Makanan Tingkatkan Tenaga Anak-anak



Anak-anak yang bersekolah memerlukan tenaga yang banyak setiap hari untuk mengekalkan kecergasan mereka terutamanya mereka yang bersukan. Berikut adalah tip untuk memastikan mereka penuh bertenaga...

Antioksidan

Antioksidan seperti Vitamin A, C dan E membantu menyingkirkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel sihat dalam tubuh anak anda.

Sumber : Betik, lobak merah, tomato beri, sayuran, kekacang dan legum.

Air

Air diperlukan untuk kekal hidrat bagi menghalang kelesuan dan mengekalkan suhu badan serta melicinkan sendi tubuh anak anda.

Bijirin penuh

Bijirin penuh karbohidrat kompleks mengandungi serat, folat dan vitamin B yang memberi tenaga tambahan kepada anak anda.

Sumber : Bijirin oat steel-cut, bijirin sarapan dan roti perang

Protein

Protein membina, menggantikan tisu dalam tubuh anak anda dan mengekalkan kekuatan mereka. Semakin aktif anak anda semakin banyak protein yang diperlukan untuk membina ototnya.

Sumber : Daging merah, telur, makanan laut, kacang dhal, dada ayam dan kacang soya.

Zat Besi

Makanan kaya dengan zat besi adalah penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Sumber : Daging merah, hati, bayam, kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkuat dan bijirin penuh.

Kalsium

Kalsium amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menguatkan tulang dan membantu mereka kekal aktif.

Sumber : Susu, yogurt, keju dan ikan salmon

Bagaimana Vitamin Shaklee membantu melengkapkan nutrisi pemakanan anak-anak pada setiap hari?


Labels: , ,