Khasiat Susu Ibu


Entri kali ini saya akan berkongsi kebaikan susu ibu, di mana kita sedia maklum susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Berikut antara kebaikan susu ibu.

1. Susu ibu adalah bahan hidup yang mengandungi banyak jenis antibodi.

2. Memberi perlindungan daripada penyakit dan alahan serta menstimulasi sistem imunisasi bayi.

3. Bayi yang meminum susu ibu jarang-jarang terkena jangkitan telinga, penyakit usus.

4. Setiap kuman yang ada dalam badan ibu akan meransang penghasilan antibodi spesifik yang disampaikan kepada bayi melalui susu ibu. Jadi, walaupun ibu sakit, anak jarang-jarang mengalami sakit yang sama atau hanya jangkitan ringan sahaja.

5. Susu ibu mengandungi fragmen virus yang tidak boleh direplikasi . Ianya memberi ransangan antibodi dalam bayi yang memberi perlindungan sebelum bayi tersebut terdedah kepada agen aktif sekaligus meningkatkan tahap tindak balasnya kepada virus berkenaan.

Ibu juga harus menjaga pemakanan dan kesihatan untuk memberi makanan yang terbaik untuk bayi.

Labels: