Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas Dan Ligat

Bagaimana pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

* Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan

* Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai

* Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau
   menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat

* Meningkatkan pencapaian berfikir

* Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah

* Membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas

* Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah


Shaklee Meal Shakes

Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makananyang bukan sahaja segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Shake tersebut menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas yang tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubailah rasa bancuhan shake Shaklee dipagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa ataupun susu rendah lemak  beserta buah-buahan.

* Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa

* Hidangan ideal yang rendah kolesterol, lemak dan sodium

* Hidangan segera bagi para atlit. 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Labels: ,