Vitamin Untuk Jantung - CoQ Health Shaklee



CoQ Health Plus Shaklee Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga


Apa itu Koenzim Q10?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yanghadir secara semulajadi dan ditemui disetiap sel tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga di peringkat motikandria, bahagian sel yang berfungsi mengeluarkan tenaga dalam bentuk ATP. Menyedari peranan CoQ dalam pengeluaran tenaga diperingkat sel tidak hairanlah kita mendapatinya kandungan CoQ10 lebih tertumpu dibahagian yang memerlukan tenaga lebih banyak terutama di bahagian jantung, sistem imun, hati dan buah pinggang.

Mereka yang mengalami sakit jantung didapati mempunyai tahap CoQ10 yang rendah disel-sel otot jantungnya, Kajian mencadangkan yang CoQ10 dapat menguatkan otot-otot jantung, menyokong kapasiti degupan jantung dan memperbaiki pengedaran darah keseluruh tubuh.

CoQ10 juga berfungsi sebagai agen antioksidan kuat dimana ia melindungi membran sel daripada ancaman  radikal bebas. CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan  lipo protein berkepekatan rendah (LDL) dan menyokong fungsi saluran kapilari darah.

Keupayan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun seiring peningkatan usia. Walaupun pengambilan diet dapat membantu tahap CoQ10, jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan adalah kurang daripada 10mg sehari. Faktor-faktor lain seperti diet yang tidak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas seharian dan penggunaan ubat-ubatan seperti jenis dadah bagi mengurangkan tahap kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh. Maka pengambilan suplemen boleh menbantu untuk menyeimbangkan tahap nutrien yang penting ini di dalam tubuh.

Antara manfaat CoQ Health Shaklee ialah

Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
Meningkatkan peredaran darah
Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Bahan-bahan yang terdapat dalam CoQ Health Shaklee ialah



Bukan itu sahaja ia juga membuatkan anda kelihatan muda dari usia sebenar anda



Selain itu vitamin yang membantu anda kelihatan muda ialah vivix.



Petua Atasi Bengkak Susu

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi ada kemungkinan anda pernah mengalami bengkak susu, saya sendiri pernah mengalaminya dan demam serta tidak selesa rasa nak menangis pun ada. Bagaimana bengkak susu terjadi? Ia disebabkan oleh hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Anda boleh cuba amalkan petua berikut untuk mengurangkan bengkak susu.

Susukan bayi anda sekerap yang mungkin, setiap dua atau tiga jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi yang sedang lena tidur. Pastikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara.

Terdapat keadaan di mana apabila sedang bengkak susu, aerola menjadi keras dan ini menyukarkan bayi menghisap susu. Anda dinasihatkan untuk memerah susu dengan tangan (marmet) atau pam susu sehingga aerola menjadi lembut.

Sebelum memerah boleh juga menekap payudara dengan tuala panas atau mandi air panas. Air suam mandian mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan aerola.

Semasa bayi sedang menyusu, cubalah urut payudara dengan perlahan agar pengaliran susu lebih lancar dan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.



Adakah logik dengan menyikat boleh mengurangkan bengkak payudara? Tak cuba mana nak tau kan, ini antara petua yang popular dikalangan masyarakat kita, menyikat payudara yang bengkak dengan menghala ke arah puting lakukan secara berulang-ulang kali dan lembut dan pengaliran susu akan kembali lancar. Pastikan juga anda menyusukan bayi secara langsung.

Daun kobis segar juga membantu melegakan kesakitan bengkak payudara. Ambil daun kobis dan tekupkan pada payudara anda. Tetapi jangan buat selalu dikhuatiri boleh menyebabkan susu kering.

Antara supplemen yang boleh membantu mengurangkan bengkak payudara ialah Lecithin.

Daun sirih juga membantu mengurangkan kesakitan bengkak susu. Layurkan daun sireh di atas tudung periuk dan setelah suam tekapkan pada payudara.

Segala usaha telah dilakukan jika masih berasa sakit anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Bagi ibu-ibu yang mencari supplemen semulajadi bagi menyokong badan anda semasa menyusukan bayi Set Menyusu Shaklee boleh membantu anda.

Berikut adalah testimoni Set Menyusu Shaklee.






Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai




Biasanya minum petang kita akan minum kopi, teh o apakata kali ni kita ubah sikit dengan memerah lemon ke dalam teh o suam anda, pasti anda rasa segar dengan keharuman buah lemon, nak lain sikit lagi boleh tambah kayu manis untuk kelainan rasa.

Bagi mereka yang perut terasa berat, sering sendawa, kembung atau terasa panas, situasi ini dikenali sebagai gangguan pencernaan, apa yang menjadi masalahnya ialah serangannya membuatkan kita berasa cukup tidak selesa dan adakala sehingga mengganggu aktiviti seharian. Untuk meredakan ketidakselesaan mungkin anda boleh mencuba resepi berikut

Lemon dan Halia

Apa yang anda diperlukan ada di dapur rumah anda, kalu takde pegi la kedai sekejap beli bahan-bahannya :)

Hanya dua sudu makan jus lemon, halia dan madu lalu dicampurkan dengan segelas air hangat. Minum ramuan ini selepas makan. Hasilnya segala angin akan keluar dan anda akan tersenyum kelegaan :)


Antara khasiat lemon ialah

Lemon ialah antara buah yang kaya dengan antioksidan, biasanya dijual dipasar dan pasaraya harganya pun tak terlalu mahal.

Jus lemon membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik.

Titisan pati lemon yang pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan hati dan sistem penghadaman.

Ia juga membantu meningkatkan antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.

Amalan meminum jus lemon setiap hari dikatakan mampu mengurangkan masalah gastrik.

Dan banyak lagi khasiat lemon yang mungkin ramai tidak tahu :)

Lemon juga digunakan di dalam masakan, pernah dengar lemon chicken, kek lemon, sedap uolls :) Perahan lemon juga digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria.

Lebihan lemon tu uolls gosokla kat tumit dan lutut yang bermasalah.

So apa tunggu lagi, jus lemon sedang menunggu untuk menyegarkan anda




Ubat Sakit Sendi Ada Penawarnya

Ubat sakit sendi ada penawarnya, betul ke? Anda tak percaya cuba baca testimoni berikut



Lagi testimoni yang berpuashati dengan Ubat Sakit Sendi Shaklee

testimoni diri saya sendiri setelah mencuba ADVANCE JOINT HEALTH TABLET...

Last week badan saya lenguh2 sangat akibat ingin datang bulan..pinggang pon sakit sangat...sebelum ni AJHT ni bonda sy je yg makan..tapi sebab da tak tahan sangat n sapu minyak panas pon xde rasa lega...so saya decide untuk nak cuba AJHT ni mana la tau oke sikit kan...so sebelum tido sy amik sebiji...tau x..esok pagi bangun dari tidur saya da xde rasa sakit2 pinggang ni n lenguh2 badan... now AJHT ni sy join mkn skali ngan bonda sy...bonda sy kalau makan AJHT ni dia kunyah je sbb dia ckp rasanya masin2 payau...saya telan je...so kesimpulannya...AJHT ni mmg ok sangat la untuk semua yg rasa penat bekerja seharian di ofis n sakit2 sebelum datang bulan..so mmg xrugi la beli...my bonda pon now da xde sakit2 badan sangat macam sebelum ni...da lama la rasanya xnmpk dia pegang minyak sapu kt kaki n pinggang akibat berjalan banyak...so AJHT ni mmg sy rekemen sgt kena ada satu setiap umah...

Credit to Qaseh Ayumie

Dua testimoni je? Ok saya bagi lagi testimoni Ubat Sakit Sendi Shaklee. Kalau mak ayah uolls mengadu sakit-sakit sendi takkan uolls mendengar je apakata hadiahkan mereka dengan Joint Health Tablet.

Salam...nak share testimoni mak sy..mak sakit dan bengkak pd lutut hampir 3-4 bulan.mcm2 ubat n rawatan..tp xberkesan..mak sakit smpai tahap merangkak nk pg sana sini dlm umah.solat pon duk kt kerusi..2mggu sblm raya, sy tergerak utk cube produk shaklee.slps diperkenalkan oleh kawan, sy setuju utk cube shaklee advance joint health tablet..alhamdulillah.kesan positif.mak sy merasakan perubahan yg positif.dpt bergerak dgn baik.sakit lutut pon kurang seawal pengambilan.dan bersyukur sgt2 dgn izin Allah,die dpt menunaikan terawih di masjid di ujung2 Ramadhan dan solat sunat aidilfitri...skrg..die sibuk mempromot produk ni kpd rakan2 seangkatan..hehe..p/s: mak sy bkn seorg pengamal supplemen/ubatan tegar.tp produk ini memberikan impak positif pd die... mekasihhh...

Credit to Hasmah Haniff



Bagaimana Joint Health Tablet Shaklee berkesan untuk memberi manfaat kepada sendi-sendi sihat ?

1. Menyokong keselesaan sendi.
Kerana ia mengandungi Ekstrak Boswellia, ia menghalang 
pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

2. Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
Di dalamnya terdapat zinc, tembaga, mangan dan Vitamin 
C, nutrien penting dalam kesihatan sendi.

Sebaik-baiknya anda ambil set tiga beradik ni untuk membantu mengurangkan sakit sendi yang anda atau keluarga anda alami.


Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi



Umum mengetahui banyaknya  khasiat susu ibu kepada bayi yang baru dilahirkan, dalam masa yang sama ramai juga ibu yang kurang ilmu dengan susu ibu terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan cahayamata. Sokongan dari ahli keluarga juga diperlukan untuk membantu ibu-ibu yang baru melahirkan bayi agar dapat menyusukan bayi mereka sepenuhnya dengan susu badan untuk 6 bulan pertama dan seterusnya hingga 2 tahun.

Antara khasiat susu ibu ialah membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi vitamin A dan antibodi yang tinggi. Apa itu Kolostrum? Kolostrum ialah susu yang keluar agak pekat dan berwarna kekuningan.

Merapatkan hubungan antara ibu dan bayi, Semasa kita menyusukan bayi kita jarak antara bayi dengan ibu adalah sangat dekat dalam masa yang sama bayi akan mendengar denyutan jantung kita sama seperti semasa dia  di dalam kandungan ibu. Dan kita secara automatik akan membelai bayi kita, ini akan mewujudkan perasaan kasih dan sayang kepada bayi Bau bayi yang dilahirkan sangat best :)

Kajian menunjukkan menyusukan bayi mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan rahim.

Ia juga membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.

Apabila menyusukan bayi ia akan menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil. Bengkak ni bukan bengkak macam terlanggar kerusi ya, bengkak ni boleh menyebabkan si ibu demam, seksa tau kalu terkena bengkak susu antara cara nak redakan bengkak susu selain dari menyusukan bayi ialah urut, letak tuala panas atau anda pam/marmet payudara untuk mengeluarkan susu. Next entri saya akan kongsikan petua atasi bengkak susu.

Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah. Bayi yang baru dilahirkan akan sentiasa tidur dan kadang-kadang mereka malas untuk menyusu tapi sebagai ibu kita perlu mengetahui dah berapa lama bayi tidak menyusu sebaiknya kita kejut bayi setiap 2-3 jam untuk menyusu.

Ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran . Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu diperingkat seterusnya.

Ibu-ibu proses menyusukan bayi adalah proses yang indah, anda hendaklah bersabar, tenang dan yakin bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Ubat Hati Ada Penawarnya, Betul ke?



Pada zaman sekarang makanan harian kita banyak yang diproses, disejukkan dan di masak. Ini merosakkan vitamin dan galian yang terdapat di dalam makanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila badan kita, terutamanya hati menjadi lemah setelah terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia seperti "racun serangga, racun rumput rampai, penyegar udara, agen pemutih, pengawet  dan antibiotik.

Hati kita mempunyai pelbagai fungsi penting antaranya ialah

Sebagai satu penapis untuk darahdan cecair limfa. Hati memproses dan memecahkan makanan, minuman dan toksik daripada rokok yang tidak sihat

Hati menukarkan bahan kimia larut lemak ini kepada bahan-bahan kimia yang larut air untuk memudahkan pembuangan dalam bentuk cecair seperti air kencing

Hati menyimpan bahan toksin

Untuk memudahkan penghadaman lemak, hati mengalirkan bile. Bile ini disimpan di dalam pundi hempedu dari mana ia dilepaskan dan digunakan dalam penghadaman lemakdan penyerapan khasiat

Hati penting dalam penghadaman protein. Apabila protein dipecahkan di dalam usus kepada asid amino amonia, satu bahan yang cukup toksik dilepaskan. Hati menyerap amonia dari darah dan menukarkan kepada urea yang kurang toksik (iaitu mengandungi nitrogen). Urea diangkut di dalam darah dan seterusnya dibawa kepada ginjal untuk dibuang daripada badan.

Hati membuang bahan-bahan toksin dalam badan kita.

Hati membina bahan-bahan pembekuan darah.

Apabila kita terlalu banyak makan, beban kerja hati bertambah kerana saluran-saluran hati perlu memproses terlalu banyak bahan kimia, ini akan mengakibatkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.

Bagaimana DTX Complex Shaklee berfungsi sebagai Ubat Hati


Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi ( herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Bagaimana pula untuk merawat perasaan yang berkaitan dengan hati, nak cuci hati, nak murnikan hati :)

Bak kata Dato' Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah cara nak mencuci hati ialah

1. Jaga solat dgn sempurna,
2. Solat taubat setiap mlm sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & bykkan zikrullah,
4. Baca Quran setiap hari,

5. Minta maaf drp org lain & maafkan semua org,
6. Bisikan kendiri yg positif,
7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas, dll,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari,
11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Bykkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal & yg baik2),
15. Berkawan dgn org 'alim & org yg baik2,
16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tgn & kaki & deria hidu).
Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dlm usha utk sentiasa memurnikan hati. 

Vitamin Untuk Anak-anak Yang Semput atau Asthma





Mari kita mengenali Omega Guard Shaklee, sesuai dimakan oleh semua golongan terutamanya pelajar, ibu mengandung, ibu menyusukan, anak2 yg sering kena selsema dan asthma, golongan dewasa dan orang tua.

Khasiat Omega Guard Shaklee.
Untuk ibu mengandung - membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

Mencegah penyakit saluran darah dan strok

Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Pengalaman anak2 sendiri makan Omega Guard, saya pentingkan pengambilan Omega Guard kerana kami ada keturunan Asthma.

Anak yg pertama umur 13 thn tak perlu dipaksa makan, dia sendiri akan mencari vitamin utk diri dia sendiri.

Anak yang kedua umur 10 thn perlu dipaksa kerana bangun pagi selalu selsema, yg sorang ni agak sensitif dengan masalah kulit.

Anak yang ketiga umur 2y 9mths, sampai perlu dilarang makan Omega Guard sebab ni vitamin kesukaan dia, dia akan mengunyah kapsul tu tanpa menghiraukan bau hanyir ikan.

Kalau berminat nak order boleh email :arnisyazila@gmail.com atau text 012-2183024.
Terima kasih

SEDEKAH ALFATIHAH




Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin...
 
_________________________________________________________________________________

Terima kasih kepada yang share ilmu berharga ni, sama-sama la kita amalkannya :)


Vitamin Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi,

Bermulanya minggu hadapan para jemaah haji akan berangkat menunaikan ibadah haji. Selain dari kiriman wang dan kelengkapan haji, apakata anda sertakan sekali vitamin untuk ibubapa anda agar mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna. Antara cadangan vitamin ialah Coq Health, Joint health Tablet, Ostematrix dan Omega serta Nutriferon (untuk imun sistem).

Bagi yang tidak suka menelan tablet mereka boleh minum ESP, Mealshakes dan Performance Drink. Sama-sama kita berdoa agar mereka mendapat haji yang mabrur.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh contact saya 012-2183024 atau email: arnisyazila@gmail.com. Terima kasih








Makanan Untuk Tingkatkan Tenaga Dalaman Lelaki



TIRAM



Bagi penggemar tiram atau oyster, perah limau n slurrpp, kalu baked with cheese lg yummy. Last makan masa dinner  sebelum resign company lama  di salah satu restoren dlm Sunway Hotel 5 thn yg lepas. Walaupun sesetengah orang kurang suka dengan bau yang kurang enak serta rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini. Eh uolls jangan bayangkan Mr Bean makan oyster yg busuk tu.

Tahukah anda, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc dimana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.

Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin-E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.

Agak sukar untuk mendapatkan tiram yang segar (tapi kalu uolls tau mana nk dapatkan yg fresh dan sedap jangan lupa bg tau ya :)) dan antara khasiat tiram ni uolls boleh juga dapatkan dari CoQ Health Shaklee.







Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Mulakan hari anda dengan senyuman, semoga ianya memberi cas-cas yang positif kepada kita sepanjang hari. Untuk ibu2 atau bakal ibu yang menyusukan anak, cuba elakkan stress kerana ia boleh mengganggu pengeluaran susu, makan makanan yang seimbang, pengambilan vitamin membantu menampung mana2 kekurangan dalam pengambilan makanan harian. Antara testimoni yang gembira dengan pengambilan vitamin Shaklee.

Semasa berpantang di rumah parents di Shah Alam, sy prepared milk stocks for Saffiyyah hny pd hr ke27 sbb masa tu masih belum boleh cope dgn life yg baru ada baby and at the same time nak kene uruskan diri sendiri... Kemudian balik ke Melaka, sambung lagi prepare stocks. We love the lilac Autumnz bottles anyway!! hihi. 30 Aug ni genapla Saffiyyah berusia 3 bulan, Alhamdulillah tak pernah sakit now dah pandai meniarap dan bijak agah2 cuba nak bercakap dan ketawa.. She is so adorable
Thanks to Kak Teem, Haizully and my cousin Kak Nas sbb introduced Shaklee ESP and Alfalfa to me!! Now sy dah continue dgn Vitalea, Ostematrix, Omegaguard, B Complex!! Best

Credit to Norshafaf Jailani

Vitamin Meningkatkan Kesuburan - CoQ Health Shaklee

Bagi mereka yang ingin mendapatkan anak, inshaaAllah CoQ Health Shaklee boleh membantu.



Promosi bulan September beli CoQ 6 botol free 1

Antara lain kebaikan CoQ ialah 

1)Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkantenaga sendiri untuk kekal berfungsi

2) Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau

3) Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat

4) Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dan membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi

5) Membantu meningkatkan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis

6) Merawat masalah penyakit gusi

7) Membantu merawat pesakit Parkinson

8) Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma