Sindrom Baby Blues

Selepas melahirkan bayi kita akan melalui tempoh berpantang. Dalam masa pantang selepas bersalin sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya dan anak-anak yang lain jika ada.



Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan atau meroyan. Ianya boleh dijauhi jika ibu tersebut mendapat sokongan dan nasihat daripada orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.

Terdapat banyak penyebab berlakunya baby blues antaranya ialah perubahan hormon, pengalaman melahirkan, keletihan, perubahan cara hidup, rasa tidak berkebolehan , pengasingan dan komplikasi pada bayi.

Antara tip-tip yang boleh membantu mengatasi sindrom baby blues ini ialah

Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah usahakan seseorang untuk membantu anda.

Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan

Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosional.

Berbual-bual dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami.

Minta pertolongan, Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat carilah seseorang yang boleh membantu anda

Dekatkan diri dengan Allah swt. Ingat kembali banyak kelebihan yang dijanjikan kepada anda yang hamil dan melahirkan. Rasakan kebesarannya dan ingat sentiasa bahawa Allah sentiasa melindungi hambanya.

Jika anda mendapatkan Vitamin Berpantang sila email ke arnisyazila@gmail.com atau rujuk di sini.


Labels: