Shaklee Collagen


Bulan December bulan promo Collagen Shaklee. Shaklee Collagen merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin dapatkan kulit yang cantik, awet muda dan anjal.







Apa fungsi setiap bahan dalam Shaklee Collagen Powder?

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.

Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Testimoni anda boleh lihat di sini

Kepada sesiapa yang berminat sila email arnisyazila@gmail.com.

Testimoni Set Kecantikkan Shaklee


Testimoni Set Kecantikkan Shaklee





Ni testimoni sendiri sebelum dan selepas sy mengambil supplement Shaklee :-)
Gambar ni tanpa make up tau dan tanpa edit pun

supplement dan vitamin yg sy ambil
1) ESP - utk kulit lebih halus dan gebu, disamping tu utk tingkatkan susu badan sbb anak sy still BF lg
2) Set D (kecantikan) - sbb kulit sy ada jerawat dan parut kan jadi saya ambil ni juga
3) GLA - utk stabilkan hormon saya
4) Mealshake - utk turunkan berat badan
5) Performance drink - kongsi ngan suami utk kecerdasan sepanjang hari.

Credit to Hasrini Azhar.

Sesiapa yg berminat nk order blh email arnisyazila@gmail.com atau PM saya :)

Set Kecantikkan Kulit/Set D

Siapa yang tak mahu kulit yang cantik, gebu dan mulus apakata kita baca mereka yang telah mengamalkan Vitamin Kulit Shaklee dan mereka juga sangat berpuashati dengan kesan pengambilan vitamin Shaklee.


salam saya pun guna vit shaklee set d unt kulit plus esp...sgt ok sbb kulit sy sgt sensitif...cpt menggelupas area dagu,tepi bibir n hidung..jerawat mmg byk tiap hari naik ..plus sy ni ske tkr produk skincare..smpai kne g hospital amik pencuci dr husm tp x jadi jgk smpaila sepupu sy Aeidah Amrun kenalkan produk shaklee ni..skrg bebas je rasa sbb nk period ke ape jrwt x naik byk..sebijik je..parut pudar n kulit dh ok..alhamdulillah

Credit to Migafa Mussie





testimoni sendiri...sy xda mslh jerawat n juz nk sharing b4 ni sy cuma ada mslh kulit xbrapa nk cerah :).. N skarang after 3 weeks minum esp + Set D (dh 2bln) now Alhamdulillah kulit dh cerah n bila sunburn pn xla seteruk sblm ni yg sgt rentung.. Dan masa yg sama badan jd lebih bertenaga... Thanks Shaklee 
Sharing is caring..

Credit to Nasreeni Ab Manap

Apa keistimewaan Set Kecantikkan Shaklee/Set D ni


Vitamin B Complex - Menyebabkan kulit anda nampak glowing dan cantik berseri

Vitamin C - Memberi kolagen kepada kulit anda untuk kelihatan tampak tegang dan sihat

Vitamin E - Vitamin paling penting untuk kecantikkan kulit. Memperbaiki struktur  asas kulit 
mengatasi masalah jerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kurangkan parut.

Peranan ESP untuk kulit yang cantik, gebu dan mulus




ESP boleh membantu mengurangkan kulit anda yang berparut kerana ia protein soya yang membantu menghasilkan sel-sel baru dengan lebih cepat.

Selain itu pengambilan air masak sebanyak 3 liter setiap hari juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik, yang penting anda rajin dan istiqamah.


Kepada yang berminat nak order sila email ke arnisyazila@gmail.com.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Vitamin C Untuk Ibu Mengandung


Vitamin C turut dikenali sebagai asid askorbik. Vitamin ini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kesihatan gusi, tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh. Anda dan bayi memerlukan vitamin C mencukupi setiap hari kerana ia penting untuk pembentukkan kolagen sebagai komponen tulang rawan, otot, tulang dan kulit.

