Nutrisi Untuk Ibu Mengandung

Setiap ibu yang mengandung pasti tertanya-tanya adakah cukup makanan yang diambil setiap hari untuk menampung keperluan zat untuk ibu dan bayi. Makan untuk 2 org? Elakkan makan untuk 2 orang, anda perlu ingat bahawa bayi hanya bersaiz sebiji beras ketika diawal kehamilan . Jadi anda hanya perlukan lebih kurang 300-500 kalori tambahan dalam sehari semasa hamil. Oleh itu ia dapat mengelakkan masalah pertambahan berat badan yang mendadak ataupun masalah kesihatan yang timbul selepas bersalin.



Panduan Nutrisi yang mencukupi tanpa makan berlebihan

Penuhi keperluan nutrisi makanan harian anda dengan protein, karbohidrat, lemak baik, vitamin dan mineral dengan mempelbagaikan makanan anda. Pastikan apa yang diambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan

Pelbagaikan makanan dalam kategori yang sama. Sebagai contoh makan sayur-sayuran yang berbeza warna , jenis dan tekstur. Hal ini kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza antara satu sama lain.

Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman berkarbonat, makanan bergoreng dan makanan yang tinggi kandungan gula. Sebaiknya pilih menu seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran

Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minimum pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti bijiran tinggi

Sasarkan untuk makan 5 hidangan buah dan sayur sehari. Ini termasuklah menu yang dijadikan snek, jus dan salad.

Bagi mengelakkan diri daripada mengambil makanan kanji berlebihan, ada baiknya bertukar kepada pilihan bijirin penuh.

Memandangkan anda perlu memenuhi keperluan makanan berprotein tinggi, banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Nutrien yang mencukupi adalah penting untuk untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan sel, tisu dan organ yang sihat. Pengambilan vitamin juga mustahak kerana ia sedikit sebanyak dapat menjamin keperluan nutrien anda yang kemungkinan bimbang tentang kekurangan nutrien disebabkan kehidupan yang sibuk.

Jika anda ingin mendapatkan vitamin untuk ibu mengandung sila email arnisyazila@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Labels: