Pusat Perubatan Universiti Malaya

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi

Hari ini saya akan bercerita kisah saya melahirkan anak yang ketiga di PPUM pada tahun 2010, masa tu masih dibangunan lama. Apa kelas bersalin di PPUM? Beranak kat hospital swasta kan lagi best, ia akan jadi best kalu free dan ditanggung oleh company tempat anda/suami berkerja :) 3 kali bersalin 3 hospital yang berlainan dan 3 pengalaman yang berlainan dan ketiga-tiganya adalah secara ceaserian. Anak pertama di hospital kerajaan, anak kedua dihospital swasta yang femes kat Shah Alam dan yang ketiga di PPUM. Pendekata dah rasa pengalaman bersalin kerajaan, swasta dan semi kerajaan.

Saya suka nak berkongsi pengalaman bersalin di PPUM kerana suka dengan suasana mereka menyokong penyusuan susu ibu. Masa mengandung anak yang ketiga memang dah tekad nak bagi susu ibu sepenuhnya dan sampai sekarang umur dia dah 2 tahun 6 bulan masih menyusu dengan saya. Dah beberapa kali "mesyuarat" dengan dia nak bercerai susu tapi masih belum berjaya :)

Saya start check up di PPUM apabila umur kandungan masuk 7 bulan. Sebelum ni check up di hospital swasta di Shah Alam, sebab apa? Sebab bercinta woo nak drive dari Shah Alam ke PPUM (kesian kat husband yang drive). Since dah tau nak check up kat PPUM, kita boleh mintak tolong dengan gynae/doktor yang kita jumpa sebelum ni untuk buat surat sokongan dan bagi yang check up di klinik kerajaan bawa buku merah. Masa nak daftar di PPUM bawak siap2 surat sokongan/ buku merah dan duit RM500 untuk booking kalu anda staff kerajaan bawa GL.

Biasala rutin check up bp, check urin, darah, minum air gula, amik darah lagi sebab masa ni dah masuk 7 bulan biasanya setengah hari jugak la check up ibu2 mengandung ni. Bosan menunggu? Bacala buku ke, majalah ke, berzikir ke, jangan membuang masa. Di PPUM setiap kali check up kita akan jumpa doktor yg berlainan ada yang peramah, ada yang garang it's ok kita bersangka baik je dengan mereka kalu garang tu agaknya dah penat melayan kerenah pesakit teringat plak Grey Anatomy's dah season 9 ya sekarang ni :)

Masa dalam rutin check up ibu dan bapa perlu menghadiri kelas penyusuan, kat sini nurse akan ajar A-Z secara ringkas cara2 penyusuan yang betul , nak tau detail sila google, sekarang ni ada ramai kaunselor laktasi yang boleh terangkan cara2 penyusuan. Bila kita dah tekad nak menyusukan anak mesti kita nak cari ilmukan, saya dah anak yang ketiga dan berumur 35 tahun masa tu gigih mencari ilmu penyusuan, anak pertama dan kedua memang menyusu tapi sampai umr 1 tahun je, ya memang ada orang yang Allah kurniakan segala2nya mudah untuk dia menyusukan anaknya tapi bagi yang kurang ilmu penyusuan macam saya, saya akan cari segala info yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu samada dari internet, buku atau majalah keibubapaan. Dan yang dah terer menyusukan anak tu jangan la pulak memperlekehkan mereka yang tidak menyusukan anak. Ok sambung balik nurse akan ajar juga teknik marmet atau memerah dengan tangan, teknik ni kalu salah cara boleh menyebabkan melecet dan of coz sakit, bila sakit kita stress, baby pun stress dan bila stress susu pun merajuk nak keluar. Lagi 1 tips yang nurse bagi tau mintak tolong husband/mak untuk urut dibelikat belakang kita sebab kat situ ada urat2 yang membantu mengeluarkan susu.

Saya memang confirm kena cser, doktor dah bagi tarikh untuk saya menyerah diri, admit hospital sehari sebelum cser keesokkan harinya. Ok hari yang nak kena cser tu hari Jumaat, dup dap dup dap mulalah serba tak kena haha walaupun dah kali ketiga risau tu tetap ada, masuk bilik ot beberapa minit lepas tu di cucuk bius kat tulang belakang dan tak lama lepas tu perut dibelah, Alhamdullilah dengar tangisan anak yang hui kuatnya suara anak aku ni hahah bergema dalam bilik ot, selepas itu nurse bawak baby dan tunjukkan depan saya, sesi perkenalan, terus bagi baby menyusu dengan saya sambil nurse pegangkan baby, masa tu perut saya masih dijahit oleh doktor. Senyap Maisarah ya dekat dengan mommy, nurse bawak je ke tempat lain terus meraung balik, sampai sekarang tak boleh berjauhan dengan mommy :P



Ok selepas kembali ke wad, baby terus stay sebelah kita. Bagi yang dah pernah cser u all tau kan hari pertama mmg kita masih tak boleh bergerak sbb masih bius lg, kat sini saya dah risau macam mana kalu baby menangis nak menyusu sape nak tolong, kalu masa husband/mak ada boleh la tolong kita amik baby dan letakkan sebelah kita kalu depa dah balik? kat sini saya puji nurse2 di PPUM yang memang banyak menolong, mungkin ada yang pengalaman berbeza tapi pengalaman saya mereka banyak membantu, dengan syarat kita bersangka baik dengan mereka walaupun kita sakit, serba tak selesa tapi cuba berikan senyuman pada mereka, mereka pun happy nak menolong walaupun itu tanggungjawab mereka. Saya takde pengalaman dalam labour room PPUM so no komen ya :)

Selepas 4 hari 3 malam so dah boleh pulang, perjalanan sebagai ibu 3 anak pun bermula. Bila umur dah 35 tahun badan akan cepat penat, bila kita penat kita akan stress, bila stress akan terganggu proses penyusuan. Tercari-cari produk yang sesuai. Jeng jeng masa ni lah terbuka hati untuk mencuba produk Shaklee, terus jatuh cinta dengan Shaklee dan berkongsi kebaikan Shaklee kepada semua. Shaklee ni bukan untuk penyusuan sahaja tapi semua orang boleh makan Shaklee untuk kesihatan yang optimum. Sekian perkongsian saya :)

Labels: ,