Vitamin E Paling Best




Vitamin E Shaklee

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) , ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Tak kenal maka tak cinta dah cuba mesti nak lagi



Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Testimoni Set Kehamilan Shaklee

Testimoni Set Mengandung Shaklee.

Terasa berbeza lepas mkn set pregnantcy...dulu cpt jer rasa mengah, semput, tido tak lena..batuk pun luka czer terasa sakit, ngilu..tp sekarang alhamdullilah..rasa segar..alahan pun dah hilang..tak rasa nak muntah2 lg..tido pun dah lena..walaupun baru semnggu mkn suplemnt tp perubahan ketara dpt di rasai..tmpat luka czer dah ok bila batuk @ tido mengiring..berpantang nnti harus ambik supplmnt shaklee..sebab dah tahu kesan luka cepat sembuh, susu banyak..cergas..no more jamu untuk berpantang nnti.

Credit to Farah Ramadzan

Vitamin Dan Suplemen Yang Penting Untuk Ibu Mengandung



Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung


Pengambilan vitamin semasa mengandung memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika mengandung, kelahiran pra matang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Vitamin untuk ibu mengandung memberi kekuatan dan membantu wanita mengandung mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi dikalangan wanita yang mengalami morning sickness, loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan di awal kehamilan.




Vitamin Untuk Cantikkan Kulit



Kolagen Shaklee

Nak awet muda, mencantikkan kulit, menyuburkan kuku dan rambut, mengurangkan pigmentasi dan jeragat serta menegang dan menganjalkan payudara? Jom order Kolagen Shaklee dengan saya.

Beli 3 kotak kolagen Shaklee = Free membership dan dapat bonus lagi :)




Testimoni Shaklee




1 keluarga pengguna Shaklee.


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.. hari ni saya nk share testimonial saya dan famly

1. SAYA YG KULIT KUSAM DAN KEDING.
-december 2012 saya amik set D ( KECANTIKAN KULIT/KESUBURAN) tujuanya sbb kulit muka agak kusam..alhamdulillah 2 minggu consume nampak hasilnya dan saya terukan sampai bulan FEB..awal FEB2013 saya ambil ESP laks..2 minggu consume ternyata ESP best sgt...kulit bertambah gebus halus dan mulus..(blm timbang berat) bulan MAC 2013 saya cuba meal shake laks sbb nk tambah berat badan kan..kire penghujung MAC lah... (blum timbang berat) nk jadikan cerita kelmarin 20.04.2013 saya timbang berat kt giant bile mesin print tgok 41.5kg haish dlm ht ckp peninmang nie tipu ajak hubby masul lam giant nk beli penimbang (x yakin) sekali timbang memang sah 41.5kg..gile happy sbb berat dah naik 2.5kg dari 39kg..sbb dr anak dara berat x pernah lepas 40kg kecuali pregy..BESHNYA SHAKLEE

2. IBU SAYA YG ADA DIABETIS.
-cuti sekolah penggal pertama 2013 ma dtg umah sbb nk jga cucu kan time cuti. tp mlgnya die x sehat sbb kencing manis die tinggi akibat dr baru balik dr kelantan biase lah sesekali blk kg mkn x ptg lah sbb jrg dpt jumpa makanan yg pure kelantan kan so apa lg bengkak lah kaki dan kebertulan luka x tahu kene apa..luka makin merebak saya pon buzz Nor Hasmah Yahaya untuk tnya product shaklee yg sesuai tok org diabetis alhamdulillah saya beli alfalfa+vita lea+esp+performance drink+zink+b complex. ma consume 1 week darah makin turun..kaki yg luka semakin sembuh..org kata lau kencing manis luka busuk..alhamdulillah luka ma x busuk pon bau shaklee ad lah..cepat sembuh luka.. now kaki die dah ok.. die pon da sehat.. now die consult rakan2 tentang kebaikan shaklee heee

3. ANK SAYA YG KEDING
- ank saya 4 thn amik meal shake..die dulu x suke nasi just minum susu n mkn junk food & fast food...selepas 2 minggu amik mealshake die dah selera m kn nasi dan berat die dah naik 1.5kg dari 13kg kepada 14.5kg suke sgt..skung die lebih pilih nasi dari fast food n junk food..lelah die pon da semakin berkurangan..alergy die pon da x teruk..

