Merawat Bengkak Susu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan tertanya-tanya macam mana nanti kalu baby dah tumbuh gigi, alamak sakitnya kalu dia gigit silap-silap boleh melecet dan berdarah. Persoalan ini akan sentiasa bermain-main dalam fikiran ibu yang menyusu.Sehinggakan ada ibu yang menghentikan pemberian susu ibu gara-gara tidak tahan dengan gigitan bayi. Bagi mengelak situasi ini berlaku mungkin beberapa tips ini boleh membantu...

Teknik menghisap yang tepat

1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara

2. Jangan biarkan si manja menghisap pada bahagian hujung payudara.

3. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong bayi anda menghisap susu dengan lebih baik

4. Rangkul seluruh badan bayi anda ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi

Mengepam Susu Badan

Anda juga boleh mengepam susu badan sebelum memberi susu badan secara langsung kepada bayi anda, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu dengan lebih lancar. Dengan cara ini bayi anda boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara ibu.

Tuam

Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat antara kaedah yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Ada juga pendapat boleh menggunakan kobis akan tetapi kesannya berbeza pada setiap orang, ada kata melegakan ada juga yang berkata susu berkurangan.

Tips elak bengkak susu

Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan ibu berada dalam keadaan selesa semasa menyusukan bayi dan untuk menyokong payudara.

Susukan bayi anda dengan lebih kerap, jika anda berada di opis, pam mengikut rutin jadual anda.

Pastikan bayi menghisap susu dengan cara yang betul.

Semasa bayi sedang menyusu, ibu bolehlah mengurut payudaranya secara perlahan-lahan untuk melancarkan pengaliran susu.

Jika kesakitan berlarutan sila berjumpa dengan doktor anda.

Untuk mendapatkan vitamin untuk ibu menyusu sila rujuk di sini

Labels: