Buasir ketika Hamil




Hemeroid atau buasir dideritai oleh sebahagian wanita hamil. Biasanya gejala ini dirasai di awal trimester ketiga kehamilan. Ia merujuk bengkak atau inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar). Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.

Apa yang menyebabkan mereka menghidap buasir?

Ukuran janin yang semakin membesar. Akibatnya sering kali janin menekan sebahagian pembuluh darah di sekitar perut dan punggung. Keadaan ini secara langsung membuatkan kadar aliran darah semakin meningkat.

Berat badan semakin berat . Berat badan ibu dan juga janin menyebabkan usus dan rahim berhimpitan sehingga proses pencernaan dan pengaliran zat makanan tersekat.

Perubahan hormon dalam tubuh ibu yang mengggangu gerak otot pencernaan. Asalnya gerak otot ini diperlukan untuk melancarkan perjalanan makanan dari saluran pencernaan sehingga saluran pembuangan.

Sembelit. Gangguan ini boleh terjadi kerana pengaruh zat besi yang diambil ketika hamil untuk mencegah anemia.

Gerakan fizikal yang terbatas dalam tempoh kehamilan. Ini juga menjadi punca, kerja usus menjadi malas.

Antara pencegahan yang boleh anda lakukan untuk elakkan terjadinya buasir ialah

Banyakkan makan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

Banyak minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Biasakan rutin buang air besar pada waktu-waktu tertentu seperti pagi. Sebelum buang air minum air suam.

Minum yogurt atau susu fermentasi yang dapat meransang kerja usus lebih aktif. Sekiranya kurang yakin minta nasihat doktor.

Lakukan olahraga ringan seperti berjalan kaki. Gerakan ini akan membantu otot-otot di saluran pencernaan bergerak menolak sisa makanan ke saluran najis.


Sekiranya pendarahan yang terjadi sering kali menimbulkan rasa nyeri, Cara terbaik adalah dengan berjumpa doktor.


Labels: