Makanan Berkhasiat Di Musim Peperiksaan




Kemampuan otak kanak-kanak berfikir banyak bergantung kepada jumlah nutrisi yang diambil setiap hari. Justeru itu perkembangan serta minda anak secara langsung dipengaruhi oleh makanan yang diambilnya. Misalnya dengan memakan buah-buahan seperti pisang, bertindak seumpama "bahan bakar" kepada otak dan bijirin sarapan pagi hari baik kerana membekalkan tenaga anak sepanjang masa. Berikut adalah lima makanan berkhasiat yang dapat meningkatkan kemampuan otak anak-anak terutamanya di musim peperiksaan.

Roti

Ada juga roti yang diperkaya dengan zat galian serta vitamin. Elok bagi kanak-kanak memakan roti gandum penuh yang penuh dengan serat kerana ia amat mengenyangkan. Selain roti tawar , terdapat juga roti yang ditambah mentega, buah-buahan kering serta manisan. Ini menjadikan anak anda tertarik untuk terus menikmati makanan berkhasiat

Nasi

Antara makan ruji rakyat Malaysia dan ia berfungsi dalam membekalkan tenaga kepada tubuh . Tahukah anda bahawa nasi sebenarnya pembekal utama sumber karbohidrat bagi anak anda. Walau bagaimanapun jangan lupa untuk menghadkan sukatan setiap kali waktu makan agar tidak melebihi keperluan badan.

Telur

Kuning telur mengandungi lesitin yang dianggap penting sebagai makanan untuk otak yang cergas. Selain dari itu, zat besi yang terdapat di dalam telur elok untuk peningkatan daya ingatan serta konsentrasi anak-anak semasa belajar. Telur juga kaya dengan protein, Vitamin A yang baik untuk penglihatan , vitamin D untuk pembentukkan tulang serta vitamin E bagi mencegah penyakit.

Pisang

Buah ini adalah sumber karbohidrat dengan kandungan tenaga yang cukup baik. Makan pisang sebagai pengganti snek dapat membantu anak tampil lebih bertenaga selain lebih tumpuan ketika menghadapi peperiksaan . Jadi mulalah menggantikan biskut dengan sebiji pisang sebagai snek tengah hari yang lebih sihat.

Keju

Makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien seperti protein dan kalsium elok untuk kesihatan tulang serta pertumbuhan gigi kanak-kanak. Oleh itu mereka akan terhindar daripada mendapat kerosakan gigi dan juga penyakit. Yang paling penting mereka akan sentiasa bersedia menghadapi proses pembelajaran saban hari.

Semoga dengan tips pemakanan sihat ini akan membantu anak-anak kekal bertenaga sepanjang hari dan memberi tumpuan serta konsentrasi semasa dalam kelas.

Labels: