Tips Susah Tidur Ketika Hamil





a. Tidur di Posisi yang Betul iaitu Mengiring ke Kiri – Boleh melancarkan peredaran darah kita. Jadi kita lebih mudah bernafas secara teratur walaupun kadangkala masih sesak nafas dari pergerakan aktif si kecil dalam perut.

b. Elakkan minum kafein sebelum tidur.

c. Minum air 6-8 gelas sehari dan kurangkan minum sebelum waktu tidur – Standby perut dengan air yang banyak kecuali hampir waktu tidur.

d. Kerap bersenam terutamanya di awal pagi dan awal petang – Elakkan senaman yang aktif jika hampir waktu tidur. Ia akan membuatkan anda lebih aktif dan bertenaga.

e. Makan makanan ringan sebelum tidur – Ia dapat mengelakkan kita terasa lapar di tengah malam nanti akibat lapar yang keterlaluan. Contohnya, biskut tenaga atau sekeping roti coklat.

f. Mandi Air panas sebelum tidur – Kesannya amat menenangkan dan buat tidur anda lebih lena.

g. Minta si suami mengurut – Selalunya memang amat menenangkan dan memudahkan tidur lebih selesa.

h. Jangan biarkan suhu bilik terlalu panas – Pasang kipas atau aircond dan apa saja yang boleh membantu. Maklumlah, masa ini memang suhu badan naik .

Labels: