Omega Guard Shaklee


Asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh anda.



Ikan laut dalam kaya dengan Omega 3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega 3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Asid lemak Omega 3 EPA & DHA merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan oleh keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan supplemen. Asid lemak Omega 3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi asid lemak omega 3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong kesihatan jantung

Peranan penting asid lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat

Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen dan sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat

Asid lemak Omega 3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakkan tubuh. Apabila sesendi bergeser Asid lemak Omega 3 telah diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.

Sumber Shaklee Today

Bagi sesiapa yang berminat nak order sila email arnisyazila@gmail.com


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Labels: