Vitamin Untuk Hamil - Folic Asid

Setiap kali mengandung ketiga-tiga orang anak saya, doktor akan membekalkan Folic Asid, masa ni tak kenal lagi vitamin Shaklee, kalau dah kenal of coz saya akan mengambil Shaklee. Bagi yang baru mengandung pasti ingin tahu kebaikan Folic Asid betul tak?

Kepentingan Folic Asid kepada wanita yang mengandung dapat mengurangkan risiko untuk mendapat bayi yang menpunyai masalah serius di otak dan saraf tunjangnya. Ia adalah penting untuk mengambil Folic Asid sebelum hamil kerana masalah ini terjadi di awal kehamilan - hanya tiga hingga empat minggu selepas perjaninan. Wanita memerlukan dalam 0.4mg Folic Asid setiap hari. Antara makanan yang mengandung Folic Asid ialah sayuran hijau, buah-buahan seperti oren dan pisang, susu, bijirin dan organ dalaman haiwan (seperti hati ayam).

Perbezaan B Complex Shaklee berbanding Folic Asid yang lain


Para saintis Shaklee telah mencipta asid Folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability ) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang ada dalam terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B  termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem percernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.



Labels: ,