Sumber Makanan Untuk Rambut Sihat


Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan indah, perlu juga dilihat pada makanan yang diambil setiap hari bukan sekadar merawat dan menjaga dengan hanya bersyampu dan ke salon semata-mata. Ini kerana setiap rambut sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan. Sekiranya makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi maka sel-sel rambut juga akan turut rosak. Bagaimana senarai makanan ini membantu?

Ikan Salmon

Kandungan Omega 3, Vitamin B 12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

Sayur-sayuran Berwarna Hijau Tua



Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C , zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh bikel rambut, ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semulajadi.

Produk Susu Yang Rendah Lemak

Produk tenusu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

Kekacang

Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau makanlah banyak kekacang. Badam misalnya kaya dengan asid lemak Omega 3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan Zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

Buah Segar

Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang lebih baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

Kacang Buncis

Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

Bijirin

Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan Vitamin B.

Labels: