Bermain Bowling di Space U8 Shah Alam

Entri hari ini saya nak bercerita tentang bermain bowling di Space U8 Shah Alam. Sukan bowling ni sebenarnya sesuatu yang asing untuk saya beberapa tahun lepas pernah tengok orang lain main bowling tapi hati tu tak terbukak lagi, takut pun ada, malu pun ada. Pendekata tak heran langsung dengan bowling ni :)

Tapi bila anak-anak dah semakin membesar kadang-kadang hujung minggu tu takkan asik-asik nak jalan-jalan window shopping je atau sekadar makan-makan untuk masa  berkualiti dengan anak-anak. Of coz la ada jalan-jalan cuti Malaysia tapi takkan kut tiap-tiap minggu :) Kebetulan pula our former national bowling player Shalin Zulkifli buka tempat bermain bowling di Space U8 tetiba terfikir eh why not kita try main bowling nak? Dengan mengajukan soalan kepada suami....blink...blink.

Masa dah sampai kat tempat bowling pun masih blur blur lagi, macam mana nak baling, main lempar je ke? Punyalah jakun dengan bowling ni cuma saya bernasib baik sebab suami boleh bermain bowling, dia la yang mengajar saya dan anak-anak. Mula-mula tu memang la asik ke longkang je, ke laut  bola tu tapi bila dah  lama-lama bila dapat rentak dan kita tau berat bola yang sesuai dengan kita elok je bola tu langgar pin, langgar satu ke dua pin pun dah kira ok untuk permulaan kalau strike 10 pin jatuh, lagi la rasa gembiranya hati kan.

Betul la kata orang kalau tak kenal maka tak cinta, sama la juga dengan saya dan bowling ibarat saya bercinta dengan bisnes Shaklee saya. Seronok bila bermain bowling dengan anak-anak, mereka pun berlumba-lumba nak high point, boleh sampai bertekak juga la, biasalah anak-anak dengan pelbagai ragam. Ni suasana dalam tempat bowling Space U8.


Gambar ihsan google

Di Shah Alam terdapat banyak tempat untuk bermain bowling selain dari di Space U8, ialah Kelab Golf Monterez, Plaza Alam Sentral, Ole-ole Sekyen 18 dan Setia Alam. Uolls google la ya kalau nak tahu tempatnya. Taman perumahan kami juga menganjurkan pertandingan bowling antara lorong dah masuk tahun kedua selain dari bowling ada permainan Futsal, takraw, ping pong, badminton, batu seremban, karom dan congkak.  Ni gambar tahun lepas di Monterez Shah Alam, kalau tak silap lorong kami dapat tempat kedua.


Budget mahal? Biasanya untuk 4 orang main dengan 2 set kurang dari RM100, ni termasuk makan minum kat dalam tu. Selepas bermain bowling ada yang sengal-sengal badan maklumla baling bola yang beratnya dalam 10kg, nak segarkan balik urat-urat yang lenguh tu makanlah supplemen Shaklee untuk sakit sendi, dengan harga yang berpatutan anda akan berpuas hati. 

Bermain lah dengan anak-anak sementara mereka masih dibangku sekolah, masa ni la kita boleh berbual mesra, bergelak ketawa dan jarakkan mereka sebentar dengan gadget. Pelbagai cara dan aktiviti  yang boleh anda lakukan dengan anak-anak.






Vericose Veins atau Urat Hijau Timbul Sewaktu Mengandung




Mungkin uolls pernah nampak kan urat kaki warna hijau timbul? Atau diri sendiri pernah mengalaminya ada yang mengalaminya sewaktu mengandung sahaja dan ada yang kekal walaupun sudah lama bersalin . Masalah Vericose Veins didapati dalam 40% wanita yang hamil. Faktor-faktor yang menyebabkan Vericose Veins adalah 

1. Hormon di dalam tubuh wanita hamil bertindak ke atas injap pembuluh darah di kaki dan menyebabkan injap itu kurang berfungsi/kurang efektif. Akibatnya darah sukar mengalir ke atas (dari kaki ke jantung) lalu menyebabkan pembuluh darah membengkak. Inilah yang dikenali sebagai Vericose Veins

2. Faktor genetik memainkan peranan di mana jika ahli keluarga seseorang wanita itu pernah diserang masalah Vericose Veins, kebarangkalian wanita tersebut mengalami masalah yang sama adalah tinggi

3. Rahim yang semakin besar akan menekan pembuluh darah dan menyukarkan pengaliran darah dan kaki ke jantung. Ini akan memburukkan keadaan Vericose Veins.

Vericose Veins akan menjadi semakin teruk diakhir usia kehamilan. Si ibu akan mengadu rasa skit dikawasan Veriscose Veins, penat, rasa "berat" dibahagian kaki, malah kulit dikawasan itu mengalami kegatalan . Kadangkala kulit itu semakin gelap warnanya. 3 komplikasi yang boleh menyerang wanita yang mempunyai Vericose Veins adalah pendarahan, phlebitis (jangkitan kuman) dan ulser (venous ulcers of the legs)

Di antara cara-cara untuk mengelakkan Vericose Veins atau mengurangkan komplikasinya adalah

1, Jangan berdiri terlalu lama. Sebaliknya berjalan perlahan-lahan sekerap mungkin.

2. Gunakan compression sock atau pressure graded sock ia boleh dibeli difarmasi.

3. Bila duduk jangan bersilang kaki.

4. Elak memakai pakaian atau seluar yang ketat.

5. Kurangkan berat badan.

6. Amalkan diet berserat tinggi.


Jika masalah Vericose Veins terlalu serius , sila dapatkan rawatan daripada doktor SEBELUM hamil sekali lagi. Doktor pakar bedah boleh mencadangkan rawatan seperti terapi suntikan atau pembedahan yang dikenali sebagai stripping jika perlu.  

Vitamin Untuk Minda



Minda kita memainkan peranan penting setiap hari, membantu kita menguruskan kehidupan seharian. Bagaimana kita boleh meningkatkan kesihatan minda? Antara kaedah yang bijak dan mudah ialah

Kerap bersenam

Kajian menunjukkan warga emas yang kerap bersenam mengalami penurunan daya ingatan yang lebih perlahan berbanding mereka yang kurang. Senaman yang dimaksudkan di sini ialah yang sesuai untuk warga emas seperti berjalan mengelilingi taman atau kampung, bagi yang beragama Islam senaman regangan yang paling bagus ialah solat.

Rehat Untuk Lebih Ingat

Jangan beranggapan menyebabkan anda cepat lupa. Anda barangkali perlukan masa untuk bersendiri. Bagi ibu-ibu yang keletihan dengan menguruskan rumahtangga apakata anda manjakan diri anda dengan mengunjungi spa, hasilnya? Wah terasa badan kembali cergas, minda kembali bersemangat dan ceria. Selain itu apa yang perlu dilakukan ialah menutup mata selama 10 minit selepas berlajar sesuatu yang baru. Nak tutup sejam pun boleh :)

Belajar perkara baru

Teka silangkata memang baik untuk otak. Tetapi kalau anda melakukan aktiviti kurang biasa dibuat, kesannya kepada otak adalah lebih baik.

Anda juga disarankan untuk membaca Al-Quran setiap hari atau cuba menghafal ayat Al-Quran, ia mampu menjauhkan anda dari Alzheimer.

Selain itu pengambilan vitamin untuk minda juga penting, vitamin Omega Guard Shaklee disarankan untuk diambil setiap hari untuk menggalakkan fungsi otak yang sihat.

Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi kompenen sel-sel pada sistem saraf pusar dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.



Bisnes Online Dari Rumah - Keahlian Percuma

Zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit, hatta nak masuk tandas pun kena bayar. Kita bekerja bersungguh-sungguh setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga kita. Ada satu ketika tak cukup untuk menampung keperluan hingga hujung bulan bagi mereka yang berpendapatan tetap. Terpaksa kita potong perbelanjaan setiap hari cabaran utama ialah makanan yang harganya semakin naik, kos pengangkutan juga semakin naik. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Bagi mereka yang dah berkeluarga, kepala ligat mencari alternatif untuk menambah pendapatan. Cara yang paling senang di zaman teknologi ialah berniaga secara online atau lebih dikenali bisnes online. Tanpa perlu meninggalkan anak-anak, anak-anak masih dibawah jagaan kita. Nak berniaga online pun ada syaratnya yang paling penting ialah bagaimana anda menguruskan masa. Masa itu emas.


Kalau saya seorang jutawan dermawan saya boleh derma kepada anda setiap bulan, tapi buat masa sekarang saya belum menjadi seorang jutawan dermawan apa yang saya boleh bantu ialah bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil yang kurang dari RM100.
Saya sendiri merupakan seorang surirumah yang tinggal di Shah Alam, umum sedia maklum bahawa tinggal di bandar besar perbelanjaan sangat tinggi. Perniagaan yang saya lakukan banyak membantu saya untuk menguruskan keluarga saya.

Bagaimana saya bermula dengan perniagaan Shaklee saya, anda boleh baca Shaklee. Bermulanya bulan October Shaklee telah membuka peluang lebih besar dan mantap dengan melancarkan portal online yang lebih mudah untuk anda menguruskan perniagaan secara online.




Tidak cukup dengan itu sahaja, bulan Oktober ini sangat menarik. Bulan ini promosi Kolagen Shaklee.



Mahalnya...jangan risau anda boleh kongsi pembelian dengan adik beradik atau kawan-kawan :)
Bukan sahaja anda dapat 1 kotak free kolagen Shaklee yang berharga RM298 malahan anda 

Dapat free membership
Bonus RM100++
Dapat CoQ free lagi yang berharga RM124 sebotol, wah jimat sehingga RM500++, Promosi ni akan berakhir 31 Oktober 2013, jangan lepaskan peluang keemasan ni.



Kelebihan  CoQ ialah 



Berminat nak jadi ahli Shaklee? Nak merasai pendapatan berangka-angka setiap TENGAH bulan? Jom sertai team saya, anda dialu-alukan untuk email saya arnisyazila@gmail.com.

Kelebihan Kolagen Shaklee

Entri kali ni saya bersemangat untuk kongsi dengan uolls berkenaan Kolagen Shaklee, kebetulan pula bulan October ni promosi beli 6 free 1. Baik jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekotak dua untuk merasai kebaikan Kolagen Shaklee. Beli 3 kotak dapat membership free dan bonus :)




Setiap hari mengadap cermin selain dari baca doa masa mengadap cermin mesti uolls belek muka nak tengok dah ada berapa garis halus kat tepi mata, kat tepi mulut betul tak? Lepas tu kira tolak bahagi campur eh umur baru berapa tahun tapi garis-garis halus tu dah bertingkat-tingkat. Memang terdapat banyak jenis kolagen dari pelbagai jenama dipasaran, pastikan kolagen yang anda ambil tu selamat dan bermutu. Dari tadi cerita kolagen, kolagen, apa tu kolagen?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilan tubuh yang muda dalam erti kata yang lain menyokong kekuatan,  kekenyalan tubuh dan keanjalan kulit.

Kenapa kolagen Shaklee mendapat perhatian ramai? Ini kerana bersumberkan sisik ikan merah (4000mg) size kolagennya yang sangat kecil iaitu 1000 dalton untuk penyerapan dan efek yang segera juga dilengkapi dengan klinikal studi dan yang paling best ia diperbuat dari 7 bahan yang terpilih. Fungsi-fungsi setiap bahan berikut ialah

Kolagen ikan : Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Esktrak kerang-kerangan : Mengandungi glukosamina sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillius acidophilus : Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Calellia Japonica : Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidraran

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin, meningkatkan prestasi dan tenaga

Vitamin C : Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas

Vitamin B2, B6 : Membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh




Dengan berkolagen bukan sahaja anda dapat memiliki semula kulit yang lembut, lebih anjal, licin, gebu dan muda berseri malah ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut lebih kuat, tebal dan berseri. Kolagen shaklee sentiasa mendapat permintaan ramai kerana keberkesananya. Ada banyak testimoni yang berpuashati dengan pengambilan Kolagen Shaklee antaranya ialah testimoni.

Ibu yang mengandung pun nak berkolagen, boleh tapi anda buat sebagai masker sahaja :)

Saya pasti anda akan jatuh cinta dengan Kolagen Shaklee, sekali dah cuba pasti akan beli 2 kotak terus untuk sebulan makan.

Bagi yang ingin mendapatkan Kolagen Shaklee boleh contact saya arnisyazila@gmail.com