Berdasarkan kajian penyelidik percaya bahawa kekurangan Vitamin C di kalangan bayi baru lahir boleh melemahkan perkembangan mentalnya. Anda boleh memperolehi Vitamin C daripada buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau, jambu batu dan tomato.

Bagaimana Vitamin C Shaklee boleh membantu anda?


Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang 25% diekstrak dari kulit buah. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan vitamin ibu mengandung, berpantang penyusuan dan kecantikkan kulit boleh email arnisyazila@gmail.com. Pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Vitamin Ibu Menyusu

Set Breastfeeding Set B


Set breastfeeding atau set menyusu Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu yang sedang menyusukan anak mereka. Saya sendiri masih lagi mengamalkan set breastfeeding  ini dan hasilnya badan saya segar bertenaga dan anak saya yang berumur 23 bulan masih lagi menyusu dengan saya dengan syarat pengambilan air masak setiap hari ialah 3 liter dan konsep SUPPLY and DEMAND di praktikkan.

Keistimewaan Set Vitamin Menyusu Shaklee ialah

Vitamin B Complex

B Complex sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil untuk menjadi tenaga, meningkatkan pembentukkan sel darah merah. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress.Vitamin ini juga berperanan untuk bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B Complex juga bertindak menjaga kulit dari dalam dan ia juga dikenali sebagai vitamin kecantikkan.

Vitamin C 

Membantu mempertingkatkan sistem pertahanan badan atau imun sistem dan juga berperanan sebagai membentuk kolagen. Berperanan sebagai anti oksida dan memelihara kulit agar menjadi cantik. Membantu pembentukkan sel-sel yang baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam.

Vitalea (Multivitamin)

Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, dilengkapi dengan formula zat besi. Vitalea mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang perlu agar ibu menjadi sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan dengan lancar. Bertindak sebagai MILKBOOSTER dan membantu mempercepatkan penghasilan susu. Juga membantu mengatasi masalah keputihan.

Anda juga boleh menambah ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrix (kalsium) untuk membantu semasa anda menyusukan bayi anda.

Konsep utama penyusuan ialah SUPLLY and DEMAND, minum air masak 3 liter sehari, pam setiap 3 jam dan berdoalah kepada Allah agar memudahkan perjalanan penyusuan bayi anda. Enjoy your breastfeeding moment

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan vitamin penyusuan boleh email arnisyazila@gmail.com. Pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





GLA Shaklee


GLA Shaklee adalah vitamin yang wajib ada di rumah saya, apa keistimewaan GLA Shaklee?

Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan, ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan pelbagai fungsi lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Faedah GLA Shaklee

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Antara testimoni GLA Shaklee

sy ibu menyusu...sy mkn..ok jer...x problem kat bb..sy mkn sbb senggugut..org kata klu dah kahwin, bersalin senggugut akan hilang tp sy x pun...tp alhamdulillah sejak mkn GLA, time period ok jer...darah yg keluar pun x berketul2 mcm selalu...bhgn ari2 pun x sakit....alhamdulillah....kesan lain yg sy nmpk, kulit jd lembut dan lembap...



Kepada yang berminat nak order sila email ke arnisyazila@gmail.com.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Testimoni

Testimoni Alfalfa Shaklee





nak tanya..mcmn lepas menambil Set B?Alhamdulillah dgn izin dr Nya bnyk perubahan yg kita perolehi..betul tak??mcm tu juga dgn dilla dan hasben..jgn terkejut!hasben dilla pun ambil Set B tau..kenapa??ini jawapannya :

1)Hasben:
Dalam Set B (vitalea,vit c,b com,alfalfa) ada Set A (vitalea,vit c,b com) dan Set G (vit c,b com,alfalfa)

- hasben berulang tiap2 hari dari Ipoh ke Tapah dgn menaiki bas pukul 6am, ptg pukul 7pm baru sampai rumah..so dia perlukan tenaga supaya sentiasa cergas.
- hasben dilla juga mmg kuat resdung..sbb tu dia ambil alfalfa.
- malah senjak ambil alfalfa ni, perut dia sgt lawas..tiap2 hari mesti membuang, so badan rasa ringan je.

2)Dilla:
-sama seperti di atas, rutin harian dilla sgt2 busy..start pukul 5.30am bangun tidur, non stop buat kerja sampai lah ke mlm.
-dilla salah seorng yg mengidap eczema, so senjak amalkan alfalfa ni..nampak bnyk sgt2 perubahan.
-dilla juga ada masalah dgn sembelit dan susah nk membuang..dulu dlm 1 minggu kadang2 1kali je membuang..skrg ni 5-6 kali dlm seminggu, sembelit??tiada lagi!!
-yang ni paling dilla suka..tiada lagi keputihan, hasben puji tau!hubungan suami isteri semakin hangat (tambahan pula senjak ambil vit E..bertambah2 hangat, kulit pun makin cantik..heheee)



Credit to Dilla Jalil



Bagi yang berminat yang dapatkan vitamin Shaklee sila email: arnisyazila@gmail.com

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder

Apa itu kolagen? Kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

Kolagen banyak membantu kecantikkan dan kesihatan

Mengekalkan badan yang muda 

Anti penuaan 

Mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan

Antara kesan-kesan jika kita kehilangan kolagen ialah rambut menjadi kering dan bercabang di hujung, garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, gusi yang tidak sihat, garis halus kelihatan pada leher, payudara dan punggung kelenturan, kuku senang pecah (pudar dan kekuningan), liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit hilang keanjalan, kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi.

Kelebihan kolagen Shaklee berbanding dengan kolagen lain



  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang
Sumber Website Shaklee

Berikut adalah testimoni mereka yang berjaya dengan Shaklee Collagen Powder

Pic dua2 ni mmg pic asli.. Xpakai make up ke apa.. Sebab tu korang bleh tgok lagi kesan pigmentasi yg semakin samar2 tuh.. Kalo sekiranya sy apply fondation mmg kesan tuh hilang rata je ngan kulit.. Dulu kakak sy sndiri slalu suh sy guna naturactor bagai hehehe. Cuma sy rasa masih pelik kalo bersih tang2.. Dah bertahun2 ngan jeragat nih.. Semakin teruk bila mengandung.. Menjadi2.

Jadi sy amik keputusan.. Biarlah sy tunggu hilang sndiri je dgn supplement shaklee nih..xyah susah2 nak smbunyikn..sebab sy yakin ia akan hilang. 

Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini.



Kepada yang berminat nak order sila email ke arnisyazila@gmail.com.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sembelit Dan Perut Buncit



Perut anda buncit, tidak selesa dan kurang menyenangkan, berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasai.

Makan perlahan-lahan

Jangan makan dengan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan mengunyah makan secara perlahan-lahan.

Minum Banyak Air

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempadu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin, Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung. Jangan makan bersulam dengan air, salah satu punca perut menjadi buncit.

Kurangkan Pengambilan Garam

Terlalu banyak garam galian dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal, pear yang memiliki banyak kandungan air.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinasikan sebagai memiliki lebih sedikit dan tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah berat. Untuk meransang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dan buah-buahan dan sayuran, amalkan secara istiqamah untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Akhir sekali anda disarankan untuk bersenam

Bagaimana Herblax Shaklee boleh membantu mengurangkan masalah anda


Pembersihan najis yang tersekat

Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

Membantu masalah sembelit

Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

Mengempiskan perut

Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum

Credit to Cery Mamafaiz

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan vitamin sila email ke arnisyazila@gmail.com





Pucat/Anemia

Pucat ataupun Anemia adalah salah satu komplikasi yang sering melanda ibu yang mengandung. Situasi ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan  daripada biasa. Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah terutamanya ketika mengandung, keperluan hemoglobin untuk ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa.

Sewaktu mengandung tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 9gm. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika tidak di atasi dan diberi rawatan . Antaranya ialah kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup bulan

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, si ibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah.

Bagaimana Vitalea Shaklee boleh membantu ibu yang mengalami keadaan ini?




Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Perbezaan Shaklee

Kemajuan saintifik

- Disokong oleh 7 kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan       penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Vitamin D - menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf  dan otot-otot
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalan perkembangan tulang.
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot, dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet. 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan vitamin sila email ke arnisyazila@gmail.com




Sindrom Baby Blues

Selepas melahirkan bayi kita akan melalui tempoh berpantang. Dalam masa pantang selepas bersalin sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya dan anak-anak yang lain jika ada.



Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan atau meroyan. Ianya boleh dijauhi jika ibu tersebut mendapat sokongan dan nasihat daripada orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.

Terdapat banyak penyebab berlakunya baby blues antaranya ialah perubahan hormon, pengalaman melahirkan, keletihan, perubahan cara hidup, rasa tidak berkebolehan , pengasingan dan komplikasi pada bayi.

Antara tip-tip yang boleh membantu mengatasi sindrom baby blues ini ialah

Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah usahakan seseorang untuk membantu anda.

Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan

Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosional.

Berbual-bual dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami.

Minta pertolongan, Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat carilah seseorang yang boleh membantu anda

Dekatkan diri dengan Allah swt. Ingat kembali banyak kelebihan yang dijanjikan kepada anda yang hamil dan melahirkan. Rasakan kebesarannya dan ingat sentiasa bahawa Allah sentiasa melindungi hambanya.

Jika anda mendapatkan Vitamin Berpantang sila email ke arnisyazila@gmail.com atau rujuk di sini.


Tip Menyusu Untuk Ibu Berkerjaya




Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, memberi susu ibu merupakan salah satu pilhan yang tepat. Jika anda seorang yang berkerjaya ianya bukan penghalang untuk anda meneruskan pemberian susu ibu selepas anda berpantang.

Berikut beberapa tip yang anda boleh lakukan selepas anda kembali bekerja

Sewaktu bayi dalam kandungan, sentiasa berniat dan mendoakan agar dapat menyusukan bayi dengan susu badan.

Sokongan dari suami dan ahli keluarga yang lain sangat membantu, kerana ketika membuat kerja-kerja rumah dan bayi menangis untuk minum susu, ibu perlu menyusukan bayi dan di sini peranan suami dperlukan untuk membantu menyiapkan kerja.

Semasa cuti bersalin 2-3 bulan pastikan bayi hanya minum susu ibu. Sekiranya susu tidak mahu keluar, cuba usahakan agar bayi menghisap juga.

Jangan risau susu akan kehabisan kerana lebih kerap kita mengosongkan payudara maka lebih banyak susu akan dihasilkan.

Ketika anda pergi shopping, seboleh-bolehnya pergi ke tempat yang menyediakan bilik penyusuan bayi.

Pocho amat membantu untuk menyusukan bayi di tempat awam.

Sentiasa bawa pam penyusuan ke pejabat dan pam secara disiplin mengikut waktu yang sama pada setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Ibu digalakkan memastikan susu diperah di dalam keadaan yang bersih (cuci tangan terlebih dahulu). Simpan susu dalam bekas simpanan dan peralatan pemerahan yang bersih.

Pilihlah pam yang selesa, sesuai, tahan lama dan lebih senyap.

Untuk 6 bulan pertama elakkan memakai coli yang berdawai untuk mengelakkan saluran susu tersumbat.

Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin untuk Ibu  Menyusu boleh rujuk di sini.



Bahaya Anak-anak Kurang Khasiat

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup.

Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu, Akibatnya mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.


Bagaimana MealShake Shaklee boleh membantu anak anda mendapat khasiat yang cukup setiap hari bagi membantu perkembangan mereka.


Vitamin A-Z, anak sihat cergas dan cerdas, cantik kulit, awet muda, lazat french vanilla. Semua ini dengan hanya 1 cawan MealShakes setiap pagi. 

Apa itu MealShake? Shaklee MealShake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan kanak-kanak untuk membesar kuar dan sihat.

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Tiada perasa tiruan atau pewarna tambahan.
Siapa yang perlukan MealShake?

Ia sesuai untuk semua kanak-kanak 1 tahun ke atas terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit atau kanak-kanak obese. Juga sesuai untuk ibu mengandung, menyusu, pesakit dalam proses pemulihan selepas pembedahan, mereka yang inginkan kulit cantik, inginkan kulit sihat.



Berikut testimoni dari Pn Wirda Diyana


SALAM PAGI SEMUA...SALAM AIDILADHA...SY nak share...ttg mealshake..genap 2minggu sy bg anak sy yg 1thn minum mealshake..mmndgkn ank sy fully bf..sy just cmpurnya dlm nestum dan bubur...mule2..mcm dh fadeup nape xmo mkn jugak..jgn korg terkejut klo anak sy nie.. penah xminum susu @mkn pape selame 12jam!!!sbb kami pergi camping...ramai org!!dan die jenis yg telinga lintah!!!kalo nak myusu pun hanya sy dan dia sy shj!!!daddy die pun xleh ada!!uhuu..sampai kena masuk air ritu...uhuuuuuuuuu....tp..genap 2mggu bg mealshake....alhamdulillah...sy kira setiap suapan yg masuk dlm...muulut NUR SOFEA SOLEHAH...pengasuh sy ckp...jam 8pg..dh heret tgn pengasuh...tunujuk kat bekalan..NAK..NAK...mkn bubur sampai 9sudu!!!!kelmarin...makan roti nan 8 suap!nestum 13 sudu!g open house raidiladha...nasi himpit...3ketul...ns minyak...5suap!!skaligus!!!heppi yg amat...syukur pdmu Ya Allah..makin berat dan tembam..pipi... My Little Solehah...tq....shakleee...

MEALSHAKE BUKAN PENGGANTI MAKANAN SEIMBANG

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Mealshakee Shaklee sila hubungi arnisyazila@gmail.com



Alfalfa as Kacip Fatimah


Tahukah anda Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). ..Jadi jika rasa rasa mcm teruja nak cuba.. silakan yaa

Boleh juga diamalkan bersama-sama dengan Vitamin E,

Vitamin E ni pula selain daripada untuk mencantikkan kulit, antioksidan dan memanaskan badan (bagi yang mengalami lenguh-lenguh sendi ; Vitamin E juga adalah vitamin yang berkaitan dengan intimacy!..vitamin E to stimulate the production of sex hormones, thus leading to a healthier sex life...

Bagi yang berminat sila email arnisyazila@gmail.com



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pemakanan Yang Sihat Untuk Ibu Mengandung

Pengambilan minyak ikan Omega 3 merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.

Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan , ibu akan memindahkan kebanyakkan simpanan DHA kepada janin yang diperlukan untuk pembentukkan sistem saraf dan otak bayi.

Begitu juga dengan pengambilan susu semasa hamil. Susu mengandungi protein, kalsium, choline, potasium, fosfor, niasin, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin D dan beberapa mineral penting lainnya.

Ibu hamil yang secara rutin mengambil susu mengandungi choline akan melahirkan bayi yang memiliki kemampuan memori yang sangat baik. Susu yang mengandungi choline sangat berpengaruh kepada perkembangan otak dan pusat memori otak janin.

Bagaimana Omega Guard Shaklee boleh membantu

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak 50 tahun lalu, Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semulajadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan bukan hati ikan yang memberi kesan toksik.

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?

Ibu hamil
Ibu menyusu
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
Lelaki
Warga Emas
Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Mereka yang mementingkan kehidupan sihat



Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin untuk ibu mengandung boleh rujuk di sini

Sesiap yang berminat boleh email ke arnisyazila@gmail.com