Tip Menyusu Untuk Ibu Berkerjaya




Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, memberi susu ibu merupakan salah satu pilhan yang tepat. Jika anda seorang yang berkerjaya ianya bukan penghalang untuk anda meneruskan pemberian susu ibu selepas anda berpantang.

Berikut beberapa tip yang anda boleh lakukan selepas anda kembali bekerja

Sewaktu bayi dalam kandungan, sentiasa berniat dan mendoakan agar dapat menyusukan bayi dengan susu badan.

Sokongan dari suami dan ahli keluarga yang lain sangat membantu, kerana ketika membuat kerja-kerja rumah dan bayi menangis untuk minum susu, ibu perlu menyusukan bayi dan di sini peranan suami dperlukan untuk membantu menyiapkan kerja.

Semasa cuti bersalin 2-3 bulan pastikan bayi hanya minum susu ibu. Sekiranya susu tidak mahu keluar, cuba usahakan agar bayi menghisap juga.

Jangan risau susu akan kehabisan kerana lebih kerap kita mengosongkan payudara maka lebih banyak susu akan dihasilkan.

Ketika anda pergi shopping, seboleh-bolehnya pergi ke tempat yang menyediakan bilik penyusuan bayi.

Pocho amat membantu untuk menyusukan bayi di tempat awam.

Sentiasa bawa pam penyusuan ke pejabat dan pam secara disiplin mengikut waktu yang sama pada setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Ibu digalakkan memastikan susu diperah di dalam keadaan yang bersih (cuci tangan terlebih dahulu). Simpan susu dalam bekas simpanan dan peralatan pemerahan yang bersih.

Pilihlah pam yang selesa, sesuai, tahan lama dan lebih senyap.

Untuk 6 bulan pertama elakkan memakai coli yang berdawai untuk mengelakkan saluran susu tersumbat.

Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin untuk Ibu  Menyusu boleh rujuk di sini.



Labels: