Vitamin B Complex Dan Ostematrix Membantu Mencegah Migrain


Perbezaan Migrain Dan Pening Kepala



Migrain

Penyakit migrain adalah kesakitan yang dialami berupa denyutan di sebelah kepala yang datang bersama perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang. Kebiasaannya kesakitan migrain akan dicetuskan kerana pendarahan haid, pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kekejangan minda, kurang tidur, cahaya lampu yang terang dan bau-bauan yang kurang menyenangkan. 

Antara petanda awal penyakit ini ialah seperti keadaan mudah letih (lesu), kurang tenaga, mudah marah,  kuat makan, sukar membuang air besar, mengalami sakit tengkuk dan kerap menguap.

Pening Kepala

Pening biasa akan menyerang pada bahagian kiri dan kanan tempurung kepala dan boleh berlanjutan sehingga beberapa jam. Ia dikaitkan dengan perasaan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat, sinus yang membengkak dan demam.

Antara makanan yang boleh elak Migrain

Telur

Apa sahaja makanan yang kaya dengan kandungan Omega 3 dikatakan amat baik untuk mengatasi masalah migrain. Salah satu makanan terbaik dan paling mudah didapati untuk anda mendapatkan khasiat Omega 3 adalah telur.

Kekacang

Sesetengah peyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. Amalkan kekacang kerana ia didapati dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

Susu

Riboflovin atau vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu melepaskan tenaga daripada sumber karbohidrat. Riboflovin juga menghasilkan tenaga. Kekurangan tenaga dikatakan menjadi punca migrain.

Salmon

Tinggi kandungan Omega 3 yang menjadikannya sebagai salah satu makanan terbaik untuk menghindari migrain.


Kenapa Ostematrix Shaklee menjadi pilihan bagi mereka yang sering migrain?



Ia boleh meringankan stres, mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf.

Magnesium membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, ia juga membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang mana ia merupakan salah satu punca migrain.

Vitamin D menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

Vitamin B Complex Shaklee



Vitamin B2 (Riboflovin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Disamping itu ia juga membantu melawan tekanan, insomnia, kemurungan, strok dan sebagainya.

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Labels: , ,