Umum mengetahui banyaknya khasiat susu ibu kepada bayi yang baru dilahirkan, dalam masa yang sama ramai juga ibu yang kurang ilmu dengan susu ibu terutamanya ibu yang pertama kali melahirkan cahayamata. Sokongan dari ahli keluarga juga diperlukan untuk membantu ibu-ibu yang baru melahirkan bayi agar dapat menyusukan bayi mereka sepenuhnya dengan susu badan untuk 6 bulan pertama dan seterusnya hingga 2 tahun.
Antara khasiat susu ibu ialah membina sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi vitamin A dan antibodi yang tinggi. Apa itu Kolostrum? Kolostrum ialah susu yang keluar agak pekat dan berwarna kekuningan.
Merapatkan hubungan antara ibu dan bayi, Semasa kita menyusukan bayi kita jarak antara bayi dengan ibu adalah sangat dekat dalam masa yang sama bayi akan mendengar denyutan jantung kita sama seperti semasa dia di dalam kandungan ibu. Dan kita secara automatik akan membelai bayi kita, ini akan mewujudkan perasaan kasih dan sayang kepada bayi Bau bayi yang dilahirkan sangat best :)
Kajian menunjukkan menyusukan bayi mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan rahim.
Ia juga membantu dalam proses pengecutan rahim bagi mengelak masalah tumpah darah selepas bersalin.
Apabila menyusukan bayi ia akan menghindar atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil. Bengkak ni bukan bengkak macam terlanggar kerusi ya, bengkak ni boleh menyebabkan si ibu demam, seksa tau kalu terkena bengkak susu antara cara nak redakan bengkak susu selain dari menyusukan bayi ialah urut, letak tuala panas atau anda pam/marmet payudara untuk mengeluarkan susu. Next entri saya akan kongsikan petua atasi bengkak susu.
Penyusuan kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan mudah. Bayi yang baru dilahirkan akan sentiasa tidur dan kadang-kadang mereka malas untuk menyusu tapi sebagai ibu kita perlu mengetahui dah berapa lama bayi tidak menyusu sebaiknya kita kejut bayi setiap 2-3 jam untuk menyusu.
Ransangan untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20-30 minit selepas kelahiran . Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu ibu diperingkat seterusnya.
Ibu-ibu proses menyusukan bayi adalah proses yang indah, anda hendaklah bersabar, tenang dan yakin bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan.Labels: 4 Set Penyusuan Yang Popular, Tip Menyusu Hingga Berjaya