Testimoni Set Berpantang Shaklee - Luka Cepat Sembuh, Badan Cergas dan Tidak Sembelit

Salam rakan2 gbs.saya nak share testimonial saya sewaktu makan set berpantang....

Saya mKn set berpantang nie waktu tu saya berpantang untuk anak kedua saya yang lahir 25 september 2012. Setelah saya makan set berpantang, saya memang nampak keberkesanan yang cukup positif sewaktu berpantang sehingga mak sendiri bgtau time pantang....'mak xsempat nak buat reneh ubat kampung, muka pucat makan dulu vitamin shaklee tu.....' bila dah mkn, cepat je vitamin tu nampak kesan, mak tegur pulak 'nampak merah muka baru lah xnampak pucat sangat muka......' dari situ lah saya sedar betapa bagus nya makanan tambahan ini. Bukan sekadar tu je time pantang setelah mkn shaklee byk kebaikan yang saya perolehi..


1) badan xletih....baby lahir anak 1st baru setahun 3bulan. Saya memang cukup tenaga sebab saya dapat jga lg anak 1st time berpantang. Bg dia mandi, makan, layan kerenah dia sebab baru pandai jalan....mmg sibuk gak dgn baby....baby menyusu dan memang cukup tenaga saya, xletih n lesu time pantang....mmg cukup bagus

2) susu memang cukup meriah....cukup makan n minum serta cukup makanan tambahan iaitu shaklee, baby memang xbuat hal. Lepas menyusu kenyang n tido....bgn lpas 2 jam, susu memang dh banyak, menyusu je.memang seronok tgk baby senang sgt jga. Anak 1st xkenal shaklee mmg berjaga wktu mlm....

3) luka lepas bersalin memang cepat sembuh. Xtakut nak cuc n berjalan pun macam biasa. Xsakit....seminggu lebih ambik time pantang, mmg luka sembuh n xde risau sangat sbb luka bersalin dah baik.

4) kalau dulu anak first, nak buang air besar pun takut. Dah lah mkn bnyk, buang air besar pun takut. Tapi lepas mkn shaklee anak ke dua memang best....lawas sgt n xde sembelit langsung...tu yg saya suka sgt dgn shaklee.

5) rambut xde gugur time pantang....bersih je lantai rumah, xde nampak sampah rambut. Anak fisrt memang bertaburan rambut kat lantai.

-Sampai sekarang masih ambil shaklee untuk menyusu n slimming, husband pun ambik gak n husband mkin syg pun ada alhamdulillah sebab dipertemukan dengan shaklee oleh kak n

Credit to Nana Iduk

Bagi mereka yang nk order Shaklee, semua set ada, jgn malu2 utk contact saya 

Testimonial Ibu Menyusu Semasa Bulan Puasa

Testimonial ibu menyusu semasa bulan puasa dengan ESP dan Performance Drink.

Ni dari pengalaman saya sendiri...saya ambil esp pd.bulan ramadhan thn.lps..alhamdulillah..ms 2 sy still bf n membuat stok ebm utk baby..walaupun berpuasa susu sentiasa ada utk dibuat stok n bdn pun x letih sgt..yg seronoknya bdn saya makin kurus walaupun sy mkn byk time bersahur n berbuka..sblm ni x pernah plak berat turun walaupun dibln puasa..sy ambk esp waktu sahur n mlm sblm tidur..mmg best..dl ms pregnant berat saya 63kg..lps 2 dgn bantuan esp sy dpt trnkan berat sampai 45kg.ms bln puasa berat sy turun lg hgga 41kg..kurus sgt so sy ambk bcomplex n skrg 43kg..mmg puas hati ngan esp..

Credit to Norinawati Zainudin

Vitamin Semasa Bulan Puasa

Bulan puasa akan menjelma tidak berapa lama lagi, bagaimana persiapan puasa kita apatah lagi dengan keadaan cuaca panas dan berjerebu pada masa sekarang?  Jom kita baca artikel dari Shaklee di majalah ISihat keluaran bulan Julai 2013.




Omega Guard Shaklee - Asid Lemak Penting Yang Diperlukan Oleh Tubuh



Hari ini saya bercerita tentang Omega Guard Shaklee bagaimana  peranan dia sebagai asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh kita.


Asid lemak Omega 3 (EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan  untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu menadapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid lemak Omega 3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat. juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi , asid lemak Omega 3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung

Peranan penting asid lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi 1 kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega 3 mampu mengurangkan risikopenyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat

Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi kompenen sel-sel pada sistem saraf pusar dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat

Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh, Apabila sesendi bergeser, lemak Omega 3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.


Ramai yang telah mendapat manfaat daripada kebaikan Omega Guard Shaklee, anda bila lagi? Omega Guard Shaklee sesuai diambil oleh pelajar, ibu mengandung dan menyusukan serta orang tua.
  




Omega Guard - Shaklee Supplemen Minyak Ikan Terbaik


Shaklee Omega Guard merupakan supplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap 1 hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Ia juga ultra tulen dan berkualiti tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega 3 namun ia sarat dengan merkuri ekoran dari pencemaran laut. Namun OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega 3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Antara khasiat OmegaGuard
Merendahkan kolesterol
Mengurangkan sakit kepala
Bagus utk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
Meningkatkan sistem imun tubuh
Memelihara fungsi sendi
Membantu pesakit gout

Siapa yang memerlukan OmegaGuard?
Pelajar, wanita hamil, wanita menyusu, warga emas, pesakit jantung, kanak-kanak 1 tahun ke atas dan pesakit darah tinggi

Pusat Perubatan Universiti Malaya

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi

Hari ini saya akan bercerita kisah saya melahirkan anak yang ketiga di PPUM pada tahun 2010, masa tu masih dibangunan lama. Apa kelas bersalin di PPUM? Beranak kat hospital swasta kan lagi best, ia akan jadi best kalu free dan ditanggung oleh company tempat anda/suami berkerja :) 3 kali bersalin 3 hospital yang berlainan dan 3 pengalaman yang berlainan dan ketiga-tiganya adalah secara ceaserian. Anak pertama di hospital kerajaan, anak kedua dihospital swasta yang femes kat Shah Alam dan yang ketiga di PPUM. Pendekata dah rasa pengalaman bersalin kerajaan, swasta dan semi kerajaan.

Saya suka nak berkongsi pengalaman bersalin di PPUM kerana suka dengan suasana mereka menyokong penyusuan susu ibu. Masa mengandung anak yang ketiga memang dah tekad nak bagi susu ibu sepenuhnya dan sampai sekarang umur dia dah 2 tahun 6 bulan masih menyusu dengan saya. Dah beberapa kali "mesyuarat" dengan dia nak bercerai susu tapi masih belum berjaya :)

Saya start check up di PPUM apabila umur kandungan masuk 7 bulan. Sebelum ni check up di hospital swasta di Shah Alam, sebab apa? Sebab bercinta woo nak drive dari Shah Alam ke PPUM (kesian kat husband yang drive). Since dah tau nak check up kat PPUM, kita boleh mintak tolong dengan gynae/doktor yang kita jumpa sebelum ni untuk buat surat sokongan dan bagi yang check up di klinik kerajaan bawa buku merah. Masa nak daftar di PPUM bawak siap2 surat sokongan/ buku merah dan duit RM500 untuk booking kalu anda staff kerajaan bawa GL.

Biasala rutin check up bp, check urin, darah, minum air gula, amik darah lagi sebab masa ni dah masuk 7 bulan biasanya setengah hari jugak la check up ibu2 mengandung ni. Bosan menunggu? Bacala buku ke, majalah ke, berzikir ke, jangan membuang masa. Di PPUM setiap kali check up kita akan jumpa doktor yg berlainan ada yang peramah, ada yang garang it's ok kita bersangka baik je dengan mereka kalu garang tu agaknya dah penat melayan kerenah pesakit teringat plak Grey Anatomy's dah season 9 ya sekarang ni :)

Masa dalam rutin check up ibu dan bapa perlu menghadiri kelas penyusuan, kat sini nurse akan ajar A-Z secara ringkas cara2 penyusuan yang betul , nak tau detail sila google, sekarang ni ada ramai kaunselor laktasi yang boleh terangkan cara2 penyusuan. Bila kita dah tekad nak menyusukan anak mesti kita nak cari ilmukan, saya dah anak yang ketiga dan berumur 35 tahun masa tu gigih mencari ilmu penyusuan, anak pertama dan kedua memang menyusu tapi sampai umr 1 tahun je, ya memang ada orang yang Allah kurniakan segala2nya mudah untuk dia menyusukan anaknya tapi bagi yang kurang ilmu penyusuan macam saya, saya akan cari segala info yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu samada dari internet, buku atau majalah keibubapaan. Dan yang dah terer menyusukan anak tu jangan la pulak memperlekehkan mereka yang tidak menyusukan anak. Ok sambung balik nurse akan ajar juga teknik marmet atau memerah dengan tangan, teknik ni kalu salah cara boleh menyebabkan melecet dan of coz sakit, bila sakit kita stress, baby pun stress dan bila stress susu pun merajuk nak keluar. Lagi 1 tips yang nurse bagi tau mintak tolong husband/mak untuk urut dibelikat belakang kita sebab kat situ ada urat2 yang membantu mengeluarkan susu.

Saya memang confirm kena cser, doktor dah bagi tarikh untuk saya menyerah diri, admit hospital sehari sebelum cser keesokkan harinya. Ok hari yang nak kena cser tu hari Jumaat, dup dap dup dap mulalah serba tak kena haha walaupun dah kali ketiga risau tu tetap ada, masuk bilik ot beberapa minit lepas tu di cucuk bius kat tulang belakang dan tak lama lepas tu perut dibelah, Alhamdullilah dengar tangisan anak yang hui kuatnya suara anak aku ni hahah bergema dalam bilik ot, selepas itu nurse bawak baby dan tunjukkan depan saya, sesi perkenalan, terus bagi baby menyusu dengan saya sambil nurse pegangkan baby, masa tu perut saya masih dijahit oleh doktor. Senyap Maisarah ya dekat dengan mommy, nurse bawak je ke tempat lain terus meraung balik, sampai sekarang tak boleh berjauhan dengan mommy :P



Ok selepas kembali ke wad, baby terus stay sebelah kita. Bagi yang dah pernah cser u all tau kan hari pertama mmg kita masih tak boleh bergerak sbb masih bius lg, kat sini saya dah risau macam mana kalu baby menangis nak menyusu sape nak tolong, kalu masa husband/mak ada boleh la tolong kita amik baby dan letakkan sebelah kita kalu depa dah balik? kat sini saya puji nurse2 di PPUM yang memang banyak menolong, mungkin ada yang pengalaman berbeza tapi pengalaman saya mereka banyak membantu, dengan syarat kita bersangka baik dengan mereka walaupun kita sakit, serba tak selesa tapi cuba berikan senyuman pada mereka, mereka pun happy nak menolong walaupun itu tanggungjawab mereka. Saya takde pengalaman dalam labour room PPUM so no komen ya :)

Selepas 4 hari 3 malam so dah boleh pulang, perjalanan sebagai ibu 3 anak pun bermula. Bila umur dah 35 tahun badan akan cepat penat, bila kita penat kita akan stress, bila stress akan terganggu proses penyusuan. Tercari-cari produk yang sesuai. Jeng jeng masa ni lah terbuka hati untuk mencuba produk Shaklee, terus jatuh cinta dengan Shaklee dan berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua. Shaklee ni bukan untuk penyusuan sahaja tapi semua orang boleh makan Shaklee untuk kesihatan yang optimum. Sekian perkongsian saya :)

Testimoni Vitamin Menyusu

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi, selamat berpuasa utk mereka yg berpuasa sunat hari ini.


Jom kita baca testimoni mereka yg istiqamah dengan set menyusu Shaklee.

Semasa melahirkan anak pertama, saya cuma dapat exclusive breastfeed sehingga usianya 8bulan sahaja. Sangat sedih bila susu merudum gara2 letih,lesu,tidak bertenaga selepas kembali kerja. Jadual mengepam pula tidak konsisten dan mengakibatkan stress yang melampau. Kini setelah melahirkan anak kedua,saya jadikan pengalaman lalu mengajar untuk lebih bersedia fizikal dan mental. Ini kerana nawaitu saya ingin exclusive breastfeed sehingga usianya 2tahun InsyaAllah. Sy sediakan diri saya utk kekal sihat dan bertenaga dan mula mengambil produk Shaklee ( ESP dan ALFALFA) sebagai permulaan setelah melahirkan. Saya dpt rasakan perubahan apabila consume produk ni. Saya lebih bertenaga dan cergas sepanjang tempoh berpantang hingga kini..Dan Alhamdulillah sejak minggu pertama pantang,sy mula consistent untuk buat stok susu anak. Doa banyak2 agar sentiasa murah rezeki anak2..Amalkan cara hidup sihat dan pemakanan yg sihat..Consistent consume supplement dan mengepam. InsyaAllah..saya cuba beri terbaik untuk anak sy sehingga usianya 2tahun.InsyaAllah. Bila badan sihat,hati tenang, kita confident. Jom Shaklee 


Credit to Nana Raihana

Vitamin Untuk Sakit Sendi


Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dengan berikut

Menyokong keselesaan sendi
Membantu mengekalkan tulang rawan
Memelihara tisu penyambung yang sihat

Sesuai dihadiahkan untuk ibubapa tersayang  Atau mereka yang sering bersukan.

Faedah Dan Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee



ESP atau Energizing Soy Protein merupakan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan yang lengkap

* ESP bukan GMO (organisma tidak diubah suai secara genetik)
* Rendah lemak secara semulajadi
* Bebas kolesterol
* Protein lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu

Sebagai sebahagian daripada diet seimbang, protein soya

* Membantu membina otot, kulit dan hormon
* Menyumbang makanan yang sihat kepada sistem imun
* Menyokong diet dengan kolesterol sihat
* Menyediakan nutrien yang penting bagi menyokong kesihatan prostat
* Mengandungi soya isoflavones yang membantu mengurangkan rasa panas 
berpeluh dikala waktu hampir putus haid dan juga kesihatan payudara.

ESP sesuai diambil seisi keluarga.

Set Bersalin Shaklee Boleh Kurus

Ada sesetengah ibu yang tidak menitikberatkan tentang berat badan terutamanya semasa dalam pantang, persoalannya adakah keadaan ini akan menyukarkan penurunan berat badan yang diinginkan?

Setiap ibu perlu menjaga pemakanan waktu pantang dan menyusukan anak secara eksklusif  untuk mencapai target berat badan yang diidamkan. Penurunan berat badan yang maksimum selepas bersalin adalah 0.5kg seminggu. Pemakanan sewaktu pantang perlu kaya dengan zat besi, kalsium dan protein, pada masa yang sama rendah lemak dan tinggi serat. Cuba elakkan makanan ringan yang tidak sihat atau makanan manis untuk elakkan pengambilan kalori tanpa zat.

Antara vitamin Shaklee yang dicadangkan semasa berpantang ialah Vitalea, B Complex, Zinc, Vitamin C, ESP Soy Protein dan Ostematrix.


Gambar ihsan google

Jom kita baca kelebihan setiap vitamin untuk Set Bersalin Shaklee ni :)

Vitamin B Complex Shaklee

B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan dikalangan masyarakat melayu. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Oleh itu ibu akan lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan sebab itu ibu-ibu yang mengamalkan B Complex sering mendapat pujian selepas habis pantang kelihatan berseri-seri.

Vitalea atau Multivitamin dengan zat besi

Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi semasa pantang kerana diet yang ketat (makanan dalam pantang). Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin. Ibu yang kekurangan vitamin akan kelihatan letih, pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C

Fungsinya ialah untuk menyembuhkan luka jahitan dan membaikpulih tisu yang rosak selepas bersalin. Ia juga berperanan sebagai imun sistem, melindungi tubuh. Seksa tau kalau kena selsema semasa berpantang. Vitamin C juga berperanan membentuk kolagen dan kecantikkan kulit.

Zinc

Penting untuk membaik pulih luka jahitan dan dalaman. Disamping itu bagi ibu-ibu yang selalu mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin, Zinc boleh membantu.


ESP Shaklee merupakan sumber protein yang terbaik dan ia juga boleh memekatkan susu ibu.

Ostematrix Shaklee membantu ibu yang sering mengalami sembelit semasa dalam pantang, disamping itu ia juga membekalkan kalsium kepada ibu.

Hanya berikan yang terbaik untuk badan kita. Berminat untuk sihat dan cergas semasa berpantang? Boleh email saya dengan segera :)

Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Vitamin Tambahan Untuk Kanak-Kanak


PROMOSI BULAN JUN




BELI MEALSHAKES 6 FREE 1. EMAIL SAYA LAJU-LAJU

Ibu-ibu yg ada masalah nak menelan pil boleh tukar ke Mealshakes yg sewangi vanilla. Anak2 yg cerewet makan, ada masalah sembelit juga boleh minum Mealshakes. Yg nak kulit cantik pun blh minum Mealshakes. Jom pakat ramai2 beli Mealshakes, blh share dgn member sebelah, jiran sebelah, adik beradik :)