Morning Sickness - Alahan Semasa Mengandung



Eeei busuknya bau makanan ni, tambah tidak selesa tekak langsung tidak boleh menjamah sebarang makanan, rasa loya, mual dan muntah-muntah menjadi rutin harian. Simpton ini sering dikaitkan alahan orang mengandung atau "morning sickness". Situasi ini biasanya terjadi di sekitar minggu ke enam kehamilan dan beransur-ansur perlahan sekitar minggu ke 15 ada juga yang berterusan hingga bersalin. Terdapat  juga wanita yang tidak mengalami morning sickness semasa mengandung.

Saya ingin kongsikan beberapa tip untuk elak morning sickness

Elakkan sebarang bau atau makanan yang boleh mencetuskan rasa loya dan mual. Mungkin dengan memakan makanan yang berada pada suhu bilik membantu mengurangkan rasa loya anda kerana makanan begini kurang bau berbanding makanan yang baru dimasak.

Sentiasa menyimpan snek seperti biskut kraker di sisi anda setiap masa. Makan makanan atau snek berkhasiat dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sepanjang hari supaya perut anda tidak kosong. Ambil makanan yang lembut tetapi tinggi kandungan protein atau karbohidrat kerana keduanya boleh mengurangkan loya. Contohnya kraker, biskut, yogurt rendah lemak, atau makanlah makanan yang menyelerakan anda, saya sendiri suka makan kismis dan kurma


Elakkan makanan yang berlemak, ia mengambil masa untuk dihadamkan terutama ketika hamil. Elakkan juga makanan yang pedas, berasid, bergoreng dimana ia boleh mengganggu perut dan sistem penghadaman. 

Jika anda banyak muntah, minum minuman ringan isotonik yang mengandungi glukos, garam dan potasium bagi menggantikan kehilangan elektrolit.

Luangkan masa untuk berehat dan tidur seketika. Bersiar-siar mengambil udara, berbual dengan teman atau membaca Al-Quran dapat mengurangkan tekanan dan ketidakselesaan yang dialami.

Pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan loya dikalangan sesetengah wanita dan selamat diambil. 

Halia juga dikatakan sebagai penawar alternatif mengurangkan masalah dalam perut, rasa loya dan mual.

Jika semua cara tersebut masih tidak sesuai sila rujuk dengan doktor anda.


Labels: