Vericose Veins atau Urat Hijau Timbul Sewaktu Mengandung




Mungkin uolls pernah nampak kan urat kaki warna hijau timbul? Atau diri sendiri pernah mengalaminya ada yang mengalaminya sewaktu mengandung sahaja dan ada yang kekal walaupun sudah lama bersalin . Masalah Vericose Veins didapati dalam 40% wanita yang hamil. Faktor-faktor yang menyebabkan Vericose Veins adalah 

1. Hormon di dalam tubuh wanita hamil bertindak ke atas injap pembuluh darah di kaki dan menyebabkan injap itu kurang berfungsi/kurang efektif. Akibatnya darah sukar mengalir ke atas (dari kaki ke jantung) lalu menyebabkan pembuluh darah membengkak. Inilah yang dikenali sebagai Vericose Veins

2. Faktor genetik memainkan peranan di mana jika ahli keluarga seseorang wanita itu pernah diserang masalah Vericose Veins, kebarangkalian wanita tersebut mengalami masalah yang sama adalah tinggi

3. Rahim yang semakin besar akan menekan pembuluh darah dan menyukarkan pengaliran darah dan kaki ke jantung. Ini akan memburukkan keadaan Vericose Veins.

Vericose Veins akan menjadi semakin teruk diakhir usia kehamilan. Si ibu akan mengadu rasa skit dikawasan Veriscose Veins, penat, rasa "berat" dibahagian kaki, malah kulit dikawasan itu mengalami kegatalan . Kadangkala kulit itu semakin gelap warnanya. 3 komplikasi yang boleh menyerang wanita yang mempunyai Vericose Veins adalah pendarahan, phlebitis (jangkitan kuman) dan ulser (venous ulcers of the legs)

Di antara cara-cara untuk mengelakkan Vericose Veins atau mengurangkan komplikasinya adalah

1, Jangan berdiri terlalu lama. Sebaliknya berjalan perlahan-lahan sekerap mungkin.

2. Gunakan compression sock atau pressure graded sock ia boleh dibeli difarmasi.

3. Bila duduk jangan bersilang kaki.

4. Elak memakai pakaian atau seluar yang ketat.

5. Kurangkan berat badan.

6. Amalkan diet berserat tinggi.


Jika masalah Vericose Veins terlalu serius , sila dapatkan rawatan daripada doktor SEBELUM hamil sekali lagi. Doktor pakar bedah boleh mencadangkan rawatan seperti terapi suntikan atau pembedahan yang dikenali sebagai stripping jika perlu.  

Labels: