Cara Kenali Waktu Subur

Ada di kalangan kita yang masih tidak mengetahui bila waktu kita subur, waktu subur penting bagi mereka yang ingin mendapatkan zuriat. Berikut adalah beberapa cara yang kita boleh ketahui waktu bila kita subur.

1. Perubahan mukus serviks

Apabila tiba waktu pengovulan, mukus serviks akan berubah samaada daripada segi amaun mahupun bentuk fizikalnya. Lazimnya dalam tempoh bukan pengovulan, rupa mukus serviks adalah melekit mahupun langsung tiada. Walaubagaimanapun apabila tempoh pengovulan. mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur serta mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih.

Kelebihan

Kaedah 100% percuma
Dipercayai sebagai salah satu petunjuk paling tepat untuk anda melakukan hubungan suami isteri agar memudahkan proses kehamilan
Membolehkan anda mengenali tubuh dengan lebih baik

Kelemahan

Segelintir wanita keliru ketika mengaplikasikan kaedah ini.
Bukan petunjuk jelas. Mukus serviks subur mungkin hadir tetapi anda tidak berupaya melalui proses pengovulan. Hal ini biasa berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS

2. Keinginan Seks Meningkat

Kajian membuktikan kebanyakkan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim di dalam tempoh di mana mereka sangat subur.

3. Perubahan Suhu Tubuh Badan (BBT)

Mencatat BBT merupakan antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengesan ovulasi dikalangan wanita yang ingin hamil.BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas tempoh pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh kehadiran hormon progesteron, ia akan meningkat sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku. Tetapi jika corak tidur anda tidak menentu atau bekerja pada waktu malam, carta BBT tidak dapat membantu.

4. Perubahan Kedudukan Serviks

Sama seperti perubahan mukus serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur , serviks akan lebih tinggi, lembut dan terbuka.

5. Payudara Lembut

Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh di mana ia sedang melakukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.

6. Ujian Petunjuk Tempoh Subur

Satu lagi cara untuk mengesan hari subur ialah dengan menggunakan kit petunjuk tempoh subur. Kit ini memerlukan anda menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali selama seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.

Tips di atas sebagai petunjuk sahaja untuk rawatan lanjut sila berjumpa dengan pakar yang berkenaan.


Labels: