubungan fizikal dan pandangan mata ketika menyusu. Selain memberikan bayi gabungan lengkap sistem antibodi , vitamin, protein dan lemak untuk bayi membesar secara sihat, bayi yang meminum susu ibu berisiko rendah untuk mendapat asma atau alahan.

Selain itu kaedah penyusuan susu ibu akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai oksitosin yang membantu uterus untuk kembali kepada keadaan dan saiz sebelum kehamilan.

Makan lebih kerap dan secara sihat

Untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi untuk bayi, selepas bersalin seorang ibu perlu memastikan keperluan nutrisi pemakanannya dijaga, untuk menjaga kesihatannya.

Tingkatkan pengambilan protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak yang terkandung di dalam ikan, telur, ayam dan tauhu membantu badan selepas bersalin untuk sembuh dengan segera. Selaras dengan keseimbangan aktiviti senaman selepas bersalin, protein tanpa lemak juga mampu membantu ibu mendapatkan kembali kekuatan otot-ototnya.

Makanan yang kaya dengan DHA adalah penting untuk perkembangan otak, saraf dan retina. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan DHA di dalam diet mempunyai kaitan dengan IQ yang rendah pada kanak-kanak , kehilangan daya ingatan, kemurungan dan masalah visual.

Zat besi dan vitamin

Serikan wajah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran hijau, daging merah, ikan, daging ayam dan itik. Zat besi membantu mengawal simptpm awal anemia dengan membina lebih banyak sel darah merah. Vitamin C yang terdapat di dalam buah-buahan membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat besi.

Kepentingan Kalsium

Dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium anda mampu memperlahankan pengurangan dalam kepadatan tulangnya disebabkan osteoperosis.

Minum Air Masak Dengan Banyak

Jangan malas untuk minum air masak setiap hari sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kandungan air yang tinggi dalam susu ibu menyebabkan seorang ibu perlu mengekalkan tahap hidrasinya. Ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.


Jika anda seorang yang berkerjaya mahupun surirumah dan sentiasa terkejar-kejar dengan masa setiap hari. Saya sarankan anda mengambil vitamin bagi menampung kekurangan zat di dalam badan anda. Kita boleh menyusukan anak kita tanpa perlu mengambil apa-apa supplement terpulang kepada anda tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan ke semua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian selaras dengan keperluan tubuh kita dan anak.

Janganlah kerana kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga 2 tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang , kulit kusam, nampak tua dari umur, tidak bermaya , lesu dan tidak bertenaga.

PILIHAN DI TANGAN ANDA






..

























































































Kebaikan ESP



Kepada yang berminat sila email ke arnisyazila@gmail.com

Credit to Norita Idris

Kenapa Saya Jadi ahli Shaklee

Kenapa saya jadi ahli Shaklee? Pengalaman semasa menyusukan anak saya yang ketiga membuatkan saya telah jatuh cinta dengan Shaklee. Saya ingat lagi vitamin Shaklee yang saya makan ialah Vitalea, b complex, vitamin C dan ESP. Terasa badan lebih cergas, bertenaga dan baby puas menyusu.

Walaupun Shaklee merupakan syarikat MLM, yang saya pasti ramai begitu fobia dengan perkataan MLM tapi hasil pertemuan dengan Lyna upline saya, pasti anda merubah pendapat berkenaan Shaklee atau MLM. Yang pasti kami tidak perlu attend kelas yang kena balik malam-malam dan meninggalkan anak-anak di rumah. Sebagai seorang surirumah Shaklee membantu saya menambah pendapatan sampingan. Bukan surirumah sahaja, jika anda seorang yang berkerjaya atau pelajar juga boleh join bisnes ni.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE BERSAMA GROUP KAMI


Keistimewaan Kami

Dinaungi 3 Masters Coordinator ternama
Sokongan berterusan
Tutorial online
Kelas dan coaching offline
Seminar dan gathering
Tips perniagaan dari Maters berpengalaman
Pelbagai aktiviti menarik

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Anda boleh memilih pakej di bawah

Membayar yuran RM75, ATAU
Membuat pembelian RM660 untuk keahlian percuma ATAU
Pembelian 2 botol vivix ATAU
Pembelian 3 kotak Collagen Powder


PERBEZAAN KAMI

Perniagaan berasaskan produk
Sistem yang halal
Gabungan 3 elemen RAHSIA dalam perniagaan

OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja. Hubungi saya arnisyazila@gmail.com.

Akhir kata saya sangat tersentuh dengan kata-kata dari Irfan Khairi

"DREAM BIG....Tapi jangan mimpi sahaja besar usahanya kecil. USAHA MESTI BESAR dan TANPA HENTI ..

Mendongak ke atas, bukan sekadar angan kosong...IMPIAN pasti menjadi kenyataan pada mereka yang TEKUN BERUSAHA


Khasiat Vitamin E



Kebaikan grape seed extract

Extract biji anggur mengandungi pelbagai khasiat penting bahan-bahan kesihatan seperti protein, liquid, karbohidrat, polifenol (yg dtg terutamanya dalam bentuk flavonoid, juga dikenali sebagai bioflavonoids). Flavonoid istilah yang digunakan untuk kelas bahan kimia tumbuhan yang dikenali untuk aktiviti mereka sebagai anti oksida yang sangat kuat dan dengan itu keupayaan mereka dalam melindungi tubuh daripada kerosakkan oksidatif dan radikal bebas.

Manfaat Vitamin E

Sebagai penghalang oksidasi, melindungi/mencegah kerosakkan sel

Menolong sel menyerap oksigen. Penyelidikan menunjukkan Vitamin E mengurangkan keperluan oksigen untuk jantung, membolehkan jantung mengepam dengan lebih efisyen.

Melambatkan proses penuaan/anti aging

Menyokong daya keintiman (Vitamin CInta)

Melindungi Vitamin A dan C dari dimusnahkan

Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Kenapa saya panggil Vitamin E Shaklee ialah Vitamin Cinta?

Jika anda mengalami kedinginan pada suami anda, jangan dibiarkan apakata anda mengambil sebiji Vitamin E pada setiap hari untuk menghangatkan hubungan anda..

_________________________________________________________________________________
Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekananNitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

_________________________________________________________________________________

Sumber Aula dan mamafaiz

 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan Vitamin E sila email: arnisyazila@gmail.com

Testimoni


Testimoni Shaklee.

Sj nk berkongsi cerita n testimoni sy sendiri selepas mengambil produk shaklee semasa berpantang sehingga skrg.

ESP
- susu jadi pekat
- breast cpt penuh
- rasa sgt sedap

Ostematrix
- xletih wpun selalu berjaga mlm mnyusukn ank
- bangun pagi sgt cergas sampai terlupa nk rehat bila dh bt keje rmh
- gigi dh xsakit lg
- yg menakjubkan kaki ank sy yg sbln lbh sgt kuat sbb dia asyik nk bdiri jer bila kita angkt dia. sy rasa mgkin sbb ostematrix sbb 2 org ank sy sblm ni xmcm tu.

alfalfa
- susu sgt2 byk
- baju selalu basah klu lambat pam atau mnyusu ank
- Baby selalu tercungap2 sbb ssu laju sgt smpai muka dia habis kna susu klu dia lps sbb xsempat nk hisap. :)
- mkn alfalfa slps mkn mlm dh cukup utk keperluan bby keesokan hari. so, sy xprlu nk mkn 3x sehari alfalfa. Sgt jimat.

Vit c
- sejak ambik vit c, alhamdulillah blm pnh kna selsema lg.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sy blm bg lg susu formula pd ank sy yg berumur 2 bln... sbb 2 org ank sy sblm ni dh bg susu formula masa dlm pantang lg sbb susu xbyk.. syukur sgt2... Allah murahkn rezeki ank sy kali ini..

Credit to Nor Hazizun Awang

Berminat sila email ke arnisyazila@gmail.com

ESP - Sumber Protein

Sumber mamafaiz

Keistimewaan dan fakta tentang ESP

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

ESP juga boleh diambil oleh ibu yang mengandung, ibu yang dalam pantang dan ibu yang menyusukan bayi. ESP juga boleh diambil bersama-sama dengan vitamin Shaklee yang lain.




Apakata testimoni sepanjang mereka mengambil ESP semasa mengandung

Cmz Mai ESP baru first time saya ambil ketika pregnant utk anak yg 3. Masa preknen anak pertama dan ke dua belum kenal shaklee lg. kesan utk saya sendiri rasa bertenaga dan cergas. Alhamdulillah puasa ramadhan thn ni penuh walaupon berulang alik travel ke tempat kerja dekat sejam setengah. Kesan utk baby? Kena tunggu feedback pengguna lain. sebab saya due awal bln nov ini.InsyaAllah.


Ct Shamin kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln.

Eyna Sediey alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe....


Sebarang pertanyaan sila email arnisyazila@gmail.com

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Vitamin Supplement Untuk Gout

Apa itu GOUT?

Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik di dalam darah ini terus meningkat sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi mengalami sakit sukar digerakkan, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu ibu jari kaki.

Petikan dari vitaminsemulajadi.com

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada ditahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari :

Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan "drug"
Stress dan tekanan perasaan
Pengambilan protein yang berlebihan
Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout disamping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?

ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox

PERFORMANCE DRINK - Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.

OMEGA GUARD - Memelihara kesihatan fungsi sendi selain bagus untuk otak dan kesihatan jantung

LECITHIN - Singkirkan kolesterol

VITAMIN C - Memelihara sistem imun badan













Testimonial ESP, lecithin dan alfalfa


Lagi testimoni ESP, alfalfa dan lecithin


Saya ingin kongsi pengalaman saya mengambil set slimming shaklee for bf mommies, ESP+Alfafa+Lecithin. Saya mula ambil set ni sejak mac 2012. Alhamdulillah dlm tempoh 3bln berat badan saya turun sbyk 1.5kg. 1.5kg mungkin nampak sedikit tapi kepuasannya saya rasa badan saya lebih ringan, lebih sihat dan pakaian yang dulu ketat sy boleh pakai balik :). Bukan saja berat badan turun, ESP sebagai milkbooster menjadikan susu saya lebih pekat. Sebelum ini juga saya mengalami masalah keputihan, alhamdulillah, pengambilan Alfafa mengatasi masalah keputihan saya. Kalau dulu saya menggunakan pantyliner kerana tidak selesa akibat masalah keputihan, sekarang alhamdulillah tanpa pantyliner saya selesa, tak perlu lagi memikirkan masalah keputihan. Lecithin pula membantu saya melancarkan pembuangan air besar :) Saya tak konsisten mengambil set ini, maksudnya kdg2 saya terlupa utk makan set ini pada waktu malam, dan itu pun dah menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 1.5kg. Bayangkan kalau setiap hari saya disiplinkan diri utk mengambil set ini seperti yang dinasihatkan, pasti penurunan berat badan lagi byk :)

Credit to NurFatin Raihanah Emelie Rosales