Create Your Own Success - Shaklee

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menambah pendapatan dengan grup saya melalui perniagaan Shaklee. Saya tidak menjanjikan bulan bintang, anda berusaha dengan keras anda akan dapat hasilnya, tidak mustahil anda menggapai 2,3,4,5 atau 6 angka sebulan sekalipun. Bersesuaian dengan tajuk "Create Your Own Success". Saya sendiri makan Shaklee sudah merasai kebaikan Shaklee dan bagaimana Shaklee mengubah kehidupan saya dan keluarga kepada lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan kami.

Saya pasti ramai diantara kita ingin luangkan lebih masa bersama keluarga, bercuti mengelilingi dunia, membantu orang lain, menikmati kehidupan yang lebih sihat, pendapatan yang lebih, melangsaikan hutang dan bebas membuat pilihan sendiri. Dengan menyertai grup saya anda mampu miliki perniagaan anda sendiri, keupayaan untuk mencapai pendapatan tanpa had, luaskan pengetahuan dan pengalaman, anda akan rasa gembira dengan membantu orang lain serta gaya hidup yang menarik.

Mengapa Shaklee begitu istimewa dihati saya? Kerana ia merupakan syarikat pemasaran rangkaian paling lama beroperasi  lebih 50 tahun, ia juga merupakan perintis produk pemakanan tambahan, lebih USD250 (RM950 juta) dilaburkan untuk penyelidikan dan pembangunan serta kajian klinikal, lebih 83,000 ujian kualiti produk tahunan, lebih 100 kajian klinikal secara penilaian setara diterbitkan juga memegang 45 paten produk.

Diantara individu yang menggunakan produk Shaklee ialah

Mt Everest - Rakyat Amerika pertama mendaki tanpa oksigen
Voyager - penerbangan keliling dunia tanpa henti yang pertama
Tiga ekspedisi kutub oleh oleh Will Steger yang telah memecah rekod
Gary Hall, Jr - Pemenang pingat emas olimpik bagi acara gaya bebas 50 meter untuk kali ketiga berturut-turut.
Mohd Ibrahim Haji Azman - tersenarai dalam Malaysia Book of Records untuk berbasikal secara solo tanpa henti paling lama

Dan yang paling istimewa adalah suami saya sendiri yang merasai  pengalaman Kembara Bumi Suci perjalanan darat dari Malaysia ke Mekah selama 54 hari melalui 12 buah negara dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi dan pacuan 4 roda, purata perjalanan sehari sejauh 500km offroad dengan melalui pelbagai bentuk muka bumi, perubahan cuaca yang mendadak -5*C, altitud yang tidak menentu di dataran steppe Tibet, padang pasir yang sejuk Taklamakan Gobi China, gurun panas Makhachkala Russia dan Jordan. Dengan pemakanan shaklee yang konsisten beliau berjaya mengharungi semua cabaran, Alhamdullilah.

Dengan permulaan modal serendah RM75 seumur hidup anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri dengan tiada pelaburan besar, tiada risiko pelanggan, tiada pengalaman diperlukan, tiada inventori dan paling istimewa anda akan dibimbing secara eksklusif sehingga berjaya. Sesiapun boleh menjalankan perniagaan Shaklee samada anda seorang surirumah, pelajar, mereka yang bekerja sepenuh masa atau anda sudah bersara dari kerjaya anda. Anda berpeluang menikmati 3C iaitu Cash, Car dan Convention.

Berminat menyertai perniagaan Shaklee bersama-sama dengan saya? Sila email  arnisyazila@gmail.com.

Vitamin Awet Muda


Apakata Raya kali ini anda hadiahkan ibubapa tersayang dengan Vivix selain dr kuih raya atau kelengkapan Raya yang lain.

Assalamualaikum semua pengguna shaklee. saya nak share testimoni VIVIX Shaklee! 2 minggu lepas ibu saudara saya berusia 45 tahun beli Vivix daripada saya. Selepas 2 minggu mengamalkannya dia beritahu yang dia semakin cergas, sakit kaki pun makin berkurang, selera makan pun berkurang dan paling best kulit dia semakin lembut. :)

Ibu mertua saya pula ambil Omega guard dan Ostematrix, semalam dia beritahu saya kaki dan bahu dia dah tak sakit lagi :) Alhamdulillah...

Credit to Wan Faizatul Atiqah Ismayatim


Vitamin Untuk Orang Rabun


Hasil makan secara konsisten Carotomax, B complex dan ESP secara konsisten, selain untuk mengurangkan rabun bonusnya ialah kulit semakin cantik.

Peranan carotomax ialah sebagai anti penuaan, muka sy ni dulu berlubang2 gak,, selepas ambil alhamdulilah dh kurang.. then sy ni rabun.. skunk tiada lagi spec untuk sy...



Vitamin Untuk Jantung Lebih Sihat


Baru-baru ini Shaklee telah mengeluarkan 1 produk baru yang dikenali sebagai CoQHealth Plus untuk membantu jantung lebih sihat dan bertenaga.


Apa itu Koenzim Q10?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga diperingkat mitokondria, bahagian sel yang berfungsi mengeluarkan tenaga dalam bentuk ATP. Menyedari peranan CoQ10 dalam pengeluaran tenaga diperingkat sel, tidak hairanlah kita mendapatinya kandungan CoQ10 lebih tertumpu dibahagian yang memerlukan tenaga lebih banyak terutama dibahagian jantung, sistem imun, hati dan buah pinggang.

Mereka yang mengalami sakit jantung didapati mempunyai tahap CoQ10 yang rendah disel-sel otot jantungnya. Kajian mencadangkan yang CoQ10 dapat menguatkan otot-otot jantung , menyokong kapisiti degupan jantung dan memperbaiki pengedaran darah keseluruh tubuh.

CoQ10 juga berfungsi sebagai agen antioksidaan kuat dimana ia melindungi membran sel daripada ancaman radikal bebas. CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipo protein berkepekatan rendah (LDL) dan menyokong fungsi saluran kapilari darah.

Istimewanya Shaklee CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan minyak kacang soya bagi bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat 

* Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung

* Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL

* Meningkatkan peredaran darah 

* Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.



Vitamin Untuk Sembelit


Perut anda sering kurang lawas? Angin naik kepala, rasa mual apa kata anda cuba set ini

Salam sy nak share sesuatu mengenai lecithin,alfalfa serta herb -lax. Dahulunya sy Mmg mengalami mslh sembelit dan kadang -kadang keluar drh ketika buang air besar. Walaupun sy minum byk air,mkn buah tp x jalan jgk. Kpala jadi pening,dah 3hari bru dpt ke tandas.namun setelah sy mencuba lecithin Dan alfalfa, sy dpt buang air setiap Hari. Skang ni plk mkn herb -lax. Makin lawas jdnye walaupun ketika puasa ni. Berat pun nkin kurang. Best Sgt shaklee ni!

Credit to Mas NeZa Omar

Testimoni Vitamin Untuk Pesakit Gastrik


Ramai juga yang mengalami gastrik semasa bulan puasa ni, apakata  anda baca testimoni yang berjaya mengurangkan sakit gastrik beliau.

Nak Share Pengalaman saya sendiri mengenai GASTRIK yg dah wujud dlm badan saya sejak berusia 10 tahun..

Ingat lagi masa tu muntah teruk.Berlarutan selama 4 hari diikuti dgn demam.Hanya Allah sahaja yg tau sakit pedih lemah nya mcmana.

Sel...ama 20thn Gastrik on off on off...dan paling saya pasti, Ulu hati saya sentiasa pedih. oleh sbb dah selalu sgt sakit n pedih ulu hati jadi saya dah tak kisah dah pasal tu.mkn ubat kejab elok kejab pedih balik..

Itu dulu,
Tanggal 20hb July 2012.sehari sebelum puasa aritu.saya admit di KPJ Kajang utk buat ujian scop (masuk kamera dlm perut)..bunyi mcm gerun kan. tapi ok je.
Doktor sah kan perut saya ada tompok2 merah yang bnyk.Mcm melecet. Sekiranya di biarkan boleh jadi Ulser.

Tapi sekarang tidak lagi.saya amalkan minum esp+mealshake+PD setiap sahur dan sblm tido..alhamdulillah..pedih perut semakin beransur hilang..dan saya rasa puasa kali ini lebih bermakna.Saya rasa lebih bertenaga juga..Syukur kepada Allah yang telah menemukan saya dgn SHaklee.

Saya menjalani ibadah Puasa kali ini tanpa rasa sakit pun seperti puasa2 sblm ni. Alhamdulillah.

Saya akui Saya hanya Berikhtiar.. Selebih nya Saya serahkan pada Allah dan bertawakal kepada Nya..insyaAllah..See More

Credit to SufiahNoor Nordin

Testimoni Ibu Menyusu Dan Berat Turun

Bagi mereka yang masih menyusukan bayi dan dalam masa yang sama ingin turunkan berat badan, boleh ambil ESP, Alfalfa dan Omega Guard. Berikut testimoni yang berjaya.


** Sblm tahu sy preg first baby in d middle 2010..berat sy mmg menten 60-64kg (which suits my height 168cm according to BmI).


Masa preg tu berat reach 80kg dgn jayanya..pas bsalin..adela turun sket smpai 74 kg..konon nk turun lagi tp harapan.... Naik sampai 81kg lagi ada..hmm menten berat tu turun naik sket smpau middle 2012 preg Adelia..


Time tu tekad nk kurus balik n mmg konsisten amek Shaklee dr jan 2013 sbb nk fokus susu bdn..hihi..susu badan meriah.Alhamdulillah..berat pun turun dgn baik dan sihat.. Lepas bsalin Adelia,berat sy 76kg..now..i manage to get 68kg healthyly.. Few kgs more to reduce sampai ke berat asal2 sblm preg Ammar..


Yang penting..konsisten,yakin..nekad..ikut cara sihat yg betul..minum air dgn banyak..insyaAllah..boleh turun berat dgn jayanya...still byk nk kene turun..n target by this coming raya boleh turun smpai 64 or 65kg.. Caiyok..!


Credit to Nana Raihana.

Testimoni Set Slimming Ibu Yang Menyusukan Anak


Bagi ibu2 yang masih menyusu dan ingin menurunkan berat badan, anda boleh baca pengalaman testimoni set ESP, Alfalfa dan Lecithin.

Salam...jika sebelum ni kita share pasal set berpantang, now kite nk share lak set slimming ni... Superb kan..kite xpenah sangka yang kite bleh turunkan berat kite balik..20kg!!! MEMEY TERBAIK!!! Kite consume amek ESP, ALFAFA, N LECHITIN.... Kite teruja laaaa...dah la berat turun, lebih dari zaman b4 preggy, susu pon meriah...kulit pon cantek..n banyak lagila..yg penting cam kite cakap dulu, SHAKLEE MEMEY BESH!!

P/S: Rugi lau xcube!!

Credit to Noor Akilla Salleh


Makanan Yang Dielakkan Semasa Berpantang Ceaserian

Saya melahirkan ketiga-tiga anak secara ceaserian, pelbagai cerita yang menakutkan jika tidak menjaga pemakanan semasa dalam pantang, ada jahitan yang terbuka, perut berair, luka tidak sembuh semua ini menyebabkan saya sentiasa berhati-hati dan menjaga pemakanan semasa dalam pantang supaya proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Untuk perkongsian kita bersama, antara makanan yang kita boleh elakkan semasa dalam pantang terutama mereka yang bersalin secara ceaserian ialah

Sayur-sayuran dan tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, sayuran kekacang, timun, labu, petola yang boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. Biasanya di dalam pantang saya akan makan sayur sawi yang direbus sahaja dan dilebihkan bawang putih.

Buah-buahan yang perlu dielakkan ialah seperti tebu, belimbing, segala jenis pisang yang juga boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Biasanya penyakit ini dikenali sebagai arthritis dan rheumatisme. Buah oren Sunkist boleh digalakkan makan tetapi ada sesetengah ibu yang tidak boleh sebabnya perut akan menjadi sebu. Rasa sikit dahulu kalau badan rasa lain macam lebih baik berhenti.

Sesetengah orang suka makan ikan masin atau ikan kering dalam pantang, tahukah anda selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Untuk pengetahuan semua ada yang bertanyakan saya, jika bersalin secara ceaserian adakah darah nifas masih keluar? Ya, darah nifas masih keluar sebagaimana mereka yang bersalin normal :)

Ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari sembilang dan parang, perlu dielakkan dikhuatiri boleh menyebabkan bisa pada pintu rahim. Sebaiknya ikan haruan segar menjadi pilihan semasa di dalam pantang, memandangkan ikan haruan sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran agak payah untuk mencari di bandar2 besar mungkin anda boleh google atau survey di mana tempat yang sentiasa ada menawarkan ikan haruan. Saya akan syer menu masakan ikan haruan untuk next entry :)

Manakala ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut boleh menyebabkan kegatalan kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah...ouchh ni antara kebimbangan saya semasa dalam pantang. Selain ikan haruan, ikan jenahak dan ikan merah biasanya saya akan makan selepas hari ke 20 atau 3 minggu selepasa bersalin.

Ayam biasa atau ayam bandar serta telur ayam perlu dielakkan sehingga 44 hari bersalin, tipsnya ialah makan secara sikit-sikit dahulu selepas 2 jam tengok ada sebarang perubahan atau tidak seperti tempat pembedahan terasa gatal atau tidak, jika ok anda boleh teruskan makan macam biasa itupun perlu berhati-hati.

Lebihkan pengambilan air masak suam semasa berpantang kerana jika kekurangan cecair badan boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman. Selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada peparu, air kencing. luka dan darah beku dalam kaki. Bila minum banyak air anda akan kerap buang air kecil supaya kuman dapat dikeluarkan dari badan. Bagi mereka yang ceaserian sangat seksa untuk bangun baring, ada caranya untuk bangun supaya luka pembedahan tidak terlalu sakit. Minum air yang banyak juga bagus untuk ibu yang menyusukan bayi. Ibu perlu elakkan air berais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu dan teh kerana ia boleh menyebabkan angin dalam badan serta kembung perut.

Cuba elakkan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Ibu dalam pantang digalakkan makan makanan yang direbus, kukus dan panggang lebihkan bawang putih dan lada hitam supaya badan sentiasa panas dan ringan juga buang angin dalam badan.

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu bersalin.

Pengambilan makanan seimbang penting untuk proses penyembuhan luka dalaman dan  luaran selepas melalui pembedahan. Proses penyembuhan luka memerlukan vitamin, zat dan protein yang cukup untuk mengembalikan tubuh sihat dan cergas kerana ibu yang bersalin juga perlukan tubuh yang sihat bagi menyusukan bayi mereka.

Bagi mereka yang mencari set ibu berpantang dengan harga yang berpatutan boleh hubungi saya.

Mencari Menu Berpantang Caeserian, boleh klik Menu Berpantang


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu bagi mereka yang ada




Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.



Sembelit Dalam Pantang



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



Kitaran Haid Yang Tidak Teratur



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Selalu Letih Dan Lesu


Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on
Vimeo.


Hilangkan Parut Chicken Pox



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Anemia Semasa Hamil



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Sering Mengalami Gastrik




Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Ibu Yang Panik Nak Tambah Susu Badan



Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.



Anak Premature, boleh tengok video ini



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anak yang kurus keding dan selalu tidak sihat, boleh tengok video ini



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Ibu Yang Menyusu, boleh tengok video ini







Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Salam Ramadhan


Assalammualaikum Dan Selamat Pagi,

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah.





Gambar ihsan google


Promosi GLA Shaklee


Rakan-rakan cepat-cepat ya grab GLA Shaklee beli 6 free 1. GLA bukan sahaja untuk wanita malah lelaki pun boleh makan takde masalah :) 

Antara khasiat GLA Shaklee ialah

Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu menangani ekzema
Membantu meningkatkan kesuburan
Menguatkan imuniti tubuh
Melegakan PMS (Sindrom Pre haid)
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mambantu dalam menangani menopaus
Mangawal kolesterol
Menguatkan rambut dan kuku
Untuk fungsi saraf
Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Memperlahankan proses penuaan


Berminat? Jom order dengan saya




Vitamin Ibu Menyusu Di Bulan Puasa

Belum terlewat bagi sesiapa yg nak order set menyusu semasa bulan puasa. InshaaAllah set ini boleh membantu ibu yang menyusu. Ikuti kisah testimoni daripada seorang suami yang melihat keberkesanan set ini kepada isteri beliau.

KISAH IBU MENYUSU YANG BERPUASA

Tahun lepas, first time isteri saya puasa sambil menyusukan anak sulung kami.

Sangat mencabar!

Jam 4 petang dah tak larat nak buat apa2. Ada beberapa kali tu, saya balik kerja, isteri dah terbaring atas lantai depan pintu.

Memang kesian sangat...

9 hari tak dapat nak puasa sebab memang tak larat!

Itu kisah tahun lepas...

Tahun nih isteri kena ganti puasa. 9 hari tu!

Masa mengandung aritu lupa nak ganti puasa. Terpaksa lah ganti puasa walaupun tengah menyusukan anak kedua. Sambil2 tu kena layan anak sulung kami yang suka main kat luar.

Alhamdulillah tahun nih isteri saya mengamalkan Shaklee untuk berpuasa. Sahur simple jer. Performance Drink + Energizing Soy Protein + Kurma.

Hari pertama puasa ganti, saya terkejut tengok isteri saya!

Jam 7 petang masih mampu dukung anak jalan2 depan rumah padahal waktu siang teman anak sulung main di luar. Kadang2 main tengah panas terik.

Terima kasih Shaklee!

Alhamdulillah isteri saya boleh berpuasa sambil terus bertenaga dari sahur sampai ke berbuka!
- Firdaus Azizi, Terengganu

Tips Memilih Baju Untuk Bayi

Sudah menjadi trend masa sekarang menjelang nak puasa mesti ibu bapa akan siap-siap shopping baju raya anak-anak, bagi mereka yang baru mendapat cahayamata lagi teruja melihat pelbagai warna dan design terbaru sentiasa melintas di facebook masing-masing :)

Kali ini saya akan berkongsi tips untuk memilih baju bayi, bukan hanya corak dan warna baju yang harus dititikberatkan dalam memilih pakaian untuk bayi anda. Sebaik-baiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan, jenis fabrik yang membolehkan bayi anda menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberi keutamaan, Jika boleh elakkan daripada menggunakan serbuk biologi atau pelembut pakaian ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam memilih baju yang sesuai.



Jenis Fabrik

Pilihan pakaian jenis kain kapas (100 peratus kapas)

Berleher Lebar

Cari pilihan pakaian yang berleher lebar supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya.

Butang

Baju yang mempunyai butang dibahagiab hadapan baju sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi. Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Saiz

Baju bayi tidak boleh ketat. Pilihan yang longgar memudahkan bayi memakainya dan mengelak daripada peluh yang boleh menyebabkan ruam pada kulitnya.

Vitamin Untuk Kesuburan

GLA SHAKLEE PROMOSI BELI 6 FREE 1 BOTOL


Testimoni yang berjaya dengan set kesuburan Shaklee dan mengalami masalah period yang tidak teratur.



As salam, ingin b’kongsi KEGEMBIRAAN member satu opis ni 
, dia dah 6 tahun berkahwin dan 2 kali keguguran PUNCANYA adalah CYSTS, CYSTS ni dapat di kesan dgn saiz 9.7cm Alhamdulillah selepas 6 bulan CYSTS mengecil dan terus mengecil dan kini CYSTS tu dah tiada ZERO (0), AJAIBKAN Berkat pengambilan 2 botol GLA secara konsistant dan juga mengamalkan DIET KARBOHIDRAT.Sekarang member dah pregnant 5 minggu, Happy sangat-sangat. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Member ngn baby sihat dan selamat, tak sabar Abg HAKIMI & Adik AMANY nk tunggu kawan baru ni dijangka pertengahan hujung tahun ni .

Credit to Maa Nuar Kimi