Tips Memilih Baju Untuk Bayi

Sudah menjadi trend masa sekarang menjelang nak puasa mesti ibu bapa akan siap-siap shopping baju raya anak-anak, bagi mereka yang baru mendapat cahayamata lagi teruja melihat pelbagai warna dan design terbaru sentiasa melintas di facebook masing-masing :)

Kali ini saya akan berkongsi tips untuk memilih baju bayi, bukan hanya corak dan warna baju yang harus dititikberatkan dalam memilih pakaian untuk bayi anda. Sebaik-baiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan, jenis fabrik yang membolehkan bayi anda menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberi keutamaan, Jika boleh elakkan daripada menggunakan serbuk biologi atau pelembut pakaian ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam memilih baju yang sesuai.



Jenis Fabrik

Pilihan pakaian jenis kain kapas (100 peratus kapas)

Berleher Lebar

Cari pilihan pakaian yang berleher lebar supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya.

Butang

Baju yang mempunyai butang dibahagiab hadapan baju sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi. Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Saiz

Baju bayi tidak boleh ketat. Pilihan yang longgar memudahkan bayi memakainya dan mengelak daripada peluh yang boleh menyebabkan ruam pada kulitnya.

Labels: