Vitamin Semasa Bulan Puasa




Assalammualaikum Dan selamat pagi,

Bagi mereka yang mencari vitamin yang sesuai semasa berpuasa, boleh cuba set Mighty 3 Gems sesuai untuk mereka yang mengandung dan menyusukan bayi serta pelajar sekolah.

ESP Soy Protein Isolate Powder

Merupakan minuman rendah lemak, bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan 9 asid amino perlu dan 14 gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Di samping rasanya yang enak ia juga dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.

Mealshakes

Memberikan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.

Performance Drink 

Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.

Vitamin Awet Muda


Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu. Kajian menunjukkan yang bahan botani dalam campuran vivix dapat merangsang penuaan selular yang sihat.

Apa itu Polifenol? Polifenol merupakan sebatian antioksidaan semulajadi yang biasa ditemui di dalam tumbuhan yang boleh di makan. Sejak sedekad yang lalu, ramai yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai antioksidaan, Banyak kajian saintifik dan penyelidikan klinikal menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.

Ramai yang mendapat manfaat hasil daripada mengambil Vivix secara konsisten berikut beberapa testimoni yang berpuas hati dengan Vivix.

Abby Misaha Sebelum ambik vivix, mentua saya selalu mengadu sakit macam2, sebab baru lepas operation, antibodi badan dia betul2 lemah. Pastu, dia mengalami masalah kat perut, buat endorsecopy, semakin teruk pula. Doctor cakap cuma masalah gastrik biasa, sedangkan mentua saya tak pernah gastrik. Doctor bagi ubat gastrik pun masih tak sembuh. Bila perut mentua semakin kembung dan keras, saya jadi risau, terus bagi dia vivix. Alhamdulillah, lepas sebulan amalkan vivix, mentua semakin sihat sampai hari ni.



  • Najihah Sudi Post ni dah create malam tadi. Hehe..Tapi xpelah alang2 dah tanye, post dulu sini pastu nk post kat wall plak.. 
    ***********
    VIVIX UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI

    Saya ingat lagi.. Awal tahun 2013 ni, dapat call drpd kampung. Mak call bgtau darah naik. 200
     hoiii... Mase dengar tu kecut perut. Takut sangat.. Sbb last year, ade sorang customer yang maknya kene stroke sbb darah naik over 200. Yang kisah ni nnt kita story lain.

    So nak dijadikan citer saya pun belikan mak sebotol VIVIX. Mak siap cakap.. "boleh2.. Lagipun mak dah mimpi baik nih.. Rase2 mak boleh baik minum ubat ko nih" . Hehe.. So mase balik kg tuh memang sedih giler tgk mak. Terbaring.. Solat pun sambil baring. Makan xlalu. Nak g toilet pun kena papah. Seb baik ade adik. .. Malam tu jugak bagi die 1 sudu vivix. 

    Esok pagi dlm kul 5.30 ktrg dlm bilik ni tersedar sbb dgr bising2 kat hall. Tengok2 rupenya mak tengah kemas hall .. Siap sapu lantai lagi.. Memang ligat.. Macam xsakit. Mak cakap "bagus jiha ubat ko nih.. Badan sedap"

    .. Itulah mak saya.. Pantang sihat sikit, xleh dok diam!!

    Farah Ali Saya pun pengguna VIVIX... Ambil sesudu besar bancuh dgn air sebelum tidur. Saya ada masalah usus. Alhamdulillah keradangan beransur hilang dan sakit2 sendi saya pun dah bertambah baik. Masalah usus ni menyebabkan kulit saya sgt kering... sakit sendi dan belakang... keletihan melampau. Sekarang ada perubahan yg lbh postif selepas konsisten ambil VIVIX hampir setahun. Skang dah bg mak pulak. Mak pun kata lebih bertenaga. Ayah baru ambil dalam seminggu... nti nak monitor diabetesnya..

    Tak kenal maka tak cinta, bila dah jatuh cinta akan terus bercinta dengan Vivix Shaklee. Jom segera dapatkan Vivix daripada saya, hadiahkan untuk diri sendiri, suami/isteri dan ibubapa tersayang.

    Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Testimoni GLA Dan Omega Shaklee



lama x jengah grup ni tp masih setia ngan shaklee...(",)..nk share my own testi..sy baru lps bsalin 25/4 baru ni at 35wk pregnancy due to high bp..doc declared as chronic hypertension sbb suddenly bp tggi dr 33wk..at 34wk doc tpaksa bg ubt drh tggi sbb bp fluctuate n x turun.. dr 33wk sampai 35wk bila scan berat bby x naik..takut effect kt bby..finally bsalin at 35wk n alhamdulillah bby sihat..bp mmg x cantik lg lps bsalin (doc dah stopkan ubt drh tggi hari ke 2 lps bsalin)..mkn ubt atau x bp sy around 150/90...hari ke 8 bp sy 147/90 n dsuruh jumpa doc n maybe blh kne warded...wawawa...dah susah hati..sempat tgk fb n tba2 tbaca psl gla shaklee n nampak blh utk drh tggi..terus tringat gla masih ada kt umah sbb mmg amik tu sblm pegnen..terus msg Linz Shopee.. n dia suggest blh amik gla n omega skali..terus sy start amik 3x sehari (1 gla + 3 omega)..masa tu mmg rasa tension takut kne warded balik..alhamdulillah hari ke 10 lps bsalin (baru 2 hari amik gla n omega),nurse dtg umah check bp terus bp sy normal 124/84..hari ke 12 terus menten normal 120/80..dan sampai ke hari ni dah 23 hari bsalin bp sy 120/70,120/80,110/70..dan sy menten amik gla n omega 1x sehari je skrg (1 gla + 3omega)..

Credit to Mardziah Bidin

Vitamin Untuk Lelaki


Gambar ihsan google

Lelaki kena makan vitamin? Tak macho la macam ni! Jarang kita mendengar lelaki konsisten mengambil vitamin kecuali atas arahan doktor atau isteri :) Setiap orang perlu menjaga kesihatan untuk mengelakkan dari penyakit yang sering menyerang seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, kegemukan, strok dan tidak ketinggalan juga mengalami perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk, pembesaran prostat, letih, lesu dan kurang stamina.

Apakata anda hadiahkan suami atau bapa tersayang anda set vitamin untuk lelaki yang terdiri dari Omega Guard, Vitamin E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Jom kita baca fungsi 3 vitamin ini.


Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah  dan paras trigilserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi

Manakala Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun tubuh.

Zinc merupakan mineral yang penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim penting dalam tindak balas kimia tubuh selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki

Sumber i Sihat.

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Manfaat Air Putih Untuk Kesihatan

Air putih adalah minuman yang murah dan senang untuk kita perolehi. Namun ada juga yang tidak menggemari air putih, saya sendiri sangat suka minum air putih sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur untuk membuang toksin di dalam badan. Sebaik-baiknya setiap hari minum air putih sebanyak 8 gelas sehari. Dan disarankan lebih untuk mereka yang makan vitamin.



Antara manfaat air putih untuk mereka yang ingin mengawal berat badan ialah

Lebih Kenyang

Sebelum anda mengambil hidangan utama, minumlah segelas air putih. Hasilnya ia akan membuatkan anda tidak terlalu lapar sehingga jumlah makanan berkurangan.
Selain itu minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah. Tidak dinafikan keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.

Tingkatkan Metabolisme Badan

Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan cairan, metabolisme berjalan dengan lebih lambat dan proses pembakaran lemak pada badan berada pada tahap maksimum.
Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi ia dapat meningkatkan fokus pada fikiran.

Rehidrasikan Badan

Jika seseorang mengalami dehidrasi, tindakbalas pada badan akan menjadi lambat dan boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit. Oleh sebab itu badan memerlukan cairan agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Tambahan lagi, ia akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembab dan rambut lebih sihat

Mengeluarkan Toksin Dalam Badan

Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup, badan akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori. Kekurangan cairan juga boleh menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki

Otot-otot Tetap Sihat

Air membantu dalam pembentukkan otot-otot dalam badan. Apabila badan terhidrasi dengan baik, anda pun dapat bersenam dengan maksimum. Selain itu air dapat membuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman yang berat.

Kesihatan Badan Tetap Stabil

Jika proses penghadaman dan kesihatan badan anda tidak stabil, ini akan menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan secara maksimum. Bagi anda yang mengalami masalah penghadaman, air dapat membantu untuk memudahkan penghadaman dengan sempurna

Menjaga Kesihatan Organ Dalaman

Seseorang yang minum air yang cukup setiap hari mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah, kesihatan lebih baik dan memperbaiki fungsi hati dengan maksimum.
Sistem imunisasi menjadi lebih baik, tidak mudah sakit dan lebih bertenaga ketika bersenam.


Vitamin B Complex Dan Ostematrix Membantu Mencegah Migrain


Perbezaan Migrain Dan Pening Kepala



Migrain

Penyakit migrain adalah kesakitan yang dialami berupa denyutan di sebelah kepala yang datang bersama perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang. Kebiasaannya kesakitan migrain akan dicetuskan kerana pendarahan haid, pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kekejangan minda, kurang tidur, cahaya lampu yang terang dan bau-bauan yang kurang menyenangkan. 

Antara petanda awal penyakit ini ialah seperti keadaan mudah letih (lesu), kurang tenaga, mudah marah,  kuat makan, sukar membuang air besar, mengalami sakit tengkuk dan kerap menguap.

Pening Kepala

Pening biasa akan menyerang pada bahagian kiri dan kanan tempurung kepala dan boleh berlanjutan sehingga beberapa jam. Ia dikaitkan dengan perasaan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat, sinus yang membengkak dan demam.

Antara makanan yang boleh elak Migrain

Telur

Apa sahaja makanan yang kaya dengan kandungan Omega 3 dikatakan amat baik untuk mengatasi masalah migrain. Salah satu makanan terbaik dan paling mudah didapati untuk anda mendapatkan khasiat Omega 3 adalah telur.

Kekacang

Sesetengah peyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. Amalkan kekacang kerana ia didapati dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

Susu

Riboflovin atau vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu melepaskan tenaga daripada sumber karbohidrat. Riboflovin juga menghasilkan tenaga. Kekurangan tenaga dikatakan menjadi punca migrain.

Salmon

Tinggi kandungan Omega 3 yang menjadikannya sebagai salah satu makanan terbaik untuk menghindari migrain.


Kenapa Ostematrix Shaklee menjadi pilihan bagi mereka yang sering migrain?



Ia boleh meringankan stres, mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf.

Magnesium membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, ia juga membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang mana ia merupakan salah satu punca migrain.

Vitamin D menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

Vitamin B Complex Shaklee



Vitamin B2 (Riboflovin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Disamping itu ia juga membantu melawan tekanan, insomnia, kemurungan, strok dan sebagainya.

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Segalanya Tentang Vitamin C Shaklee

Anda sering berada di kalangan perokok? Jika begitu anda harus mengambil Vitamin C secara konsisten. Pastikan dosnya 500mg setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa Vitamin C dapat mengurangkan risiko penyakit yang diakibatkan oleh pendedahan pada asap rokok. Mengambil kombinasi Vitamin C dan vitamin yang lain turut memperlihatkan penurunan risiko penyakit yang disebabkan oleh asap rokok sebanyak 12%.


TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE




As salam..first time saya nak sharing.Alhamdulillah 6 Mei 2013 yang lepas genap setahun saya fully breastfeed Ahmad Muqarrabin.Pengalaman saya menyusukan anak kedua ni tak sama dengan anak pertama sebab saya diuji dengan susu kering semasa dalam pantang.Abin memang asyik meragam je sebab tak puas menyusu.Masatu dah nak masuk 3 minggu berpantang tapi susu makin sikit kalau pam atau mermet nak dapat 1oz pun susah sampai mak suruh campur susu formula.Tapi saya belum patah semangat dan cuba set penyusuan SHAKLEE.Apa yang saya ambil adalah Vitalea,Vitamin c,B Complex,Alfafa dan ESP.Saya ikut tips dealer yang saya beli time tu minum air at least 3 liter dan direct feed atau pam sejam sekali.Alhamdulillah dalam dua hari dah nampak kesan.Susu dari 1oz bertambah sampai saya boleh dapat 7oz satu sesi.Sangat syukur..Dan memang betul ESP ni bagi baby cepat kenyang sebab cawan pertama ESP yg saya minum dan menyusu sejam lepastu,Abin dah tak meragam dan tidur lena.Sampai sekarang saya masih makan vitamin2 ni.Bagi saya Set Penyusuan SHAKLEE memang satu perlaburan yang berbaloi lah..Alhamdulillah..semua ni dengan izin Allah.
~Enjoy MY breastfeeding journey~

Credit to Zainatun Nisa

Testimoni Vitamin Kesuburan



TESTIMONI GLA DAN ZINC SHAKLEE

TESTIMONI PENGGUNA ADIK SAYA SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. atas izin Allah s.w.t .. pada 10.5.2013 sy telah dapati UPT sy positif..setelah 1 tahun lebih dan hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga.. alhamdulilah berkat usaha...doa..tawakal menjadikan permintaan sy didengar Allah s.w.t. Apa ingin sy tekankn di sini bersangka baik lah kepada yg maha pencipta..insyaallah semuanya akan tiba pada waktu yg tqk diduga.
Sebelum ni.. pelbagai produk dan kaedah yg telah saya gunakan.. sehingga kakak sy memperkenalkan GLA Complex keluaran SHAKLEE, manakala suami pula kakak sy sarankan untuk mengambil zink keluaran shaklee.
Tarikh akhir haid saya adalah 12.3.2013..oleh kerana kitaran haid sy panjang anta 30 dan 35 kemungkinan untuk saya haid lagi adalah 12.4 @ 16.4.2013.
Sepanjang tempoh sebelum haid sy telah mengambil 1biji GLA COMPLEX sebelah pagi dan 1 biji sebelah malam..manakala suami pula mengamalkan vit ZINK setiap pagi 1 biji.
Pada 15.4.2013 sy telah menjalankan ujian air kencing namun keputusan adalah negatif.. oleh kerana tidak berpuas hati sy telah menjalankan scan d klinik swasta namun doktor pun mengesahkan tidak hamil dan rahim dlam keadaan tebal.
Pada 10.5.2013 sy telah membuat ujian sendiri seawal pagi dan ternyata keputusan yg sy dapati adalah POSITIF..dn pada 11.5.2013 sy menjalankan ujian air kencing sekali lagi pada waktu tengah hari dan keputusan juga masih sama.
Hari isnin ni..13.5.2013.. sy dan suami bercadang untuk membuat pemeriksaan ke klinik.. Doakan segalanya bejalan lancar..dan doakan kandungan saya baik saja.. amin...

Credit to Jue Julhayaty Jowlie.

Keputihan - Ms "V" Anda Berbau?




Apa itu keputihan ? Ia adalah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Antara langkah pencegahan yang boleh diambil ialah menjaga menjaga kebersihannya secara maksimum. Ini kerana faraj agak senseitif kepada perubahan iklim dikawasan persekitarannya. Sekiranya suhu berubah ia akan mengeluarkan bau yang kurang senang. Penjagaan yang maksimum bukan bermaksud mencucinya dengan sabun pencuci setiap hari. Itu adalah SALAH! Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.

Bagaimana kita boleh menjaga Ms V?

Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar dengan cara membersihkannya dengan air.

Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari  yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium  yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

Elakkan menyapu shower gel atau sabun mandi pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum

Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan  untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing( urinary tract infection)

Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Pakaian dalam perlu ditukar setiap haridan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Gunakan selang antara tiga atau empat hari supaya pH faraj yang normal tidak dirosakkan. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.

OmegaGuard Shaklee : Siapa Perlukannya



Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega 3. 

Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran atau menyelesaikan masalah meningkatkan daya tumpuan dan ingatan secara perhubungan antara sel otak.

Omega 3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif dan membantu dalam menigkatkan daya ingatan semasa tua

Sesuai untuk semua golongan, berminat? Boleh email arnisyazila@gmail.com atau PM saya 

Sumber Makanan Untuk Rambut Sihat


Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari bukan sekadar merawat dan menjaga dengan hanya bersyampu dan ke salon semata-mata. Ini kerana setiap rambut sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan. Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Bagaimana senarai makanan ini membantu?

Ikan Salmon

Kandungan Omega 3, Vitamin B 12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

Sayur-sayuran Berwarna Hijau Tua



Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C , zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh bikel rambut, ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semulajadi.

Produk Susu Yang Rendah Lemak

Produk tenusu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

Kekacang

Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau makanlah banyak kekacang. Badam misalnya kaya dengan asid lemak Omega 3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan Zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

Buah Segar

Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang lebih baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

Kacang Buncis

Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

Bijirin

Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan Vitamin B.

Manfaat Vitamin C Dalam Chewable Vitamin C Shaklee



Chewable Vitamin C 100mg Shaklee





Kepada  mereka yang berminat dengan Chewable Vitamin C 100mg Shaklee boleh dapatkan dari saya dengan segera, vitamin yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Chewable Vitamin C 100mg Shaklee ini merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Ia juga didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisap, Kajian menunjukkan bahawa Vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan :)

Sesuai untuk kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung, ibu menyusukan dan juga untuk kecantikkan kulit.


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Promo Vivix

Promo yang hanya datang setahun sekali...



Apa Istimewanya Vivix Shaklee


Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. Kajian menunjukkan yang bahan botani dalam campuran vivix dapat meransang penuaan selular yang sihat.


 Manfaat Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun




Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit