Omega Guard Shaklee - Asid Lemak Penting Yang Diperlukan Oleh Tubuh



Hari ini saya bercerita tentang Omega Guard Shaklee bagaimana  peranan dia sebagai asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh kita.


Asid lemak Omega 3 (EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan  untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu menadapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid lemak Omega 3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat. juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi , asid lemak Omega 3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung

Peranan penting asid lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi 1 kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega 3 mampu mengurangkan risikopenyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat

Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi kompenen sel-sel pada sistem saraf pusar dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat

Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh, Apabila sesendi bergeser, lemak Omega 3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.


Ramai yang telah mendapat manfaat daripada kebaikan Omega Guard Shaklee, anda bila lagi? Omega Guard Shaklee sesuai diambil oleh pelajar, ibu mengandung dan menyusukan serta orang tua.
  




Labels: ,