Bagaimana Menangani Tekanan Semasa Mengandung

Kita sering menghadapi tekanan pada setiap hari tetapi kita boleh mengatasinya dengan pelbagai cara akan tetapi bagaimana pula dengan tekanan yang kronik atau terlampau terutamanya kepada ibu hamil?



Tekanan yang terlampau boleh menukarkan corak pernafasan anda. Jikalau anda berasa tertekan, tarik nafas perlahan-lahan - pernafasan yang pendek. Buat secara teratur dan anda akan rasa lebih relaks selepas itu.

Tekanan juga boleh menjejaskan diet anda, jika anda hilang selera makan, bayi anda tidak akan dapat nutrien harian untuk kesihatannya. Jika anda mendapati diri anda memakan lebih gula-gula ketika sedang bersedih atau tertekan, anda akan menambahkan lemak kepada badan, meningkatkan kandungan gula dan mengimbangkan kalori yang tidak elok kepada bayi anda.

Tekanan boleh menjejaskan corak tidur anda. Waktu tidur adalah waktu yang boleh menghilangkan toksin seperti radikal dan kimia otak yang terlebih yang dibebaskan pada siang hari. Tidur juga akan menghilangkan tekanan dan keresahan yang anda rasakan pada siang hari. Badan anda perlukan tidur (terutamanya) pada trimester pertama.

Tekanan boleh melemahkan sistem imun. Apabila badan anda menahan kepenatan dan tekanan yang kronik sistem imun anda akan terjejas. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam atau selsema.

Tekanan boleh menyebabkan kesakitan fizikal, sakit kepala, sakit belakang, kesakitan otot yang tidak boleh dijelaskan dan sakit dada adalah tanda tekanan yang terlampau.

Jika anda mengalami simptom seperti di atas berbincangah dengan doktor anda.

Labels: