Hormon Wanita Mengandung



Sebaik sahaja anda mengetahui anda mengandung pelbagai emosi anda alami, juga perubahan kulit muka dan badan, tahukah anda perubahan ini disebabkan oleh hormon-hormon iaitu bahan kimia yang menjejaskan fikiran, tubuh dan juga kehamilan anda. Berikut adalah beberapa hormon yang memainkan peranan penting semasa kehamilan.

Human Chorionic Gonadotropin (hCG)

Hormon ini meransang corpus luteum (bahagian folikel telur yang tertinggal di dalam ovari selepas ovulasi) untuk menghasilkan estrogen dan progesteron di dalam 10 minggu pertama selepas konsepsi sehinggalah sel-sel plasenta dapat melakukannya sendiri. Atas sebab ini, hormon ini diperiksa di dalam air kencing atau darah untuk menentukan secara konklusif sama ada anda hamil atau tidak

Progesteron

Hormon ini memainkan peranan yang amat penting untuk "mendiamkan" otot-otot uterus agar telur yang telah disenyawakan dapat "mendarat" dengan selamat semasa menempel. Paras pregesteron meningkat sepanjang kehamilan untuk membantu mengekalkan lapisan dalaman uterus agar ia dapat memberikan sokongan untuk tumbesaran fetus.  Hormon ini juga mencipta kesan menenangkan untuk melindungi anda daripada stress, salah satu sebab mengapa wanita hamil dapat mengatasi kebanyakkan pemikiran berat dan kerisauan. Dalam cara ini, ia juga menggalakkan tidur. Secara negatifnya pula, progesteron juga dikaitkan dengan "peletusan" jerawat.

Estrogen

Hormon estrogen yang meningkat, yang mana anda mungkin mengaitkannya dengan beberapa perubahan (positif dan negatif) terhadap pacuan mood dan seks anda meransang tumbesaran uterus serta memperbaiki pengaliran darah di antara uterus dan plasenta dengan meningkatkan kesan nitrik oksida, sejenis gas yang meluaskan saluran darah. Bukan sahaja lebihan estrogen menandakan pengaliran darah yang lebih baik, ia juga menysiapsediakan payudara untuk penghasilan susu dengan membesarkan kalenjar susu. Perembesan estrogen meningkat sejurus sebelum kelahiran dan menurun selepas itu.


Relaksin (relaxin)

Relaksin akan berfungsi seperti apa yang anda fikirkan. Apa yang penting ia merehatkan ligamen utrauterin. Mengapa? Jika fleksibiliti di dalam sukuan kehidupan fetus tidak meningkat, percubaan untuk membesarkan seorang bayi di dalam uterus akan menjadi seperti "cubaan mengurung singa di dalam kurungan". Hormon juga akan melonggarkan bahagian bawah tubuh untuk memudahkan bayi melalui saluran kelahiran. Ia juga merehatkan arteri agar dapat mengatasi peningkatan volum darah semasa kehamilan tanpa meningkatkan tekanan darah anda hingga ke kemuncak. Sebaliknya perkara-perkara yang anda tidak mahu direhatkan  adalah sesuatu yang akan terjejas seperti peningkatan penambahan asid perut ia tidak mencegah asid tersebut memasuki semula saluran esofagus.

Oksitosin

Oksitosin adalah hormon rasa gembira yang membantu anda berasa selesa dan gembira. Dalam beberapa hari atau beberapa minggu sebelum kelahiran, ramai wanita mengalami rasa keriangan sederhana dan perilaku yang kuat seperti membersih lantai atau memasak yang tidak dapat diterangkan dan ia mungkin dikaitkan dengan oksitosin yang begitu juga dengan lain-lain hormon dan steoid. Semasa bersalin letusan oksitosin yang besar akan melalui otak anda. Selepas bersalin, apabila seseorang wanita memeluk bayi barunya, dia akan membentuk sesuatu yang dipanggil "nafsu bayi", sejenis reaksi kimia yang berlaku apabila feremon bayi meransang penghasilan oksitosin tambahan yang mana ia meningkatkan ikatan ibu dan bayi.  

Labels: