Bantu Bayi Atasi Muntah



Adakah bayi anda kerap muntah selepas disusukan walaupun anda sudah sedawakan bayi anda? Mungkin tips penyusuan ini boleh membantu anda meminimumkan muntah.

Galakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap. Setiap kali bayi memberi isyarat mahu menyusu . Penyusuan yang sedikit tetapi kerap melancarkan proses penghadaman.

Cara menyusukan bayi dengan posisi semi-upright  atau duduk mahuoun berbaring. Jadi perut bayi bersentuhan dengan perut ibu.

Jika bayi kuat meragam. kerapkan sentuhan kulit ke kulit. Ibu boleh menyusukannya dengan bergerak contohnya seperti berjalan

Pastikan bayi melekap dengan baik untuk mengurangkan menelan terlalu banyak udara .

Biarkan bayi menghabiskan sesi penyusuan disebelah payudara (dengan menunggu dia menolak puting atau tertidur) sebelum menawarkannya sebelah payudara lagi, Jangan sesekali mengganggu dia ketika dia sedang aktif menghisap. Kekerapan melakukan perbuatan ini boleh menjadi punca muntah berlebihan.

Galakkan bayi menghisap payudara.

Elakkan pergerakan pantas atau kasar selepas bayi selesai menyusu. Dia akan selesa selepas disedawakan dengan lebih kerap.

Perhatikan bayi dan ikut isyaratnya dalam menentukan apa yang terbaik untuk mengatasi simptom refluks.

Kurangkan atau singkirkan kafein dalam minuman harian ibu. Kafein yang berlebihan akan menyebabkan refluks pada bayi.

Elakkan menekan abdomen bayi. Ini akan meningkatkan refluks dan ketidakselesaan. Bayi seharusnya berpakaian longgar. Malah lampin yang dipakainya juga harus longgar.

Nikmatilah momen anda bersama-sama dengan bayi anda semasa anda menyusukan dia, jika anda tenang bayi anda juga akan tenang dan susu juga akan mengalir dengan lebih lancar.


Labels: