Makanan Untuk Menambah Kesuburan Suami Isteri


Makanan juga memainkan peranan penting untuk kesuburan, diharap apa yang saya akan kongsi ini dapat menolong rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan anak, InshaaAllah.


Antara beberapa makanan yang dapat meningkatkan tahap kesuburan suami isteri ialah:

1. Vitamin C adalah antioksidan untuk menjaga kesihatan sel, meningkatkan penyerapan zat dan memperbaiki sistem imun. Untuk lelaki, antioksidan dapat memperbaiki mutu sperma. Kekurangan vitamin C akan menjadi salah satu faktor penentu ketidaksuburan pasangan suami – isteri.
Sumber vitamin C antara lain betik, jambu biji , belimbing, mangga, kedondong, nanas, rambutan, strawberi.

2. Folic asid , rendahnya kadar folic asid dalam darah berkaitan dengan rendahnya jumlah sperma pada , lelaki sedangkan untuk wanita, folic asid sangat penting untuk mempersiapkan kehamilan yang sihat. Makanan yang mengandung folic asid antara lain brokoli, asparagus, kol, sawi hijau, kacang panjang, tauge, tempe, kacang hijau, kacang merah, daging ayam.

3. Vitamin E ,Vitamin ini melindungi sel dari serangan radikal bebas sekaligus meningkatkan kemampuan sperma untuk membuahi sel telur sehingga kehamilan akan lebih mudah terjadi. Sumber vitamin E antara lain kacang mete, almond, kacang tanah, kuaci , avacado, mangga dan brokoli.

4. Zinc sangat berperanan penting untuk metabolisme hormon, pembentukan dan pergerakan sperma. Kekurangan zink dapat mengganggu pematang sel telur. Sumber zink antara lain kerang, daging,

5. Minyak Biji Flax ( Flaxseed Oil ) Flaxseed oil dapat menyehatkan fungsi saluran rahim sehingga bermanfaat untuk mengatasi kesuburan. Flaxseed oil dapat diperoleh di farmasi.

6. Zat Besi , banyak dllm udang, kerang, tahu, daging, kepiting, kacang- kacangan kering, kismis dan apricot. Zat besi membantu kelancaran pembuahan sel telur oleh sperma.

7. Vitamin B12 , vitamin ini sangat penting untuk pasangan yang merancang memiliki anak. Menurut kajian, masalah utk memperolehi anak berkaitan dgn kekurangan vitamin ini dalam darah. antara makanan yang banyak mengandung vitamin B12 antara lain Yogurt putih, daging, tuna, kerang.

8.Minyak Zaitun, diyakini mempunyai kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 biasanya ditemui pada minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 benar-benar dapat meningkatkan kualiti baik sperma atau pun sel telur, sehingga menjadi bahagian penting daripada diet kesuburan bagi lelaki dan wanita yang berusaha untuk hamil.

Credit to mangkuktingkat.com

Labels: