Keputihan - Ms "V" Anda Berbau?




Apa itu keputihan ? Ia adalah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Antara langkah pencegahan yang boleh diambil ialah menjaga menjaga kebersihannya secara maksimum. Ini kerana faraj agak senseitif kepada perubahan iklim dikawasan persekitarannya. Sekiranya suhu berubah ia akan mengeluarkan bau yang kurang senang. Penjagaan yang maksimum bukan bermaksud mencucinya dengan sabun pencuci setiap hari. Itu adalah SALAH! Penggunaan sabun yang berlebihan juga boleh menyebabkan faraj menjadi gatal, keputihan, bengkak disekitar faraj dan rasa sakit.

Bagaimana kita boleh menjaga Ms V?

Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar dengan cara membersihkannya dengan air.

Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari  yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium  yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

Elakkan menyapu shower gel atau sabun mandi pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum

Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan  untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing( urinary tract infection)

Elakkan memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Pakaian dalam perlu ditukar setiap haridan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Jangan gunakan pembersih wanita setiap hari. Gunakan selang antara tiga atau empat hari supaya pH faraj yang normal tidak dirosakkan. Tabiat membasuh faraj dengan pembersih wanita setiap hari bukan hanya menutup jangkitan tetapi sebenarnya menghilangkan keseimbangan dengan merubah pH normal dan bakteria berguna pada faraj.

Labels: