Hari Keluarga

Baru-baru ni Persatuan Penduduk taman kami telah mengadakan sambutan hari keluarga, lebih kurang 40 keluarga yang menyertainya. Kami bermalan di Camar Laut Resort, Bagan Lalang. Bermula dengan konvoi beberapa kereta dan sampai di tempat penginapan lebih kurang jam 2 petang.




Sebelum tu kami menikmati hidangan makan tengahari di gerai yang berhampiran mengadap laut yang terbentang luas. Kami kembali ke resort dan melepaskan penat seketika sebelum acara sukaneka bermula jam 3.30 petang. Pelbagai acara di sediakan untuk pasangan suami isteri, dewasa dan kanak-kanak, wah masing-masing begitu sporting dan kami semua memakai baju warna oren. Saya masuk acara tarik tali mak aii first time okey, sakit 1 badan gara-gara menarik tali ni team kami berjaya mendapat tempat ke 2 hahah. Sebelum tidur siap-siap makan Ostematrix dan Omega supaya keesokkan paginya boleh bangun dengan cergas.






Acara sesi memanaskan badan sebelum bermulanya sukaneka


Sukaneka dah start dengan tema bermain dengan air

Pada malamnya ada dinner dengan tema warna warni Rainbow Night, ada live band ya musiciannya terdiri dari penduduk taman kami jugak. pada malam itu  ada pelbagai acara termasuk persembahan dari anak-anak TSI, sesi live band, upacara penyampaian hadiah sempena kejohanan sukan yang diadakan sepanjang bulan November dan Disember 2012. Lorong kami juara keseluruhan, We're the Champion family kami je bawak balik 8 medal. Tak percaya, sila lihat gambar di bawah :)




Kemeriahan dinner TSI dengan tema Rainbow night.

Hidangan pada malam tu yang paling best kambing panggang ler udang bakar, ayam bbq, nasi dan lauk pauk sangat menyelerakan, yummy...Tidur pun selesa dengan bilik resort yang cool.

Keesokkan paginya acara bebas, selepas sarapan pagi di resort anak-anak dah tak sabar nak terjun dalam air laut. Sebelum anak-anak masuk air saya dah bagi mereka Omega Guard untuk elak kena selsema.


Menjelangnya kul 11.30 pagi, anak-anak sila keluar dari air ya, time check out resort ya, kalu tak panggil alamatnya sampai ke petang la jawabnya berendam dalam air. Anyway kami semua enjoy dengan family trip ni, yang mana terkurang tu adatla kan yang penting anak-anak happy dan  kemesraan kami sesama jiran pun terjalin dengan lebih erat lagi. Alhamdullilah.




Labels: