Makanan Sebelum Kehamilan

Pada tahap persediaan sebelum kehamilan, fokus nutrisi adalah untuk menambahkan nutrien-nutrien yang diperlukan bagi kesihatan telur (ovum) dan sperma serta mengurangkan faktor-faktor yang boleh membahayakan kedua-duanya . Vitamin A dan C dan lain-lain antioksidan dapat membantu melindungi telur (ovum) dan sperma daripada dirosakkan oleh bahan kimia dan bahan pencemar. Paras zinc yang rendah boleh menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita, sementara paras asid folik haruslah tinggi untuk mengelakkan kecacatan kelahiran. Paras protein pemakanan yang baik juga diperlukan untuk satu konsepsi.


Semua sayur-sayuran mentah seperti brokoli, kubos Brussels, kubis, kubis bunga, pak choi dan kailan mengandungi bahan kimia yang berasaskan sulfur yang dipanggil glucosinolate yang membantu tubuh menghindarkan bahan-bahan yang merbahaya seperti bahan pencemar dan logam bertoksik. Bahan-bahan ini akan terhasil di dalam sistem reproduktif lelaki dan wanita dan akan mengurangkan peluang kesuburan anda.

Glucosinolate juga menggalakkan keseimbangan di antara hormon seksual wanita iaitu estrogen dan progesteron yang mana ia menggalakkan kitaran haid yang sihat serta peluang wanita untuk hamil. Ia mempunyai vitamin C, Vitamin E dan karotenoid lutein dan Beta Karoten untuk perlindungan antioksidan daripada kerosakkan telur (ovum) dan sperma.

Brokoli mempunyai paras asid folik yang tinggi juga membantu untuk mengelakkan kecacatan kelahiran dan kelahiran pramatang. Jika anda ingin memgekalkan rasa dan nutrien di dalam brokoli , kukus atau goreng kilas dan pastikan anda tidak terlalu memasaknya. 


Labels: ,