Ultrasound


Setiap kali pregnant, soalan yang biasa ditanya dah scan? Baby boy or girl? Kebanyakkan ibu bapa teruja untuk menjalani uijian ultrasound sebaik disahkan hamil kerana mereka ingin mengtahui jantina anak yang bakal lahir. Pengalaman saya sendiri selain dari untuk mengetahui jantina anak, ingin tahu juga keadaan kesihatan perkembangan anak dalam kandungan.

Selain untuk mengetahui jantina anak, skop ultrasound itu lebis luas, ultrasound membantu doktor membuat penilaian tentang perkembangan dan tumbesaran bayi. Mengetahui jantina bayi merupakan 1 bonus sahaja apabila ultrasound digunakan untuk tujuan perubatan. Antara kepentingan ultrasound untuk ibu hamil ialah

1. Pengesanan kehamilan

Doktor menggunakan ujian ultrasound untuk mengesahkan seseorang wanita itu positif hamil. Biasanya  kehamilan sudah dapat dikesan seawal minggu ke 4 dan ke 5

2. Mengesan masalah ibu hamil

Melalui ujian ultrasound, denyutan janin dapat dilihat pada minggu ke 6. Jika ibu mengalami sebarang masalah seperti pendarahan maka punca dan rawatan akan akan dikenal pasti. Peratusan untuk ibu meneruskan kandungan sangat tinggi kerana masalah dikesan sejak awal.

3. Memantau perkembangan bayi

Doktor dapat melihat keadaan janin dalam kandungan seperti melihat usia dan saiz janin dan memerhatikan pertumbuhannya normal atau tidak. Selain itu struktur bayi daripada kepala hingga kaki dapat diketahui saiznya.

4. Dengan mengetahui usia bayi, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir.

5. Mengesan ketidaknormalan janin

Doktor dapat melihat sebarang kecacatan pada janin seperti sumbing, tiada tempurung kepala, kaki pendek melalui ujian ultrasound. Selain itu imbasan yang dilakukan dapat mengesan kecacatan seperti down sindrom, jadi doktor boleh melakukan siasatan lanjut melalui ujian amniosentisis (memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu)

6. Melihat posisi plasenta/uri

Ia sangat penting kerana jika kedudukan plasenta tidak normal, ia boleh membahayakan kehamilan ibu

7. Melihat kuantiti air ketuban

Ujian imbasan boleh membantu doktor mengukur samada jumlah air ketuban ibu berada pada paras normal atau tidak.

8. Kehamilan kembar

Melalui ultrasound, doktor dapat mengetahui si ibu hamil satu atau lebih janin. Lebih awal doktor mengetahui ibu hamil anak kembar maka pemantauan menyeluruh dapat diberikan kepada kehamilan bayi kembar terdedah kepada pelbagai risiko.

9. Lain-lain masalah seperti kematian janin dalam rahim, pergerakan janin atau masalah pada rahim dan pelvik ibu dapat dikesan menerusi ultrasound.


Labels: ,