4. SUAMI SAYA YG ADA ENZEMA
-suami saya die ada enzema saya bg die alfalfa & b complex alhamdulillah enzema die semakin pulih dan perut semakin kempis (x buncit mana pon) cuma biase lah dah jadi suami perut naik lah sikit..sejak consume alfalfa & b complex nie die ckp bdn segar jer...


Credit to Ayuza Shafii

Vitamin Untuk Mata





Botolnya memang kecil molek, comel je bila melihatnya akan tetapi tahukah anda Carotomax Shaklee ini banyak khasiatnya untuk kesihatan mata kita?

Carotomax Shaklee mengandungi bahan tambahan Astaxanthin yang dikenali sebagai Raja Karotenoid. Carotomax Shaklee diekstrak daripada buah dan sayur yang kaya dengan sifat anti oksidan seperti berikut.




Khasiat Carotomax Shaklee

Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap dan membantu mengurangkan masalah berkaitan mata seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, glaucoma, katarak, eyebag dan lingkaran hitam pada mata. 

Meredakan Penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, kulit kering, kulit gugur dan jerawat.

Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru.

Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembetukkan sel-sel kanser. Ia akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema

Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - Menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.



Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

TESTIMONI SET MENYUSU







Terdetik nk kongsi pengalaman 3bulan mencuba alfalfa &esp,alhamdulillah setakat nie stok yg bjaya dikumpul utk si kecik..

Lepas sj bsalin hti dh niat nk fully bf tp susu xbape byk..memandang bby Qhalish sy sgt kuat nyusu..ade cuba jgk bg susu formula pd mulanye tp bby muntah mybe xsesusi..mls dh nk mcuba susu formula lain..dh mhl plk kn..tertengok statement kwn di fb y br lps pntang amalkn supplement shaklee. .trs rojer dan sampai skrg sy amalkn dgn konsisten..paling happy dpt share info dgn kwn2 lain dan sume bminat nk mencuba...

#kulit bby qhalish makin cerah dan gebu bila minum esp nie..yg paling best..badan sy dh kmbli ke asal bfore preggy lg..

Thanks SHAKLEE! !

Credit to Nor Melati

Vitamin Awet Muda, Kulit Gebu dan Anjal



Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee




ESP Shaklee sering mendapat permintaan tinggi setiap bulan, ramai yang telah rasa keberkesanan minum ESP Shaklee. Di rumah saya juga sentiasa ada ESP, rasa macam  tak lengkap kalu tak minum ESP setiap hari.


SIAPA YG PERLUKAN ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonus for weight management)

Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Dan yg paling istimewa utk Wanita ialah: Keanjalan kulit.. Awet muda ..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Untuk bakal pengantin, sangat digalakkan minum ESP untuk kelihatan berseri-seri semasa hari bersejarah anda :)
Jika ingin kulit wajah lebih sihat, gebu, cantik dan flawless mestilah dari penjagaan dalaman kita dulu. Jika kulit wajah kita jerawat yang teruk, jeragat , berminyak, kering dan nampak kusam rawat dahulu dengan supplement kecantikkan barula cantik dalaman dan luaran :)




Antara Manfaat Utama ESP Shaklee ialah

AWET MUDA - Asid Amino penting untuk membina otot , kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.


Baik Untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.


Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopause dan pembesaran prostat.

Kulit Remaja - Meransang pembentukkan semula kulit dan otot. mengurangkan kedutan, agen anti penuaan , mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mnegurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, viatliti, dorongan seksual dan ransangan.


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas Dan Ligat

Bagaimana pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

* Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan

* Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai

* Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau
   menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat

* Meningkatkan pencapaian berfikir

* Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah

* Membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas

* Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah


Shaklee Meal Shakes

Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makananyang bukan sahaja segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Shake tersebut menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas yang tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubailah rasa bancuhan shake Shaklee dipagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa ataupun susu rendah lemak  beserta buah-buahan.

* Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa

* Hidangan ideal yang rendah kolesterol, lemak dan sodium

* Hidangan segera bagi para atlit. 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Garlic Shaklee


Harga: RM47.50 (WM) RM50.00 (EM)

Khasiat Garlic Shaklee

Mengandungi spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung

Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic antibiotik semulajadi, ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida

Menghalang alergi - Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asma dan selsema

Mempertingkatkan sistem penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.

Memoderatkan tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point

Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

Menurunkan kolesterol - Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine

Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh. 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Ultrasound


Setiap kali pregnant, soalan yang biasa ditanya dah scan? Baby boy or girl? Kebanyakkan ibu bapa teruja untuk menjalani uijian ultrasound sebaik disahkan hamil kerana mereka ingin mengtahui jantina anak yang bakal lahir. Pengalaman saya sendiri selain dari untuk mengetahui jantina anak, ingin tahu juga keadaan kesihatan perkembangan anak dalam kandungan.

Selain untuk mengetahui jantina anak, skop ultrasound itu lebis luas, ultrasound membantu doktor membuat penilaian tentang perkembangan dan tumbesaran bayi. Mengetahui jantina bayi merupakan 1 bonus sahaja apabila ultrasound digunakan untuk tujuan perubatan. Antara kepentingan ultrasound untuk ibu hamil ialah

1. Pengesanan kehamilan

Doktor menggunakan ujian ultrasound untuk mengesahkan seseorang wanita itu positif hamil. Biasanya  kehamilan sudah dapat dikesan seawal minggu ke 4 dan ke 5

2. Mengesan masalah ibu hamil

Melalui ujian ultrasound, denyutan janin dapat dilihat pada minggu ke 6. Jika ibu mengalami sebarang masalah seperti pendarahan maka punca dan rawatan akan akan dikenal pasti. Peratusan untuk ibu meneruskan kandungan sangat tinggi kerana masalah dikesan sejak awal.

3. Memantau perkembangan bayi

Doktor dapat melihat keadaan janin dalam kandungan seperti melihat usia dan saiz janin dan memerhatikan pertumbuhannya normal atau tidak. Selain itu struktur bayi daripada kepala hingga kaki dapat diketahui saiznya.

4. Dengan mengetahui usia bayi, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir.

5. Mengesan ketidaknormalan janin

Doktor dapat melihat sebarang kecacatan pada janin seperti sumbing, tiada tempurung kepala, kaki pendek melalui ujian ultrasound. Selain itu imbasan yang dilakukan dapat mengesan kecacatan seperti down sindrom, jadi doktor boleh melakukan siasatan lanjut melalui ujian amniosentisis (memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu)

6. Melihat posisi plasenta/uri

Ia sangat penting kerana jika kedudukan plasenta tidak normal, ia boleh membahayakan kehamilan ibu

7. Melihat kuantiti air ketuban

Ujian imbasan boleh membantu doktor mengukur samada jumlah air ketuban ibu berada pada paras normal atau tidak.

8. Kehamilan kembar

Melalui ultrasound, doktor dapat mengetahui si ibu hamil satu atau lebih janin. Lebih awal doktor mengetahui ibu hamil anak kembar maka pemantauan menyeluruh dapat diberikan kepada kehamilan bayi kembar terdedah kepada pelbagai risiko.

9. Lain-lain masalah seperti kematian janin dalam rahim, pergerakan janin atau masalah pada rahim dan pelvik ibu dapat dikesan menerusi ultrasound.


Penawar Anak Lambat Bercakap



Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH 

Morning Sickness - Alahan Semasa Mengandung



Eeei busuknya bau makanan ni, tambah tidak selesa tekak langsung tidak boleh menjamah sebarang makanan, rasa loya, mual dan muntah-muntah menjadi rutin harian. Simpton ini sering dikaitkan alahan orang mengandung atau "morning sickness". Situasi ini biasanya terjadi di sekitar minggu ke enam kehamilan dan beransur-ansur perlahan sekitar minggu ke 15 ada juga yang berterusan hingga bersalin. Terdapat  juga wanita yang tidak mengalami morning sickness semasa mengandung.

Saya ingin kongsikan beberapa tip untuk elak morning sickness

Elakkan sebarang bau atau makanan yang boleh mencetuskan rasa loya dan mual. Mungkin dengan memakan makanan yang berada pada suhu bilik membantu mengurangkan rasa loya anda kerana makanan begini kurang bau berbanding makanan yang baru dimasak.

Sentiasa menyimpan snek seperti biskut kraker di sisi anda setiap masa. Makan makanan atau snek berkhasiat dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sepanjang hari supaya perut anda tidak kosong. Ambil makanan yang lembut tetapi tinggi kandungan protein atau karbohidrat kerana keduanya boleh mengurangkan loya. Contohnya kraker, biskut, yogurt rendah lemak, atau makanlah makanan yang menyelerakan anda, saya sendiri suka makan kismis dan kurma


Elakkan makanan yang berlemak, ia mengambil masa untuk dihadamkan terutama ketika hamil. Elakkan juga makanan yang pedas, berasid, bergoreng dimana ia boleh mengganggu perut dan sistem penghadaman. 

Jika anda banyak muntah, minum minuman ringan isotonik yang mengandungi glukos, garam dan potasium bagi menggantikan kehilangan elektrolit.

Luangkan masa untuk berehat dan tidur seketika. Bersiar-siar mengambil udara, berbual dengan teman atau membaca Al-Quran dapat mengurangkan tekanan dan ketidakselesaan yang dialami.

Pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan loya dikalangan sesetengah wanita dan selamat diambil. 

Halia juga dikatakan sebagai penawar alternatif mengurangkan masalah dalam perut, rasa loya dan mual.

Jika semua cara tersebut masih tidak sesuai sila rujuk dengan doktor anda.


Hormon Wanita Mengandung



Sebaik sahaja anda mengetahui anda mengandung pelbagai emosi anda alami, juga perubahan kulit muka dan badan, tahukah anda perubahan ini disebabkan oleh hormon-hormon iaitu bahan kimia yang menjejaskan fikiran, tubuh dan juga kehamilan anda. Berikut adalah beberapa hormon yang memainkan peranan penting semasa kehamilan.

Human Chorionic Gonadotropin (hCG)

Hormon ini meransang corpus luteum (bahagian folikel telur yang tertinggal di dalam ovari selepas ovulasi) untuk menghasilkan estrogen dan progesteron di dalam 10 minggu pertama selepas konsepsi sehinggalah sel-sel plasenta dapat melakukannya sendiri. Atas sebab ini, hormon ini diperiksa di dalam air kencing atau darah untuk menentukan secara konklusif sama ada anda hamil atau tidak

Progesteron

Hormon ini memainkan peranan yang amat penting untuk "mendiamkan" otot-otot uterus agar telur yang telah disenyawakan dapat "mendarat" dengan selamat semasa menempel. Paras pregesteron meningkat sepanjang kehamilan untuk membantu mengekalkan lapisan dalaman uterus agar ia dapat memberikan sokongan untuk tumbesaran fetus.  Hormon ini juga mencipta kesan menenangkan untuk melindungi anda daripada stress, salah satu sebab mengapa wanita hamil dapat mengatasi kebanyakkan pemikiran berat dan kerisauan. Dalam cara ini, ia juga menggalakkan tidur. Secara negatifnya pula, progesteron juga dikaitkan dengan "peletusan" jerawat.

Estrogen

Hormon estrogen yang meningkat, yang mana anda mungkin mengaitkannya dengan beberapa perubahan (positif dan negatif) terhadap pacuan mood dan seks anda meransang tumbesaran uterus serta memperbaiki pengaliran darah di antara uterus dan plasenta dengan meningkatkan kesan nitrik oksida, sejenis gas yang meluaskan saluran darah. Bukan sahaja lebihan estrogen menandakan pengaliran darah yang lebih baik, ia juga menysiapsediakan payudara untuk penghasilan susu dengan membesarkan kalenjar susu. Perembesan estrogen meningkat sejurus sebelum kelahiran dan menurun selepas itu.


Relaksin (relaxin)

Relaksin akan berfungsi seperti apa yang anda fikirkan. Apa yang penting ia merehatkan ligamen utrauterin. Mengapa? Jika fleksibiliti di dalam sukuan kehidupan fetus tidak meningkat, percubaan untuk membesarkan seorang bayi di dalam uterus akan menjadi seperti "cubaan mengurung singa di dalam kurungan". Hormon juga akan melonggarkan bahagian bawah tubuh untuk memudahkan bayi melalui saluran kelahiran. Ia juga merehatkan arteri agar dapat mengatasi peningkatan volum darah semasa kehamilan tanpa meningkatkan tekanan darah anda hingga ke kemuncak. Sebaliknya perkara-perkara yang anda tidak mahu direhatkan  adalah sesuatu yang akan terjejas seperti peningkatan penambahan asid perut ia tidak mencegah asid tersebut memasuki semula saluran esofagus.

Oksitosin

Oksitosin adalah hormon rasa gembira yang membantu anda berasa selesa dan gembira. Dalam beberapa hari atau beberapa minggu sebelum kelahiran, ramai wanita mengalami rasa keriangan sederhana dan perilaku yang kuat seperti membersih lantai atau memasak yang tidak dapat diterangkan dan ia mungkin dikaitkan dengan oksitosin yang begitu juga dengan lain-lain hormon dan steoid. Semasa bersalin letusan oksitosin yang besar akan melalui otak anda. Selepas bersalin, apabila seseorang wanita memeluk bayi barunya, dia akan membentuk sesuatu yang dipanggil "nafsu bayi", sejenis reaksi kimia yang berlaku apabila feremon bayi meransang penghasilan oksitosin tambahan yang mana ia meningkatkan ikatan ibu dan bayi.  

Pre Order Chewable Vitamin C


Makanan Tingkatkan Tenaga Anak-anak



Anak-anak yang bersekolah memerlukan tenaga yang banyak setiap hari untuk mengekalkan kecergasan mereka terutamanya mereka yang bersukan. Berikut adalah tip untuk memastikan mereka penuh bertenaga...

Antioksidan

Antioksidan seperti Vitamin A, C dan E membantu menyingkirkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel sihat dalam tubuh anak anda.

Sumber : Betik, lobak merah, tomato beri, sayuran, kekacang dan legum.

Air

Air diperlukan untuk kekal hidrat bagi menghalang kelesuan dan mengekalkan suhu badan serta melicinkan sendi tubuh anak anda.

Bijirin penuh

Bijirin penuh karbohidrat kompleks mengandungi serat, folat dan vitamin B yang memberi tenaga tambahan kepada anak anda.

Sumber : Bijirin oat steel-cut, bijirin sarapan dan roti perang

Protein

Protein membina, menggantikan tisu dalam tubuh anak anda dan mengekalkan kekuatan mereka. Semakin aktif anak anda semakin banyak protein yang diperlukan untuk membina ototnya.

Sumber : Daging merah, telur, makanan laut, kacang dhal, dada ayam dan kacang soya.

Zat Besi

Makanan kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Sumber : Daging merah, hati, bayam, kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkuat dan bijirin penuh.

Kalsium

Kalsium amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menguatkan tulang dan membantu mereka kekal aktif.

Sumber : Susu, yogurt, keju dan ikan salmon

Bagaimana Vitamin Shaklee membantu melengkapkan nutrisi pemakanan anak-anak pada setiap hari?


Testimoni Ibu Menyusu






Stok ebm utk Saffiys sblm masuk kerja hari ini. Sekadar berkongsi utk beri semangat pd ibu2 menyusu. Dgn mengamalkan set 3M + lecithin, omega, zink dan vit e.

Credit to Siti Asmah Mustafa

Makanan Untuk Menambah Kesuburan Suami Isteri


Makanan juga memainkan peranan penting untuk kesuburan, diharap apa yang saya akan kongsi ini dapat menolong rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan anak, InshaaAllah.


Antara beberapa makanan yang dapat meningkatkan tahap kesuburan suami isteri ialah:

1. Vitamin C adalah antioksidan untuk menjaga kesihatan sel, meningkatkan penyerapan zat dan memperbaiki sistem imun. Untuk lelaki, antioksidan dapat memperbaiki mutu sperma. Kekurangan vitamin C akan menjadi salah satu faktor penentu ketidaksuburan pasangan suami – isteri.
Sumber vitamin C antara lain betik, jambu biji , belimbing, mangga, kedondong, nanas, rambutan, strawberi.

2. Folic asid , rendahnya kadar folic asid dalam darah berkaitan dengan rendahnya jumlah sperma pada , lelaki sedangkan untuk wanita, folic asid sangat penting untuk mempersiapkan kehamilan yang sihat. Makanan yang mengandung folic asid antara lain brokoli, asparagus, kol, sawi hijau, kacang panjang, tauge, tempe, kacang hijau, kacang merah, daging ayam.

3. Vitamin E ,Vitamin ini melindungi sel dari serangan radikal bebas sekaligus meningkatkan kemampuan sperma untuk membuahi sel telur sehingga kehamilan akan lebih mudah terjadi. Sumber vitamin E antara lain kacang mete, almond, kacang tanah, kuaci , avacado, mangga dan brokoli.

4. Zinc sangat berperanan penting untuk metabolisme hormon, pembentukan dan pergerakan sperma. Kekurangan zink dapat mengganggu pematang sel telur. Sumber zink antara lain kerang, daging,

5. Minyak Biji Flax ( Flaxseed Oil ) Flaxseed oil dapat menyehatkan fungsi saluran rahim sehingga bermanfaat untuk mengatasi kesuburan. Flaxseed oil dapat diperoleh di farmasi.

6. Zat Besi , banyak dllm udang, kerang, tahu, daging, kepiting, kacang- kacangan kering, kismis dan apricot. Zat besi membantu kelancaran pembuahan sel telur oleh sperma.

7. Vitamin B12 , vitamin ini sangat penting untuk pasangan yang merancang memiliki anak. Menurut kajian, masalah utk memperolehi anak berkaitan dgn kekurangan vitamin ini dalam darah. antara makanan yang banyak mengandung vitamin B12 antara lain Yogurt putih, daging, tuna, kerang.

8.Minyak Zaitun, diyakini mempunyai kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 biasanya ditemui pada minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 benar-benar dapat meningkatkan kualiti baik sperma atau pun sel telur, sehingga menjadi bahagian penting daripada diet kesuburan bagi lelaki dan wanita yang berusaha untuk hamil.

Credit to mangkuktingkat.com

Testimoni Set Bersalin

Testimoni Set Berpantang Shaklee.

Salam semua
Sy nk share pengalaman sndiri menggunakan set bersalin shaklee ni. Sejak deliver baby no 2 semggu yg lepad, sy rasa bdn sihat bertenaga berbanding kali pertama dulu. Kuarga pun perasan keadaan sy ni. Kali ni sy bersalin melalui kaedah czer dan sy amat bersyukur sbb ditemukan dgn produk ni. Wlpun bb ada jaundis tp ianya amat membantu dgn penghasilan susu yg bnyk dan bb dpt minum dgn bnyk dan menurunkan bacaan jaundisnya. Di samping itu luka cepat baik dan yg plng sy suka keadaan parut czer tu xla seteruk yg pernah diceritakan oleh kwn2. Dgn pngambilan oste sy rase bdn amat bertenaga dan bgn pg dlm keadaan yg cergas. Sy amat berpuas hati dgn keadaan ni dan bersykur sgt.

Credit to Eizan Adzan

Testimoni Alfalfa

Knp saya suka dengan alfalfa?

1. Alfalfa sebagai milkbooster - susu cpt bengkak pas makan alfalfa lebih2 lagi bila kita minum air dalam kuantiti yang cukup. Saya terpaksa reducekan dose sbb tak tahan dgn bengkak susu


2. Alfalfa menghilangkan keputihan - mmg completely hilang, takde kesan smpi sekarang


3. Alfalfa membantu pelawasan - sy ni mmg jenis membuang 3 hari sekali. Makan alfalfa mmg setiap hari membuang which is bagus sebenarnya untuk kesihatan usus.


4. Alfalfa to reduce weight - mmg terbukti turun..tak byk tp still turun. 0.5kg utk 2 minggu..still ada penurunan kan?


5. Alfalfa sebagai kacip fatimah - rasanya yang pernah amik mesti da tau kan mcmana kesannya

6. Alfalfa mengurangkan masalah resdung - Ini part yang paling sy suka..dah bertahun2 ada resdung, g buat treatment pun tak berkesan, alhamdulillah dengan alfalfa npk perubahan. Takde bersin2 lagi pagi2, makan seafood pun tak gatal. No worries da bila nak makan seafood.
Best kan alfalfa ni?? ^_^



Credit to NurFatin Raihanah Emelie Rosales

Nutriferon Shaklee


Harga : RM181.25 WM/ RM191.25 EM (30 x 1.2gm)

Penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan di Paten oleh Shaklee. Antara manfaat utama Nutriferon ialah 

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Kajian telah menunjukkan bahawa nutriferon mampu meransang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi.

Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Melindungi dari influenza -  Ia melindungi kepada kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi  dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selsema , flu, alergi, inflamai dan influenza.

Meringankan Stress dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simpton yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Nutriferon dihasilkan dari 4 ekstrak tumbuhan


Biji Labu - Meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

Biji Plantigo Asiatica - Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

Honeysuckle Jepun - Menentang pencerobohan virus dan kuman

Bunga Safflower - Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makforaj memusnahkan virus dan kuman. 

Bagi anda yang sedang mencari produk untuk menguatkan sistem imun, segera dapatkan Nutriferon Shaklee pada bulan ini dengan harga promosi yang hebat.