Pentingnya Nutrisi Untuk Ibu Dan Bayi Yang Menyusu

Adakah anda seorang ibu yang menyusukan bayi? Pasti anda tertanya-tanya adakah makanan yang anda ambil setiap hari cukup berzat untuk disalurkan kepada bayi anda. Tahukah anda keperluan pemakanan ibu menyusu berbeza dengan mereka yang tidak menyusukan anak. Kaedah penyusuan susu ibu memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada ibu dan bayi. Ikatan yang terjalin antara ibu dan anak selalunya bermula dengan hubungan fizikal dan pandangan mata ketika menyusu. Selain memberikan bayi gabungan lengkap sistem antibodi , vitamin, protein dan lemak untuk bayi membesar secara sihat, bayi yang meminum susu ibu berisiko rendah untuk mendapat asma atau alahan.

Selain itu kaedah penyusuan susu ibu akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai oksitosin yang membantu uterus untuk kembali kepada keadaan dan saiz sebelum kehamilan.

Makan lebih kerap dan secara sihat

Untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi untuk bayi, selepas bersalin seorang ibu perlu memastikan keperluan nutrisi pemakanannya dijaga, untuk menjaga kesihatannya.

Tingkatkan pengambilan protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak yang terkandung di dalam ikan, telur, ayam dan tauhu membantu badan selepas bersalin untuk sembuh dengan segera. Selaras dengan keseimbangan aktiviti senaman selepas bersalin, protein tanpa lemak juga mampu membantu ibu mendapatkan kembali kekuatan otot-ototnya.

Makanan yang kaya dengan DHA adalah penting untuk perkembangan otak, saraf dan retina. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan DHA di dalam diet mempunyai kaitan dengan IQ yang rendah pada kanak-kanak , kehilangan daya ingatan, kemurungan dan masalah visual.

Zat besi dan vitamin

Serikan wajah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran hijau, daging merah, ikan, daging ayam dan itik. Zat besi membantu mengawal simptpm awal anemia dengan membina lebih banyak sel darah merah. Vitamin C yang terdapat di dalam buah-buahan membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat besi.

Kepentingan Kalsium

Dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium anda mampu memperlahankan pengurangan dalam kepadatan tulangnya disebabkan osteoperosis.

Minum Air Masak Dengan Banyak

Jangan malas untuk minum air masak setiap hari sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kandungan air yang tinggi dalam susu ibu menyebabkan seorang ibu perlu mengekalkan tahap hidrasinya. Ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan.


Jika anda seorang yang berkerjaya mahupun surirumah dan sentiasa terkejar-kejar dengan masa setiap hari. Saya sarankan anda mengambil vitamin bagi menampung kekurangan zat di dalam badan anda. Kita boleh menyusukan anak kita tanpa perlu mengambil apa-apa supplement terpulang kepada anda tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan ke semua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian selaras dengan keperluan tubuh kita dan anak.

Janganlah kerana kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga 2 tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang , kulit kusam, nampak tua dari umur, tidak bermaya , lesu dan tidak bertenaga.

PILIHAN DI TANGAN ANDA






..

























































































Labels: